Friday, April 24, 2009
PERTEMUAN DENGAN PUTI RENO RAUDHAH
20 Jun 2008
Dari raut wajahnya IBU kelihatan ceria sekali! Mengapa tidak! Hasrat yang terpendam sekian lama akhirnya menampakan cahaya! IBU akan menjejakan kakinya ke Bumi Minang! Encik Ariffin dan Alfi pun ku lihat begitu teruja! Hanya Aku yang gundah dan gusar!
Adakah Pak Sas menunggu kami di Lapangan Terbang? Mahukah Puti Reno menerima kami yang tiba tiba muncul entah dari mana? Mengapa sekarang baru datang tidak semasa IBUnya masih ada? Semuanya bermain dikepala KU.
Sebenarnya IBU tidak kami beritahu akan temu janji dengan Puti Reno. Dikhuatiri beliau menolak pertemuan sudah pasti IBU terasa dihati dan sedih.
Ketibaan kami di sambut oleh Encik Derino (Eno) dann Ebo dari Safira Travel & Tour.Memandangkan tiada sesiapa yang datang menghampiri maka kami terus ke kenderaan Unser yang di sediakan. Sambil berjalan Ku nyatakan kepada Eno kita terus mengikut acara yang disediakan Agensi. Tiba tiba ada seseorang yang menegur Eno dan memperkenalkan namanya sebagai Pak Sas.ALHAMDULILLAH....SYUKUR KEPADA MU YAA ALLAH!
Dengan itu aturcara akan berubah. Pak Sas menghubungi Puti Reno memaklumkan bahawa kami telah tiba dan dimana kami akan berjumpa. Kata Pak Sas IBUK tak ada di Padang tetapi di Batu Sangkar PAGARUYUNG kerana ada pesta! Di dalam hati Ku bertanya tanya pesta apa! Tak kan hari Jumaat begini ada pesta! IBUK meminta kami agar terus ke Batu Sangkar dan ke ISTANO SELINDUANG BULAN.
Semakin haampir ke Batu Sangkar semakin kencang degupan jantung KU! Rupanya Pak Sas sendiri belum pernah tiba ke Batu Sangkar dan sering menghubungi IBUK. Sebelum tiba di ISTANO KU lihat di sebelah kanan jalan ada kawasan permakaman di Raja.Inilah agaknya makam moyang KU! Eno mengesahkan sangkaan Ku dan berkata kita akan singgah di situ nanti.
Kenderaan masuk ke kawasan ISTANO. Kata ENO dia belum pernah menjejakan kaki ke sini. Rupanya istano yang dibawa pelancong melawat selama ini bukanlah ISTANO SELINDUANG BULAN tetapi Istano Baso yang tempatnya tidak jauh dari situ!
Kelihatan seorang wanita yang begitu lembut wajahnya danlow profile, memakai baju labuh dan bertudung berjalan kearah kami sambil meminta Upik membuka pintu ISTANO.
Setelah bertukar salam dan bertanya khabar kami dijemput naik ke ISTANO.
Aku membuka bicara dengan memperkenalkan ahli keluarga dan tujuan kedatangan kami dan memohon maaf sekiranya kedatangan kami ini akan menjadi tanda tanya kepada beliauiaitu:
1. Untuk mengetahui samada Raja Bangun ini berada di TOMBO Limbago dan Salasilah Kerajaan Minangkabau
2. Menunaikan nazar IBU untuk menziarahi makam datuknya Raja Bangun. Ibu seringkali didatangi oleh seorang lelaki tua yang cantik wajahnya didalam mimpinya.
Ku maklumkan kepada IBUK bahawa keris tanda kebesaran yang dibawa oleh isteri Raja Bangun telah dicuri orang dan dicampakan ke laut dan buku Salasilah turut hangus semasa kebakaran dirumah anak kedua Raja Bangun.
Ku perhatikan Puti Reno sebagai Pemimpin Tertinggi Kerajaan Pagaruyung amat berhati hati dalam percakapannya.Dalam TOMBO LIMBAGO memang di ketahui ada nama RAJA MANGUN dan RAJA MANGUN TUAH tetapi tidak ada RAJA BANGUN. Sebenarnya Aku telah menghalusi Tombo sebelum berangkat dan memang benar kata PUTI RENO tidak ada nama Raja Bangun!
Entah apa yang difikirkan oleh beliau Aku tak tahu. Kerana tiba-tiba dia mengambil handphonenya lalu menunjukan gambar bondanya PUTI RENO DISMAH. Lalu dipeluknya IBU dan menangislah keduanya. Wajah BONDAnya banyak menyerupai wajah IBU!
Sebagai selingan ENO menyatakan bahawa inilah kali pertama beliau naik ke ISTANO yang sebenarnya. Maka sahut PUTI RENO banyak fakta berkenaan Kerajaan Pagaruyung yang disebarkan tidak benar.Puti minta persatuan Agensi bertemu beliau untuk membuat penjelasan.
Kemudian Aku memohon sekiranya PUTI RENO tidak keberatan membawa kami menziarahi makam di Raja. Tak disangka makam itu terletak di kawasan tanah kaum dan bukannya yang Ku lihat dalam perjalanan tadi!
Mengikut PUTI RENO semua kaum kerabat dimakamkan disitu (exclusive)termasuk makam bondanya.Ini termasuklah SULTAN BAGAGAR SYAH. Walaupun disemadikan di Makam Negara Jakarta sedikit tanah makam itu dibawa balik dipermakaman ISTANO atas permintaan keluarga. Tetapi tiada nama pada batu nesan tersebut. Kami pun membaca doa dan ku lihat IBU menitiskan air matanya!
Ketika keluar dari makam PUTI RENO menjemput kami makan dipesta! Rupanya kenduri! anak pegawai ISTANO SELINDUANG BULAN menikah lepas solat Jumaat!
IBU bertanya kepada PUTI RENO mahal kah harga tanah di sini? ALLAHU AKBAR!MENGAPALAH ibu tanya! Jawab PUTI RENO perlu apa IBU nak beli tanah Ibu buat ajalah rumah dimana mana yang IBU mahu. Ini kan tanah kaum!Benarkah yang KU dengar ini!
Semasa mengiringi kami ke kenderaan PUTI RENO meminta supaya kedua dua belah pihak berusaha mencari susurgalur keluarga.
Pesannya jika datang ke Bukit Tinggi jangan tidur di hotel.Menginap disini. Rumah kito ado 11 bilik. Pertemuan selama 2 jam itu diakhiri dengan pelukan dan salam dan berjanji akan berjumpa lagi dengan memberi alamat, nombor telefon Di Selinduang Bulan dan Padang serta alamat emel.
Maka sempurnalah suatu Amanah yang berat...SEMOGA ALLAH MEMBERI PETUNJUK agar keluarga Raja Bangun yang bernama Raja Utak dapat kami ditemui...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Along,
ReplyDeleteSomehow this entry is quite melancholy to me, la...Berat sangat nak mencari susurgalur ni ya, Long! (:-D