Sunday, October 18, 2009

RAMADHAN AL MUBARAK

Lama benar tidak menulis... bukan kerana tiada bahan tetapi masa agak mengekang!
Program kursus dan pengajian semuanya akan berakhir.

Kursus Haji bersiri juga berakhir dengan taklimat daripada Dato Ustaz Md Daud Che Ngah

Kelas Thalaqi AL QURAN di Masjid Negeri terhenti dengan bermulanya Ramadhan. kelas Pengajian yang lain juga berehat sementara pada minggu ketiga Ramadhan untuk memberi ruang kepada jemaahnya bertadharus AL QURAN dan disebelah malamnya melakukan solat Tarawih dan Qiamullail agar dapat bertemu dengan Malam Lailatul Qadr






Musolla kami di Seksyen 2 melaksanakan Qiam secara berjemaah (hanya unutk tujuan berkumpul)pada 10 malam terakhir bertepatan dengan Malam Lailatul Qadr dan sambutannya amat menggalakkan. Begitu juga dengan masjid yang lain.

Bila Ramadhan bazar Ramadhan pun banyaklah di sana sini. Foto dibawah ialah di Seksyen 2


Masjid negeri 2 bulan sebelum itu sudah melaksanakannya pada setiap malam Isnin dan Khamis. Program Tahfiz Al Quran peringkat sekolah menengah Agama juga di laksanakan.







No comments:

Post a Comment