Wednesday, October 21, 2009

PADANG 30 SEPTEMBER 2009

























ASTAGHFIRULLAH HAL 'AZIM...hanya itu yang dapat ku ucapkan ketika mendengar berita jam 8 malam itu!
Gempa bumi 7.8 scala ritcher itu menjadikan manusia terkubur bersama rumahnya. Di sebuah kampung di Pariaman semua yang menghadiri majlis perkahwinan terkubur kecuali adik pengantin yang keluar dari rumah tersebut atas urusan persendirian. 3 buah kampung lenyak dalam sekelip mata!






Di Padang, ibu kota Sumatra Barat juga demikian. Bukan sahaja rumah kediaman ,pusat perniagaan, sekolah, jalanraya , hotel yang ranap sebahgian daripada Lapangan Terbang Minangkabau, Hospital Djamil dan Universitas Andalas mendapat tempiasnya.

Aku menghantar sms kepada Pak Sastra Munafri dan Puti Reno Raudhah bertanyakan khabar tetapi tiada balasan. Kota Padang telah terputus bekalan letrik!

Ini mengimbau kembali kenangan kami ketika ke Bukit Tinggi dan Padang pada tahun 2008. kami bermalam di Hotel Ambachang. Ambachang merupakan salah satu daripada hotel yang runtuh!

Saksikan Ambachang yang gah dan terkini serta foto yang lain.













INILAH KEKUASAAN ALLAH SUBHANAHUATA'ALA!

No comments:

Post a Comment