Saturday, March 6, 2010

AMAZING THAILAND

Semalam ketika AKU 5S almari buku, AKU jumpa buku catatan perjalanan tahun 2000. Ketika itu AKU dan SUAMI bertugas di Cawangan PULAU PINANG.

Kami menyertai rombongan Kesatria Cawangan Perlis dan lawatan ke Thailand pada November selama 10 hari bermula dari Padang Besar hinggalah ke most norther tip of Thailand iaitu pekan sempadan dengan BURMA atau MYANMAR.

Memandangkan foto yang diambil tidak di pindahkan ke cd akan mengambil masa untuk proses maka KU ambil gambar dari internet keindahan akan tempat tempat yang kami lawati dan juga yang tidak kami lawati.

Yang penting sekali makanan kami adalah halal dan solat tidak tinggal. Pak Nawi mempastikan makanan di tempah dari restaurant Muslim dan ketika kami tiba makanan hampir siap lepas makan solatlah di surau yang disediakan!

CHIANG RAI

Chiang Rai merupakan wilayah yang teruUtara sekali di Thailand.Terlelak di Segi Tiga Emas dan pintu masuk ke Laos, Myanmar dan Selatan China. Wilayah ini kaya dengan kraft tangan, kain kapas,ukiran kayu dan kraft tangan oleh the hill tribes.

Saksikan keindah Mae Fah Luang garden di Chiang Rai (King Mother di panggil Mae Fah Luang)


















CHIANG RAI MEMPUNYAI LADANG LYCHEE YANG LUAS. Tuaian adalah 3 peringkat.Bermula pada Mac, April dan berakhir pada Mei.







LADANG LONGAN JUGA BANYAK DI WILAYAH CHIANG RAI DAN CHIANG MAI.
Tuaian bermula Jun hingga Ogos .Tetapi kini boleh didapati sepanjang tahun dengan penggunaan flower inducing agent.







Kami melalui ladang cendawan dan ladang CHO KUN dalam perjalanan kami ke Bo Nam Ron. ChoKun ialah sejenis limau yang sedap rasanya tetapi amat payah untk ditaman kerana ia amat memerlukan perhatian yang rapi. Life span nya pula hanya 4 tahun dengan sekali tuaian setiap tahun. Sekiranya di serang perosak pokoknya terus mati.

Bo Nam Ron mempunyai Hot Spring. Penduduk akan menjual telor mentah kepada pelancong dan kemudian direndam kedalam air panas untuk beberapa minit sahaja dan telor pun masak dan boleh dimakan. kalau telor ayam 7 minit , telor puyuh 3 minit. DI SIBANGGOR pun air panasnya boleh juga dibuat begitu! Di Malaysia pun ada tempat begitu.

Suami turut membeli almari perhiasan kecil dan jam berbentuk steering kapal, yang mana basenya daripada rose teak. Disini banyak juga jualan batu permata Cuma perlu berhati hati.

Istimewanya sambutan tahun baru Thailand disambut di Chiang Rai dengan pesta SONGKRAN.PESTA INI BERLANGSUNG SELAMA 3 HARI 3 MALAM. MENGIKUT ENCIK iBRAHIM TOUR GUIDE KAMI, ASALNYA PESTA JIRUS MENJIRUS AIR INI DI BUAT DARI RUMAH KE RUMAH TETAPI KINI SESIAPA SAJA YANG LALU AKAN DI JIRUSI DENGAN AIR YANG TELAH DICAMPUR DENGAN BUNGA BUNGAAN. UPACARA INI ialah PADA 13 APRIL HINGGA 15 APRIL SETIAP TAHUN.

SONGKRAN FESTIVAL
FOTO DARI INTERNET









Di MAE HONG SON terdapat 500 relung (kata Encik Ibrahim ) kebun bunga pelbagai species. Dari pembacaan KU inilah Botanical Gardens kepunyaan kerajaan Thailand yang di naungi oleh Princess SIRIKIT yang bertujuan untuk penyelidikan species yang terdapat di Thailand.

Chiang Rai mempunyai ramai penduduk beragama Islam. Ia mempunyai Majlis Islam. Asalnya mereka datang dari Negara China. Kebanyakan mereka menbuka restoran makan dan tinggal berhampiran masjid. Kami menumpang jamak di Masjid ANUWAR ISLAMIC PAKISTAN MOSQUE. kEBETULAN PULA DI SITU ADA KOMUNITI PAKISTAN MUSLIM.

INI PULA GAMBAR GAMBAR DARI INTERNET DI GOLDEN TRIANGLE

TANDA MERCU 'THE GOLDEN TRIANGLE'


SUNGAI MEKONG MENJADI MELALUI 3 NEGARA: LAOS MYANMAR DAN THAILAND


PEMANDANGAN INDAHNYA DI GOLDEN TRIANGLE


KETIKA MENYELUSURI SUNGAI MEKONG SEBELAH MYANMAR TERNAMPAK CASSINO KEPUNYAAN MYANMAR


SUNGAI MEKONG MELALUI CHIANG RAI


TEA PLANTATION AT CHIANG RAI


HILL TRIBE VILLAGE

CHIANG MAI

Dikenali sebagai 'THE ROSE OF THE NORTH' terletak melebihi 700 km dari kota Bangkok.
Chiang Mai merupakan pusat pertumbuhan ekonomi, komunikasi, kebudayaan dan pelancongan Utara Thailand. Wilayah yang kepungi oleh gunung dan tanah tinggi dan taman negara serta dihiasi dengan flora dan fauna menjadikan wilayah ini tumpuan pelancong.

Diantara tarikan ialah, elephant camp, wat, perusahan sutera dan kain kapas, payung dan parasol serta air terjun dan perkampungan hilltribes.

MAE SA WATERFALL
( 7 TIERS WATERFALL)FOTO DARI INTERNET


AT TIER 7






AT TIER 4



BO SANG UMBRELLA/PARASOL VILLAGE












SUTERA THAILAND

Chiang Mai merupakan tempat perusahann sutera . Silk weaving terdapat di San Kampheang weaving village.

Banyak sutera yang di jual diluar sana adalah tiruan. Pastikan membeli di kilang untuk yang asli.


BERMULA DARI SILKWORM MAKAN DAUN MULBERY


THE COCOON


MENGHASILKAN BENANG


THE YARN


WEAVING


PROSES MENENUN


HASIL TENUNAN


SUTERA BERCORAK TRADISI


CORAK TRADISI




WARNA PLAIN


ARKITEK JEPUN TAKASHI KOTA TERTARIK DENGAN SUTERA THAI DAN MEBMUAT KIMONO DARI SUTERA


RAKAN KONGSI TAKASHI KOTA IAITU KAORI MIKAMI MENGGAYAKAN KIMONO DARI SUTERA THAI


SUTERA THAI SESUAI UTUK KIMONO..TAKASHI KOTA


CORAK PILIHAN UNTUK KIMONO


TALI LEHER SUTERA


BEAUTIFUL LONG SCARVES.... RAMBANG MATA


CANTIKNYA BEG TANGAN!


NICE PATTERN FOR A CHANGE


BEAUTIFUL THEY ARE


ELEPHANT TRAINING CAMP


GAJAH DILATIH UNTUK PERTUNJUKAN


INDUSTRI PEMBUATAN BARANG LACQUER


CANTIKNYA!


KANCANABURI itulah wilayah di mana berlakunya pengeboman JAMBATAN MAUT pada tahun 1945 di SUNGAI KWAI oleh tentera bersekutu untuk menghalang siri melebarkan sayap penaklukan Jepun ke BURMA (YAGOON).
Tidak lengkap perjalanan sekira tidak melawat tempat bersejarah yang pahit ketika perang dunia kedua (WW 11)samada yang mati semasa pembinaan keretapi maut atau semasa pengeboman.

Daripada maklumat yang AKU baca, membina railtrack keretapi dari Thailand (NONG PLADUK IN RATCHABURI)hingga ke BURMA (THANBYUZAYAT) memerlukan tempoh 3 tahun (ada yang sebut 5 tahun) Tetapi Jeneral Penguasa Jepun mahu track sepanjang 415 kilometer itu disiapkan dalam tempoh 16 bulan sahaja. Pembinaan yang bermula pada 16 September 1942 siap pada 25 December 1943.

Ini dilaksanakan dengan kerahan tenaga buruh atau tawanan perang (POW). Tahanan perang terdiri dari askar Jepun, England, America , Australia, Holland dan Thailand bergabung dengan buruh paksaan dari Malaysia, Thailand, Myanmar dan juga dari INdonesia.

Jambatan besi yang merentangi River Kwai itu di bawa oleh Japanese Imperial Army dari JAVA (PULAU JAWA LAH TU) dan tentera bersekutu (pow) membinanya semula. Pembinaan track SEPANJANG 55KM DARI NONG PLADUK tidak ada halangan kerana tanahnya 'flat land'. Selepas itu ia bermasalah kerana rupabumi yang tidak sesuai untuk track. 38 orang tawanan / buruh paksaan mati untuk setiap 1 km track yang dibina. Khabarnya 16,000 orang mati dalam pembinaan keseluruhannya!

Kematian mereka disebabkan keletihan (fatigue)kerana dipaksa bekerja 16 jam sehari, malnutrition (cakap melayu apa ya...mungkin kekurangan zat makanan), di dera atas kesilapan kecil ... diikat pada pokok dengan dawai berduri dan dibiarkan beberapa hari, atau dipaksa melulut pada kayu yang tajam sambil memikul batu (boulders) untuk 1 hingga 3 jam dan pengabaian kesihatan!


FOTO DIBAWAH INI THE BRIDGE OF RIVER KWAI YANG BARU. KERETAPINYA MASIH BERFUNGSI










GERABAK INI DIGUNAKAN UNTUK MENGHANTAR PERALATAN PERANG (AMMUNITION) KE BURMA DAN INDIA


KERETAPI INI MASIH BERFUNGSI DAN DIGUNAKAN











THE JEATH MUSEUM

Museum ini di bina oleh seorang Ketua penganut Buddha ( Chief Abbot) pada tahun 1977. Bangunan rendah yang diperbuat dari buluh ini dibuat sedemikian rupa agar menyamai tempat kediam orang tawanan (pow)

Didalamnya terdapat gambar yang asal, juga yang diperbesarkan perkasasan yang diguna oleh tentera jepaun seperti wireless, radio, sidecars, basikaljuga tempat dan keadaan kediaman tawanan.

JEATH ialah acronym bagi tentera tawanan iaitu, Jepun, England, Amerika, Australia,
Thailand dan Holland.


MEMBINA TRACK


DIDALAM MUZIUM "BULUH"


MEMBAWA BURUH YANG MENINGGAL UNTUK DIKEBUMIKAN!!


MEMBINA TRACK


INILAH TEMPAT TINGGAL BURUH PAKSAAN

PATTAYA

PATTAYA IALAH SEBUAH BANDAR YANG TERLETAK 165KM DI TENGGARA BANGKOK IAITU DI WILAYAH CHON BURI.

Pattaya bermula sebagai kampong kecil nelayan tetapi berubah wajah dengan kedatangan 100 orang tentera Amerika yang berperang di VIETNAM pada 26/4/1961.

Bertolak dari situ ia menjadi tempat keluarga bersantai dan kini menjadi INTERNATIONAL RESORT yang sangat popular kepada pelancong.

Banyak tempat tempat menarik di PATTAYA selain dari pantainya yang bersih dengan tiupan sepoi sepoi bahasa sang bayu yang membuatkan pohon nyior meliok liok . Anda boleh menaiki boat untuk ke PULAU BOTAK. Pada waktu malam anda juga boleh menaiki boat untuk menjamu selera di FLOATING RESTAURANT DI LAUT.







Diantara tarikan di PATTAYA ialah:

1. NONG NOOCH TROPICAL BOTANICAL GARDEN

2. THE MILLION YEARS STONE PARK

3. SRI RAGHA TIGER (AND CROCODILE) ZOO

4. FUNNY LAND AMUSEMENT PARK

5. UNDERWATER WORLD PATTAYA (WORLD CLASS)

6. BOTTLE ART MUSEUM

7. SIRIPORN ORCHID FARM

8. MINI SIAM

9. BUNGEE JUMP

AKU berikansedikit penerangan untuk beberapa tempat tempat tersebut.

NONG NOOCH TROPICAL BOTANICAL GARDEN TERLETAK 15KM KE SELATAN PATTAYA. Kawasan seluas 600 ekar yang di punyai oleh Puan Nong Nooch dan Prisit pada tahun 1954 asalnya untuk dijadikan dusun buah buahan. Walaubagaimana pun setelah melihat keindahan taman taman di luar negara maka akhirnya ia dijadikan TAMAN BOTANIK kepada bunga bunga tropika. Terdapat French Garden, European Garden, Stone Henge, Cactus and Succulents, Variegated Plants, Ant Tower, Butterfly Hill, Orchids and Flower valley. Mini Zoo juga terdapat disini dengan pertunjukan gajah dan chimpanzee serta pertunjukan kebudayaan.

Taman ini di buka kepada umum pada tahun 1980. Mulai 2001 taman di serahkan pengurusan nya kepada Prisit dan anak Nong Nooch, Kampon Tasacha.

KAMI TIDAK MELAWAT TEMPAT INI TETAPI LIHATLAH KEINDAHAN LANDSCAPENYA YANG DI AMBIL DARI INTERNET.






















THE STONE HENGE OF NONG NOOCH








THE MILLION YEARS STONE PARK

THE MILLION YEARS STONE PARK adalah ide dan daya usaha KHUN SUAN dari tahun 1989 hingga 1992 untuk membuat taman ini. Semua fossil pokok, batu batan dikumpulkan oleh beliau sendiri. Taman ini dibuka kepada umum pada 1/2/1992.
Foto dari internet..












THE BOTTLE MUSEUM AND ART CENTRE

Mungkin ini sebuah museum yang ketika kami ke sana belum ada lagi atau pun in the making. Kerana MR PEITER BY DE LEJ SEORANG SCULPTOR DARI HOLLAND BERSAMA MRS. PRAPAISI THAIPANICH DARI THAILAN MENGAMBIL MASA 15 TAHUN UNTUK MEWUJUDKANNYA.

Museum ini adalah unik dan satu satunya yang terdapat didunia. Sebanyak 300 objek dari dipamerkan samada dari Thailand ataupun negara luar.

Dengan peralatan yang khusus, intricate parts dimasukan kedalam botol dan digamkan. Ada juga ysng dilekatkan dengan plastisin.

Tidak dapat KU cari bila tarikhnya museum ini di buka kepada awam.












MINI SIAM

MINI SIAM dipenuhi dengan pelbagai miniature yang di buat dengan scala 1:25. Sebelum 1990 miniaturenya berupa bangunan, wat dewan yang hanya terdapat di Thailand. Bagaimanapun sekarang anda boleh melawat kepelusuk dunia dalam masa 3 jam.

Kami tidak melawat MINI SIAM tetapi ke WINDOWS OF THE WORLD DI SHEN ZHEN CHINA tahun 2007. Inilah sebahgian daripada petikan dari internet...


PINTU MASUK KE MINI SIAM


THE GRAND PALACE


THE GOLDEN MOUNT










STATUTE OF LIBERTY AT NIGHT


THE GRAND PALACE ILLUMINATED AT NIGHT




FROM AMERICA


THE LONDON BRIDGE!

SIRIPORN ORCHID FARM

Taman ini mempunyai 1500 species orchid dan ribuan hybrid orchid. Kuala Lumpur juga ada Taman Orchid. Lihatlah betapa cantiknya!

















SRI RACHA TIGER ZOO AND CROCODILE FARM

SRI RACHA TIGER ZOO AND CROCODILE FARM terletak di wilayah CHONBURI 60km KE TIMUR Kota BANGKOK DAN 30 MINIT PERJALANAN DARI PATTAYA



Dikhabarkan terdapat 200 ekor harimau bengal dan 100,000 ekor buaya disini.














Kebelakangan ini zoo tersebut mendapat kritikan daripada pengunjung kerana aski binatang yang hampir pupus itu ibarat pertunjukan sarkas. Harimau beraksi dengan berjalan hanya dengan kaki belakang, melompat bulatan api, berjalan diatas dua tali (rope)dan menunggang kuda. Ketika kami menyaksikan pertunjukan tersebut harimau yang bernama JOE 'refused to do some of the acts'.





Ketika melihat seekor harimau putih melalui cermin, 2 orang pekerja (mungkin dari AFRIKA memberi salam kepada KU dan Suami!). Bertuah juga dapat memangku sambil memberi susu kepada anak harimau yang berumur 2 bulan. Ya ALLAH beratnya! Bulu nya juga kasar!



Kalau mahu anda boleh juga memegang anak anak buaya di atas tapak tangan!

Pertunjukan buaya juga agak menggerunkan. Pada awalnya berjalan seperti biasa dengan pelatih mengacah buaya supaya mengangakan mulut dan kemudian memasukan kepalanya. Suatu ketika hampir sahaja kepala pelatihnya dibaham apabila buaya menutup mulutnya. Pelatih dengan pantasnya menarik badannya dan pertunjukan terus ditamatkan.




Di luar zoo ada juga pertunjukan ostritch lumba lari. kasihan AKU melihat nya! Disamping itu ada juga wallaby (persis kangaroo tetapi kecil). chimpanzee dan juga wanita yang memperagakan fesyen kata kawan kawan. Tetapi sebenarnya pada pakaian model itu ialah puluhan/RATUSAN kala jengking! Pertunjukan gajah juga ada.




Terdapat cara kehidupan yang tidak mengikut fitrah disini seperti harimau yang menyusukan anak anak khinzir! Harimau bintang hidup bersama lembu!



THE FLOATING MARKET DI DAMNOEN SADUAK

Thailand terkenal dengan FLOATING MARKETNYA. KALAU TIDAK SILAP ADA 4 PASAR TERAPONG DI THAILAND. Barang barang yang dijual adalah hasil tanaman atau kraf tangan penduduk . 'Gerai makanan' pun ada. Yang memasak diatas sampan sedangkan pelanggan di tebing. Bila masa untuk membayar, wang akan di'lempar' ke dalam bekas yang disediakan juga di atas sampan. CHEF WAN PERNAH MEMBUAT DEMONSTRASI MASAKANNYA DISINI DAHULU. Saksikan Foto ni DI DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET'
















Mohon maaf kerana mengambil masa yang lama untuk menghabiskan coretan ini diatas sebab sebab kesihatan IBU kami dan urusan keluarga.

Perjalanan pulang dari Utara ke Padang Besar ialah mengikuti laluan yang berbeza agar peserta dapat menikmati another set of view. Rolling paddy fields and fruit orchards, leather factory, jewellery outlet and Safari World. Kami hanya menginap satu malam di Bangkok tetapi tiada lawatan di sana.

Dalam perjalanan Pak Nawi buat announcement. Tujuh orang banduan telah membawa 7 orang sebagai tebusan dari Phrakhon Samut. Tebusan terdiri dari pegawai tinggi penjara. Yang menakutkan, kenderaan mereka sedang mengisi petrol atau berhenti di kiosk petrol tidak jauh di hadapan laluan kami. Ketika Pak Nawi membuat pemakluman awal ada rusuhan di penjara dan helikopter berlegar di kawasan tersebut semuanya terdiam! Kini semua membisu seribu bahasa dan memohon kepada ALLAH SWT agar kami selamat pulang ke TANAH AIR.

Yang pelik bin ajaibnya tiada sekatan jalan atau lencongan! Kenderaan berlalu seperti tiada apa yang berlaku! Dalam cahaya yang samar itu kami melepasi stesyen minyak tersebut. Sebuah pickup yang bertutup ada disitu dan beberapa 'orang' mengawalnya. Pickup yang dirampas dari penjara itu dilengkapi dengan senjata dan bom. Pickup akan diletupkan sekiranya Kerajaan Thai tidak bersetuju membebaskan mereka. Dua orang tebusan di bebaskan. Semua banduan adalah rakyat MYANMAR yang menuntut kebebasan untuk pulang ke MYANMAR.Drama berakhir dengan semua banduan di tembak mati. Ada juga tebusan yang mati semasa rusuhan dipenjara.

SYUKUR KEHADRAT ALLAH SWT kami selamat. Baru sahaja kami menghela nafas, Pak Nawi umumkan SURAT THANI DAN HADYAI banjir. Itulah Laluan kami! Encik Radzi menghubungi familynya di Perlis bertanya khabar. Hujan tidak berhenti selama 2 hari!

Bas berhenti di CO OP CENTRE untuk mandi dan solat SUBUH. Perjalanan diteruskan selepas sarapan. Perkhabaran menyatakan pekhidmatan keretapi di Hadnyai telah diberhentikan sejak tiga hari tang lepas. banyak bas persiaran terkandas di Bangkok dan sebuah kenderaan bomba terbalik. Hadnyai ditenggelami air! Dan ada hotel yang ditenggelami on the ground floor dan pelancong terperangkap didalamnya.

Secara geographynya Hadnyai ini berbentuk kuali. Jadi bila hujan turun tanpa henti limpahan air tidak pergi kemana.

Pak Nawi mengarahkan supaya kami ikut jalan kampung. Bas meredah banjir tetapi tidak ditahap merbahaya. Kami lalu berhampiran tempat tinggal Encik Rahim di SETOL, SATUN. Beliau turun disana.

Kami masuk melalui Wang Pracha (Wang Kelian) dan akhirnya tiba di Tanah AIR.

Kami tiba hanya 2 atau 3 hari lagi umat Islam akan mula berpuasa. Di Pejabat, staf kami amat gelisah dengan keberadaan kami dan suasana di Tahiland ketika itu.

Hampir terlupa! Encik Rahim memaklumkan bahawa beliau yang membawa Ahli Sejarah Encik MUSTAFFA ke PHUKET untuk bertemu AISHAH.... waris MAHSURI.

No comments:

Post a Comment