Sunday, May 16, 2010
TETAMU DARI BILAH RANTAU PRAPAT
MAMAK IDHAM NASUTION DARI KAMPUNG LAMA JALAN MARTINUS LUBIS RANTAU PRAPAT
ABANG AHMAD BAHARI TAHIR, MAMAK IDHAM, ALFI SYAHR DAN FATIN ATIQAH
KAK DEWI , ABANG AHMAD BAHARI, MAMAK IDHAM, SAYA DAN FATIN ATIQAH
MAMAK IDHAM, FATIN ATIQAH DAN SAYA DI RUMAH PM ZIMLY
SAYA BERSAMA DUA PUPU MASTURA DAN THAUDAH (ANAK PAK UDA AMREN)
ARIFFIN, MAMAK IDHAM, FATIN ATIQAH DAN PM ZIMLY
BERSAMA KAK BIBAH ISTERI ABANG ISA
MAMAKK IDHAM DAN ABANG ISA
Assalamualaikum...
Bila berhenti menulis agak payah untuk memulakan!
Kesihatan IBU agak menggusarkan! Katanya Pakar di Bahagian Oftalmologi berkemungkinan ada permasalahan dengan perjalanan darah ke kepala yang menyebabkan pengelihatan IBU kabur! Setelah menjalani pelbagai ujian maka disimpulkan oleh Prof. Dr. Hanafiah bahawa penyempitan saluran darah disebelah kiri leher IBU itu menyebabkan perjalanan darah ke mata terganggu! Tidak perlu pembedahan kata nya. Pembedahan pada umur 83 tahun ada risikonya seperti angin ahmar!
Dalam benak KU pencarian suku sakat ini telah berakhir! Pencarian Moyang Raja Bangun yang meninggal pada tahun 1890han atu 1900 (dalam perkiraan KU) tidak berjaya kerana kami tidak mengetahui di mana kampung yang dibangunkan oleh beliau di BUKIT TINGGI. Kami juga gagal mencari cucu cicit RAJA UTAK/RAJA ETEK adik kepada RAJA BANGUN.
Walaupun telah sampai ke MENAMBIM/MANAMBIN yang pada hematku hanya sebesar sebuah Taman Perumahan di kampung dan menemui seorang hamba ALLAH yang boleh membantu tetapi seolah olahnya beliau tidak begitu mengalukan kehadiran kami.
Tiba tiba KU terima sms daripada Bang Munir! Anak buah nenek Maesah akan datang ke Dusun Tua pada awal Mac! Datanglah bertemu beliau ketika majlis perkahwinan anak Abang Riduan nanti! Namanya IDHAM Nasution.
Nenek Maesah berasal dari BILAH. Negeri Lama nama desanya. Nenek perempuan sebelah ABAH KU,UTEH JANIBAH juga berasal dari BILAH tetapi tidak Ku tahu nama Desanya. Teringat AKU kepada Pak UDA yang ke Rantau Prapat pada tahun 1985! Pak Uda ialah sepupu ABAH disebelah ayahnya. ( Ayah Abah , Hasanuddin/Kasanuddin bin Hj Basir, adik beradik dengan Mahiddin/Mohiddin ayah Pak Uda Amren/Amran). Anak2 Pak Uda, Ranita, Thaudah tidak tahu nama kampung yang di lawati abah mereka di Rantau Prapat.
Suatu petang selepas ziarah teman sekelas Fatin Atiqah di Hospital Sungai Buloh, kami berjanji akan kerumah arwah Pak Uda di Selayang Lama untuk berjumpa Thaudah. Tujuan nakmeminjam gambar2 pak uda untuk dikongsi bersama mamak IDHam. Mana tau kalau ada yang dikenalinya!
Mamak tidak dapat mengecam dimana foto2 itu diambil! Tetapi mamak mengambil sekeping untuk dibawa pulang ke Pekan Lama.
DARI KANAN: PAK UDA AMREN, TIDAK TAHU NAMANYA, MAMAK JIDDIN DAN ZULKIFLI. ZULKIFLI DAN YANG SEORANG LAGI ITU SAUDARA PAK UDA. GAMBAR INI MUNGKIN DI JALAN AHMAD YANI!
CATATAN PAK UDA: DIHADAPAN RUMAH ZULKIFLI! PAK UDA DUDUK DI TENGAH TENGAH. DISEBELAH KANANNYA ITU SALING TUMPAH WAJAH ARWAH NENEK SAIGON, IBU PAK UDA DAN MAMAK JIDDIN. DIBELAKANG KIRI ZULKIFLI DAN MAMAK JIDDIN
DIMANA PUN PAK UDA DAN MAMAK JIDDIN BERADA ZULKIFLI DAN YANG SEORANG LAGI ITU TETAP BERSAMA
Sepupu KU Shamsuddin juga dihubungi untuk bertanyakan nama kampung yang Abahnya dan Pak Uda ziarahi. Dia juga tidak tahu! Tetapi dia memberikan nombor telefon IBU NONG untuk saya hubungi. Kata IBU NONG, datanglah ke Tanjung Balai ,IBU tunggu kamu dan bawa ke kampung bertemu kakaknya mungkin mereka lebih mengetahui!
Teringat pula AKU untuk menelefon Mak Cik Lin anak saudara nenek Hebat! Saudara Pak Uda yang beliau tahu ramai di Jalan Ahmad Yani dan di Negeri Lama. Tetapi Zulkifli yang didalam foto itu beliau tak ingat. Bila KU tanya samada Mak Cik kenal dengan Mak Cik Bibah, Ya dia mengenalinya. Dia juga tahu berkenaan arwah Mamak Haji Baharum yang tinggal di kampung Gajah Labuhan Bilik. Rumah anaknya, Augustia itu dekat dengan rumah sepupu Mak Cik Lin! Mak Cik Lin menjemput AKU dan suami untuk pergi kesana bila dia balik kampung! Hampir tiap tahun dia pulang!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment