Tuesday, June 30, 2009

PERJUMPAAN KELUARGA

Ku beritahu IBU bahawa Kak Yati dan Abang Amir berada di rumah Zimly.Kebetulan pada 16 Mei kami balik ziarah IBU di Dusun Tua dan Kak Yati serta Abang Amir berada di rumah Arwah Mak Tua Asmah untuk majlis bacaan tahlil. Pada mula IBU keberatan untuk berjumpa kerana kurang sihat tetapi akhirnya IBU ikut serta.




IBU menceritakan perihal neneknya Sharifah dari Manambin yang berkahwin dengan Raja Bangun dari Minangkabau kepada Kak Yati dan bagaimana beliau mahu berjumpa dengan cucu cicit Adik kepada neneknya yang berada di Manambin. Sementara Ariffin, Abang Amir dan saya membuat itinerary acara ke sana. Sebelum kami pulang Kak MIMI bekalkan kami dengan sambal tumis ikan bilis dengan petai dan ikan sepat goreng!

Setelah berbincang dan meneliti acara maka keputusan dibuat dan tiket penerbangan pun dibuat dengan Air Asia. Kali ini kami bawa AFIQAH.

Kak Yati dan Abang Amir pulang ke Medan pada 26 Mei tetapi AKU tidak dapat menghantar ke LCCT kerana ALFI menjalani pemeriksaan telinga di HUKM. Jadi selepas ujian Thalaqi AL QURAN kami ke rumah Zimly. Ramai sungguh saudara berkumpul !Shuib dan keluarga, isteri arwah Bang Dullah dan keluarga, Aziz, Abang Munir dan anakandanya,anak anak kak MIMI termasuk Radzi serta Rudy Effendi anak sulong Kak Yati yang datang dari Jakarta untuk membawa balik Mama dan Papanya ke Medan. Majlis ini direncana oleh Zimly dan berakhir dengan doa selamat oleh Radzi dan ucapan balas Kak Yati.