Wednesday, May 6, 2009

APA ADA PADA NAMA

Assalamualaikum,

Setiap insan yang lahir di dunia ini diberi nama yang baik baik agar ia membawa rahmat kepada yang empunya diri.Tidak mengapa ada nama timang timangan. Tetapi kadang kala panggilan itu tidak membawa makna.Yang peliknya ada pula nama sebenar tidak boleh disebut atau diberitahu kepada keluarga tanpa sebab. Sejarah manusia di dunia ini yang bermula dengan Nabi Adam 'Alaihissalam pun disebut namanya! Nabi Musa Alaihissalam pula di gelar MUSA KALAMULLAH kerana baginda boleh berhubung terus dengan ALLAH sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. digelar AL AMIN

Menjadi budaya orang minang khususnya orang lelaki sejurus selepas bernikah maka keluarga akan mengumumkan bahawa 'mulai saat ini anak kita ini dipanggil dengan nama misalnya Tengku Agus' sedangkan nama asalnya ialah Hidayat.Dengan itu nama Hidayat akan 'hilang',cuma nama Tengku Agus yang meniti dibibir.

Teman baik KU, Hajah Faizah juga memberitahu perkara yang sedemikian.Encik Eno pemandu pelancung ketika kami di Bukit Tinggi pun menyatakan perkara yang sama. Pak Yeosba Jelani, pensyarah musik yang membantu pertemuan kami dengan Puti Reno Raudhah mengatakan kalau pergi ke rumah orang tuanya di Bukit Tinggi bertanyakan Pak Yeosba pastinya mereka tidak mengenalinya! Bagi Ku mengapa nama itu ditukar masih samar samar!

Mengikut Pak Cik Maas suami Mak Cik Armai di Lubuk Kelubi, pemberian nama gelaran adalah di sebabkan kehebatan seseorang. Ketika menceritakan tali persaudaraan KU bahawa Raja Bangun moyangku itu adalah mamak kepada Haji Dumin ( datuk mak Cik Armai dan Mak Cik Deramah)beliau terkejut. Menurutnya seseorang itu hanya diberi nama Raja Bangun kerana keupayaannya membangunkan sesebuah kawasan,desa atau pekan dengan menggunakan harta dan wang ringgitnya sendiri! Sekiranya begitu benarlah cerita IBU (dari neneknya Sharifah) bahawa Raja Bangun banyak hartanya (tanah)di Bukit Tinggi! Tapi adakah keturunan dari sebelah ayah Raja Bangun itu orang bangsawan?

Orang Mandailing juga sering bertukar nama dan punyai banyak gelaran! Moyang KU disebelah IBU asalnya bernama Jamaluddin bin Juaramuda. Setelah meneroka tanah hutan di Dusun Tua dan mempunyai kebun getah yang banyak hasilnya dan menjadi orang 'berada' beliau dipanggil Tauke Hitam (hitam itu kerana kulitnya lomlom!). Sekembalinya dari menunaikan Fardhu Haji namanya ditukar pula kepada Haji Mohd Din. Ketika di Sibanggor namanya adalah MINTAI! Difahamkan oleh IBU, JUARAMUDA itu bukanlah nama sebenar ayahnya. Itu adalah nama mamaknya! Mengapa....

1 comment:

  1. Salam Along!

    Long, klu orang adik-beradik & saudara-mara kita, dia orang tau ke lomlom tu apa? (:-D)

    ReplyDelete