Friday, October 23, 2009

THE ALUMNI OF 1969....



























Friends since 1969....

Wednesday, October 21, 2009

PADANG 30 SEPTEMBER 2009

























ASTAGHFIRULLAH HAL 'AZIM...hanya itu yang dapat ku ucapkan ketika mendengar berita jam 8 malam itu!
Gempa bumi 7.8 scala ritcher itu menjadikan manusia terkubur bersama rumahnya. Di sebuah kampung di Pariaman semua yang menghadiri majlis perkahwinan terkubur kecuali adik pengantin yang keluar dari rumah tersebut atas urusan persendirian. 3 buah kampung lenyak dalam sekelip mata!






Di Padang, ibu kota Sumatra Barat juga demikian. Bukan sahaja rumah kediaman ,pusat perniagaan, sekolah, jalanraya , hotel yang ranap sebahgian daripada Lapangan Terbang Minangkabau, Hospital Djamil dan Universitas Andalas mendapat tempiasnya.

Aku menghantar sms kepada Pak Sastra Munafri dan Puti Reno Raudhah bertanyakan khabar tetapi tiada balasan. Kota Padang telah terputus bekalan letrik!

Ini mengimbau kembali kenangan kami ketika ke Bukit Tinggi dan Padang pada tahun 2008. kami bermalam di Hotel Ambachang. Ambachang merupakan salah satu daripada hotel yang runtuh!

Saksikan Ambachang yang gah dan terkini serta foto yang lain.













INILAH KEKUASAAN ALLAH SUBHANAHUATA'ALA!

Sunday, October 18, 2009

ZIARAH SAMBIL MELANCONG DISINGAPURA

FORT SILOSO SENTOSA ISLAND

Setelah bersolat kami berjalan kaki sahaja ke VIVO CITY untuk menaiki monorail ke SENTOSA iSLAND. Ketika kesini dalam tahun 1989 kami menaiki cable car dari Mount Faber. Kecut juga jantung KU ketika melihat dasar laut dari atas! Terigat juga akan perlanggaran yang terjadi beberapa tahun sebelum itu yang melibatkan kematian!




































HANYA ANAK ANAK SAHAJA YANG MASUK KE FORT SILOSO SEMENTARA KAMI BERTIGA BEREHAT DI BUS STOP.



































































Masih Hari Raya.kami bertolak ke Jengka 16 kerumah abang Ngah (Lias dan Kak Nas) pada Raya ke 3.Kemudian terus ke rumah rumah Kak Long.

Ketika berraya di rumah Kak Long Mariah dan Abang Selamat di Jengka 2 kami mendapat berita daripada Kak Tam (Jamaliah)bahawa satu satunya Adik arwah emak iaitu Pak Usu Sabidi sakit yang agak kritikal telah di bawa ke Hospital Singapura. Khabarnya hari pertama atau minggu pertama Ramadhan beliau tidak sempat bertarawih dan terus balik dari masjid. Setelah rehat seketika didapati tubuhnya sudah payah bergerak. Rupanya kena stroke!

Memandangkan Pak Usu kerakyatan Singapura dan medical facilitiesnya di sana maka beliau warded beberapa hari di sana dan kemudian balik semula ke Sebatu.Ketika itu beliau sudah gagah berjalan perlanan lahan dengan tongkat.

Serangan kedua membuatkan badannya hampir tidak boleh bergerak makanya pada Raya ke 3 Mastura membawa ayahnya ke Singapura sekali lagi.

Bimbang keadaannya semakin teruk maka selepas bermalam di rumah Abang Andak (Mat Shari dan kak Sharifah) di Bukit Sagu kami terus balik ke Shah Alam dan berbincang.

Esoknya kami ke KL. Arifah ke Celcom di Jalan Semarak untuk membeli broadband dan saya ke Pejabat Tabung Haji. Tujuan hanyalah untuk meminjam passport antarabangsa sekiranya boleh. Pegawai bertugas minta saya buat surat permohonandan minta saya datang semula esok. Mesti bercakap dahulu denag Cik Nazira kalau di katakan boleh datang, baru datang. Bertambah gusar hati ini kerana esok hari Jumaat kalau tak dapat terpaksa tunggu hari Isnin. Hari isnin anak anak dah mula sekolah! Walau bagaimanapun kami terus ke Dusun Tua untuk mengambil Danish. Azmi dan Raihan kami hubuni untuk meminta kebenaran membawa Danish dan hakim sekali!

Alhamdulillah Cik Nazira dapat dihubungi dan 10 minit kemudian beliau minta kami datang berjumpa dengannya.

kami memang telah bersiap dengan pakaian. Begitu juga Arifah yang akan kami hantar terus ke UiTM Segamat dalam perjalanan balik nanti. Anak anak suka kerana dapat berjalan....

Walaupun keletihan kami tiba di Johor Bharu jam 6.00 petang. Setelah menganbil Kak Lela kami bertolak menaiki bas dan MRT ke Outram . Tiba disana jam 8 malam setelah keletihan berjalan kaki selama setengah jam. Waktu melawat berakhir pada 8.30 malam.










Dapatlah Ariffin, saya ,kak Lela dan Arifah berjumpa Pak Usu. Hanya Mak Usu Tipah yang dibenarkan diwad 13 tetapi jam 8.30 beliau pun akan balik kerumah Hisham. Kesihan Afiqah tidak dapat jumpa kerana passportnya pada saya! Dapat kami berjumpa dengan Makmor,Zulaika dan Diana dan Sabrina....
























Semuanya Amat keletihan dan kelaparan! Selepas makan kami menginap di hotel di JB. Esok kami akan ke Singapura semula bawa anak anak berjalan.

Selepas sarapan kami menuju ke Singapura.kali ini menaiki keretapi. Berbanding turun naik bas yang perlu berhenti di Immigration tetangga dan perlu beratur lama, naik bas semula dan turun pula di Kranji.Kranji merupakan stesyen sibuk samada untuk pertukaran bas atau MRT/LRT.

Kami cuma perlu turun untuk mengecop pasport dan menaiki keretapi semula. Akhirnya kami tiba di stesyen KTMB Tanjung Pagar.





















Sedang kami berbincang kami didatangi oleh tour operator yang menawarkan SD110 untuk keliling kota dalam masa 3 jam 20 minit. Atas fakttor kesuntukan masa, banyak tempat yang boleh dilawati dan 'fatigue' kami setuju.



Pertama ke Raffles Walk dan Merlion.Dari sini kelihatan bangunan Durian, Singapore Flyers. kami berhajat agar anak2 naik Singapore flyers tetapi jalan ke situ ditutup kerana ada Grand Prix (lumba motor /kereta).Ketika ke Singapura tahun 2008 Flyers itu masih belum sedia untuk digunakan.






















The Barrage di Singapore Marina merupakan Resevoir yang berfungsi mengawal air laut dan banjir. Seperti SMART di Malaysia. Kami pun belum pernah kesini.
















Kemudian dibawa pula ke Suntec City. kalau tak silap peralatan ICT banyak dijual disini. Dihadapan nya ada sebuah tempat yang bernama Wishing Wealth.












Puncak Mount Faber ialah destinasi seterusnya. Ini merupakan Lush Green of Singapore dan sangat ekseklusif. Di Diami oleh corporate figures. Kami lalui hentian cable car Mount Faber. Tetapi buat masa ini dalam penyenggaraan. Kami pernah ke Pulau Sentosa menaiki kereta cable dan ia amat menggayatkan apabila melihat laut di bawah.

href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjzAf8DbNktjsqJmQvUG3hW84CTG3GvII0DsQFxaYYQu99UitxsZ_mJ1lz2LxzS8vj9Oa1xU-gi8ikIP788J89WQjyPWQrxAxbYdCFH9waGFOldzXsAJIZc8CxpR2vgryPXaE8DUNnOpwg/s1600-h/CIMG7142.JPG">

















Har Paw Villa atau Tiger Balm Garden adalah sesuatu yang mesti di lawat. Taman ini telah diambilalih pengurusannya oleh TDB Singapura. Mungkin kerana kos senggaraan yang mahal.






Tempoh waktu telah pun tamat dan kami meminta dihantar ke Masjid sebelum ke Vivo City. Kata operator , mamang ada sebuah masjid berhadapan Vivo City. Ia di punyai oleh Sultan Johor khabarnya.

Vivo City merupakan sebuah complex yang terdapat stesyen monorail untuk ke Pulau Sentosa. Itulah destinasi terakhir kami.