Friday, May 8, 2009

TETAMU DARI MEDAN


Ketika dalam perjalanan pulang dari kelas 'MENJADI KEKASIH ALLAH' Aku terima sms 'Assalamualaikum. kak Yati ni. Kakak dan bang Amirshah ada disini. Kami dalam perjalanan ke rumah Zimly.' Itulah isteri Abang Amirsyah anak saudara arwah Mak Tua Asmah Haji Daud dari Medan. Nenek Abang Amir yang bernama SO'YAH adalah kakak Haji Daud (ayah Mak Tua Asmah)dan Haji Abdul Hamid (ayah Uo Saadiah ).Mengikut Uo Ramlah kakak Uo Saadiah, moyang Sharifah itu adalah mak cik mereka. (Tidak dapat dipastikan samada ibu atau bapa moyang Sharifah itu adjk beradik atau sepupu dengan Haji Hamid). Apa pun mereka tetap bersaudara.

Gembira hati tidak terkira!Kami memang menyimpan rancangan untuk ke rumah Abang Amir di Medan justeru ke Menambin sejak tahun lepas! Tujuannya tak lain adalah mencari cucu cicit moyang Sharifah.



Kami bersalaman dan berpelukan dan setelah bertukar khabar kak Yati terus sahaja berbalik kepada itinerary ke Menambin.Kata Kak Yati perjalanan menaiki bas ekspres mengambil masa 10 jam untuk jarak lebih kurang 500 km. Bertolak selepas maghrib dan tiba di Kotanopan (bandar besar di Mandailing)waktu subuh.Ia amat meletihkan kerana jalannya yang teruk! Teringat Aku cerita nenek busu Rodhiah yang beberapa kali ke Mandailing bagaimana dia menumpang lori (seperti lori angkat sawit)dan duduk dibelakang disinari terik matahari dan bila tiba didestinasi rasa nak patah pinggang!
Kata suami, Encik Ariffin, yang pernah menaiki bas dari Padang ke Medan, ia mengambil masa 23 jam. Hampir semua pelajar termasuk beliau muntah- muntah. Kata Abang Amir keadaan jalan kini lebih teruk dan mungkin tidak diselenggara dengan baik.

Kak Yati mencadangkan agar kami menyewa kereta. Dari Medan singgah bermalam di rumah anaknya di Bologar. Esoknya meneruskan perjalanan ke Padang Sidempuan untuk berjumpa dengan abang sepupu Abang Amir. Beliau adalah orang tua yang pada pendapat kak Yati mengetahui banyak perkara tentang Menambin. Memandangkan beliau seorang guru, berkemungkinan beliau ada maklumat berkenaan Sharifah Menambin yang berkahwin dengan orang Minangkabau. Berbekalkan maklumat yang ada barulah meneruskan perjalanan ke Muara Siambak dan menginap dirumah nenek Siti Harum, ibu abang Amir. Nenek Siti Harum walaupun telah menjangkau umur 84 tahun tetapi ingatan dan pendengarannya masih baik. Mungkin beliau juga boleh membantu. Esoknya boleh ke Desa Menambin.
Kata abang Amir kalau tak mahu menginap di rumah nenek Siti Harum boleh juga menginap di Kotanopan. Di situ ada hotel atau motel.
Memandangkan mereka yang perlu kita jumpa telah pun lanjut usia, Kak Yati cadangkan jangan terlalu lewat ke sana kerana hanya ALLAH yang tahu bila mereka dipanggil mengadap.
Hampir maghrib kami berpisah dan berjanji akan berjumpa semula sebelum Kak Yati dan Bang Amir balik ke Medan pada 24 atau 25 Mei ini.

Wednesday, May 6, 2009

APA ADA PADA NAMA

Assalamualaikum,

Setiap insan yang lahir di dunia ini diberi nama yang baik baik agar ia membawa rahmat kepada yang empunya diri.Tidak mengapa ada nama timang timangan. Tetapi kadang kala panggilan itu tidak membawa makna.Yang peliknya ada pula nama sebenar tidak boleh disebut atau diberitahu kepada keluarga tanpa sebab. Sejarah manusia di dunia ini yang bermula dengan Nabi Adam 'Alaihissalam pun disebut namanya! Nabi Musa Alaihissalam pula di gelar MUSA KALAMULLAH kerana baginda boleh berhubung terus dengan ALLAH sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. digelar AL AMIN

Menjadi budaya orang minang khususnya orang lelaki sejurus selepas bernikah maka keluarga akan mengumumkan bahawa 'mulai saat ini anak kita ini dipanggil dengan nama misalnya Tengku Agus' sedangkan nama asalnya ialah Hidayat.Dengan itu nama Hidayat akan 'hilang',cuma nama Tengku Agus yang meniti dibibir.

Teman baik KU, Hajah Faizah juga memberitahu perkara yang sedemikian.Encik Eno pemandu pelancung ketika kami di Bukit Tinggi pun menyatakan perkara yang sama. Pak Yeosba Jelani, pensyarah musik yang membantu pertemuan kami dengan Puti Reno Raudhah mengatakan kalau pergi ke rumah orang tuanya di Bukit Tinggi bertanyakan Pak Yeosba pastinya mereka tidak mengenalinya! Bagi Ku mengapa nama itu ditukar masih samar samar!

Mengikut Pak Cik Maas suami Mak Cik Armai di Lubuk Kelubi, pemberian nama gelaran adalah di sebabkan kehebatan seseorang. Ketika menceritakan tali persaudaraan KU bahawa Raja Bangun moyangku itu adalah mamak kepada Haji Dumin ( datuk mak Cik Armai dan Mak Cik Deramah)beliau terkejut. Menurutnya seseorang itu hanya diberi nama Raja Bangun kerana keupayaannya membangunkan sesebuah kawasan,desa atau pekan dengan menggunakan harta dan wang ringgitnya sendiri! Sekiranya begitu benarlah cerita IBU (dari neneknya Sharifah) bahawa Raja Bangun banyak hartanya (tanah)di Bukit Tinggi! Tapi adakah keturunan dari sebelah ayah Raja Bangun itu orang bangsawan?

Orang Mandailing juga sering bertukar nama dan punyai banyak gelaran! Moyang KU disebelah IBU asalnya bernama Jamaluddin bin Juaramuda. Setelah meneroka tanah hutan di Dusun Tua dan mempunyai kebun getah yang banyak hasilnya dan menjadi orang 'berada' beliau dipanggil Tauke Hitam (hitam itu kerana kulitnya lomlom!). Sekembalinya dari menunaikan Fardhu Haji namanya ditukar pula kepada Haji Mohd Din. Ketika di Sibanggor namanya adalah MINTAI! Difahamkan oleh IBU, JUARAMUDA itu bukanlah nama sebenar ayahnya. Itu adalah nama mamaknya! Mengapa....