Tuesday, September 28, 2010

EID OF FITR

Haven't been writing for quite some times!

Ya lah sejak Danish n Hakim kembali ke Dundee awal Julai dan sekarang bersama ibubapa mereka telah berpindah ke Luton di London! Ramadhan Al Mubarak pun telah disempurnakan dengan Khatamul QUR'AN untuk kelas Thalaqi Tinggi,Hari Raya pun telah hampir penghujungnya, UPSR telah berakhir dan musim perkahwinan sedang rancak!

Ramadhan tahun lepas AKU bertarawih di surau seksyen 2 sahaja. Tetapi tahun ini bukan sahaja di Seksyen 2 tetapi di Masjid Negeri. Ramai Imam dari Luar Negara yang mengimamkan solat Isya' dan Tarawih disitu. Sebak dada mendengar bacaan Imam dari Masjidil Haram dan airmata mengalir dipipi! Kebetulan suatu malam itu Adik Muhammad Finalist Akademi AL Qur'an yang menjadi Imam!

Aku dan suami serta Adikku Azman dan isterinya Khalilah bersolat Hari Raya di masjid DUSUN TUA dimana arwah Abah menjadi IMAM sebelum beliau meninggal dunia pada tahun 1999. Selepas solat bertemu dan bermaafaan dengan saudara mara rakan dan taulan.Di antaranya, Ateh Shaharum dan Adeknya Busu Aminah (mengikut emak, ayah mereka berasal dari tanah karo Danau Toba),nenek saudara KU Hajah Rodhiah, Mak Cik Latifah (ayahnya orang Temiang, Kotanopan), Mak Cik Bee, Cikgu Mariatun dan anaknya Afza. Yang lain Ami, Oling, Imut, Kak Simah, anak2 arwah Ustaz Tahir, Zainuddin (Bendahari Masjid), Aziz, Haji Fahmi dan ramai lagi yang namanya tidak begitu ku ingat.

Selesai solat kami menziarahi kubur arwah Abah.

Raya pertama ada Azman sekeluarga (kecuali Nurul Uyun d Turkemistan), Zaid sekeluarga (kecuali Khansa'& Farhan di NS), AKU dan suami serta Arifah, Afiqah dan Fatin Atiqah sahaja. Safura beraya di Shah Alam sementara Mohd Akbar sekeluarga di Port Dickson, Alfi dan isteri d Pasir Mas. Of course Raihan n family in Luton England.

Petang raya kami dan anak anak serta Huda bertolak ke Jengka untuk menziarahi keluarga sebelah suami. Zaid dan keluarga bertolak ke Kelantan di Bukit Mertajam. Azman jadi host selepas kami bertolak!

Saksikan foto kami di rumah IBU kami hajah Fatimah Abdul Latiff dan ketika ziarah....


DARI KANAN : ARIFAH, SAYA, FATIN, ARIFFIN & AFIQAH


HADAPAN: HAIKAL & ASMA' KEDUA: SAYA, AFIQAH, FATIN, AISHAH, ARIFAH
BELAKANG KANAN: SEPUPU SAYA HATTA, ADIK SAYA AZMAN & KHALID


HADAPAN KANAN:IKMAL & IBUNYA IZYAN, SAYA,HUDA, FATIN, AISHAH, ARIFAH & SURIATI ISTERI ZAID
BELAKANG KANAN:HATTA, ARIFFIN, AZMAN, KHALID & ADIK SAYA ZAID MENDUKUNG UMAR MIKAIL


BERSAMA IBU


BABY AKMAL IKRAM & IZYANTI


HUDA & UMAR MIKAIL


AFIQAH & UMAR MIKAIL


ARIFAH & PAK LONG HATTANYA


SAYA BERSAMA ANAK SAUDARA USAMAH & ISTERI FATONAH


KHALID & ISTERI NURUL AIN


AZMAN & KHALILAH

Satu satunya ipar arwah Abah yang masih ada ialah Pak Andak. Umurnya hampir 89 tahun. Walaupun Mak Andak telah tiada kami masih menziarahi Pak Andak.


BERAYA DI RUMAH PAK ANDAK


BERSAMA MAK ANDAK YANG BARU. MAK ANDAK BERASAL DARI TEBING TINGGI SUMATERA


ARIFAH & PAK ANDAK

KETIKA MAGHRIB kami tiba di rumah Abang Ngah di Jengka 16. Selepas makan soto ayam, lontong yang kami bawa,ketupat dengan kulai ayam dan rendang. Anak anak ssibuk bermain bunga api dan mercun. Abang Andak datang seorang tanpa kak Sharifah yang ada ziarah yang lain di Maran. Abang Andak sekeluarga tinggal di Kuantan tetapi beraya di Maran kampung mertuanya. Malangnya tiada foto yang diambil ketika di rumah Bang Ngah!

Pukul 11.00 malam baru tiba di rumah Kak Long di Jengka 2. Kami cuma minum berbual sedikit dan terus tidur kerana keletihan.


HADAPAN KANAN: ARIFFIN, EHSAN, SHARMILA, SUHAIMAH (ANAK2 KAK MARIAH & ABANG SELAMAT) & FATIN
BELAKANG KANAN: ABANG SELAMAT (SUAMI KAK MARIAH), SAYA, AFIQAH, KAK MARIAH & HUDA


KANAN: SAYA, FATIN & KAK MARIAH (KAKAK SULONG ARIFFIN)


HADAPAN: AWI (SUAMI SHARMILA), EKRAM (ANAK BONGSU KAKAK & ABANG)


KENANGAN SEKELUARGA DI JENGKA 2

Adalah menjadi kebiasan dalam perjalanan pulang kami akan singgah menziarahi teman baik di Temerloh. Aku sama batch dengan Jamaluddin Darus sehingga tingkatan 5.Aku di Convent dan beliau di High School Kajang.Persahabatan itu termeteri hingga sekarang.Suatu ketika beliau menyatakan AKU simpan rahsia diriku! Ketika itu Datuk saudaraKU menjawat jawatan Pengurus Besar Pelabuhan Kelang. Entah bagaimana beliau mengetahuinya kerana beliau bekerja disitu!

Kali ini tak dapat singgah di rumahnya kerana beliau berkumpul sekeluarga di Triang. Tahun lepas kami singgah dan dihidang dengan masak lemak udang!Beliau tidak berapa sihat selepas pemindahan jantung coronary bypass.

Kami singgah di rumah Puan Hajah Saadiah Tasir. Kami berkenalan sejak di ITM pada tahun 1970. Walaupun berbeza kursus tapi keakraban terjalin kerana kami duduk di asrama yang sama. Keluarga pun mesra dengan beliau.Hampir setiap Raya kami singgah di rumah beliau di Kampung Batu 1 Temerloh. Ketika menelefon, Kata suami pesan sis masak mee kari ya! Kebetulan memang sis masak mee kari! Dengan kehendak ALLAH SWT tahun lepas kami mengerjakan ibadah Haji bersama.




BERSAMA SIS SAADIAH DI TEMERLOH

Akbar, Mastura & cucu kami datang bertandang pada 3 Hari Raya. Mastura membawa rendang hati & limpa kesukaan KU. Tapi tak boleh makan terlalu banyak!


ARIFFIN, SAYA BERSAMA MOHAMAD AKBAR SEKELUARGA


KAMI BERSAMA SAMA AKBAR, MASTURA & KAMALIN MAISARA


IBU BERSAMA CICIT


AFIQAH & KAMALIN MAISARA


HUDA & KAMALIN MAISARA

Kami berHariRaya ke rumah Busa Aziah di Seksyen 16 Petaling Jaya. Komen Busu sudah 3 kali Hari Raya kami tidak kerumahnya! Ayah Busu Aziah bernam Haji Abdul Hamid. Atuk ini adek beradik dengan nenek KU Siti Amin. Ketika kecil AKU selalu sangat bermalam di rumah Atuk.



Sebelum Ramadhan kami balik ke Melaka untuk menziarahi Pak Usu (Pak Usu ialah satu satunya adik beradik arwah IBU Mertua saya (Nafsiah bt Adam) yang masih ada). Tetapi beliau dan Mak Usu ke Singapura untuk medical checkup dan berada di sana dirumah Hisham selama seminggu. Raya ini kami balik untuk bertemu beliau.Angin ahmarnya telah banyak berkurangan dan dengan sedikit bantuan dapat ke bilik air dan boleh solat mengikut kemampuannya.



BERSAMA MAK USU TIPAH DAN 3 ANAKNYA MASTURA, AZMEER & AISHAH

Lepas di Sebatu,kami ke Parit Sidang Seman ke rumah Hamzan adik lelaki Ariffin. Kemudian ke rumah Pak Salam sepupu Ariffin. Yang penting nya mesti ziarah Mak Ngah. Mak Ngah ialah Adek arwah Abah (bapa mertua Mohd Yusof bin Md Amin). Tetapi beliau bersama anaknya ke Alor Gajah.Akhir sekali singgah ke rumah Abang Din & kak Sharifah juga sepupu Ariffin. Lama tak berjumpa dan kami bertolak selepas solat Maghrib. Malangnya tiada foto yang diambil atas sebab sebab yang tertentu.

Kemudian ...agenda makan ikan bakar... dan kami tiba di Shah Alam sekitar 1.00 pagi!








Assalamualaikum.