Sejak anak anak buah KU Danish dan Hakim pulang ke Malaysia untuk memohon semula visa mereka, AKU sering kalai melayari vfs global. Bagi KU ia adalah agensi perkhidmatan yang membantu pemohon visa dari segi melengkapkan dokumentasi yang diperlukan untuk kelulusan pihak British High Commission.
Adik KU telah menghantar beberapa dokumen yang diperlukan untuk membolehkan AKU memohon bagi pihak anak2. Untuk mempastikan dokumen yang ada pada KU lengkap maka AKU ke tingkat 19 Wisma MCA di Jalan Ampang.
The officer in charge menyatakan AKU perlu memdapatkan salinan passport Adik KU dan suaminya. Setiap helai diperlukan termasuk muka surat yang kosong! Kemudian salinan tenancy agreement! Next penyata akaun bank mesti untuk 3 bulan mesti di stamped, signed and dated! Kalau di UK semua dokumet ini mesti di sahkan oleh Public Notary atau Legal Firms or Registered Solicitors.Surat dari pihak Universiti juga diperlukan untuk mengetahui status sebenar Adik KU . Surat kelahiran anak2 mesti di terjemah ke dalam bahasa Inggeris, dan di stamped, signed and dated oleh interpreter. The Interpreter's credential must be attached too.
Ketika Adik KU ke Pejabat Public Notary, pegawai perundangan nya exclaimed. This is ridiculous! I really hope that your children will be approved of their visa!
Sambil menunggu ketibaan dokumen dari DUNDEE, AKU sms kepada penterjemah agar beliau membuat stampnya dan mencetak semula surat lahir yang telah di terjemah. Penyata akaun bank Adik KU di Malaysia juga perlu di letakkan tarikh diatasnya oleh pegawai bank.
Aku dan Arifah ke Alliance bank untuk membuat Bank Draft. Dalam website vfs katanya Bank itu berada di Tingkat Bawah Bangunan MCA! Kata Pengawal dah pindah di kiri seberang jalan lebih kurang 250 meter! Tak update juga laman webnya!
Hanya pada kunjungan yang ketiga barulah permohonan KU diterima! Itu pun masih ada dokumen yang perlu di fotostat!
Sekiranya Suami atu Isteri anda telah pun berada di UK dan anda akan mengikutinya kemudian, pastikan perkara yang Ku sebut diatas lengkap sebelum anda memohon. Dapatkan visa terlebih dahulu sebelum anda membeli tiket kapalterbang nanti hangus! Perkara yang KU nyatakan ini tidak terdapat diwebsite vfs!
ITULAH HARGA SEBUAH PENGALAMAN!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment