Sunday, March 27, 2011

KAMPUNG KU DUSUN TUA

Asslamualaikum w.b.r.

Lama tak mencoretkan berita ... Banyak urusan lain yang perlu di uruskan.

DUSUN TUA. Itulah kampung tempat kelahiran KU , IBU KU, Abah KU dan Adek Beradik KU.

Menurut IBU ia di namakan DUSUN TUA kerana banyak terdapat Dusun yang telah tua di situ. Satu satunya yang KU ingat ialah sebatang pokok durian yang memangnya tua di kawasan sekolah Kebangsaan Dusun Tua kira kira 54 tahun yang lalu. Kini pokok itu telah tiada tetapi nama DUSUN TUA TETAP KEKAL! (Sekiranya sesiapa ada versi yang lain dapat menghubungi ku untuk pembetulan).

Suatu ketika dahulu di dusun keluarga kami (keluarga kami sebut tanjung kerana ianya terletak ditepi sungai Langat) terdapat banyak pohon buah buahan. Seingat KU ada pokok rambai, bacang ,rambutan, durian, pulasan,langsat, manggis, kedondong, jambu batu, cempedak dan nangka. Selain itu ada juga pokok buah keras, kekabu, limau lindai, limau nipis, limau kapas, serta pokok koko. Limau nipis dan koko adalah hasil sampingan keluarga. Begitu juga dengan tanaman jagung dan cili padi. Ibu dan arwah Abah memang banyak berbudi pada tanah. Tanjung itu juga ditanam dengan nenas, ubi kayu, keledek dan pisang (pisang rastali, nangka, emas, manis lemak ,embun dan pisang keling) dan sayur sayuran seperti kacang panjang,TERUNG TELUNJUK sawi, ketola , bendi, timun dan kacang kelisa. Ada juga herba seperti kunyit, serai,cekur, jerangau, lengkuas,pokok kari, pokok pandan terung pipit serta pokok kantan.


PANDAN WANGI

POKOK KARI

DURIAN BELANDA


POKOK DURIAN BELANDA


BUAH LIMAU NIPIS


TERUNG TELUNJUK


BUNGA KANTAN


POKOK KANTAN (TORCH GINGER)



BUAH KUNDANG



RIMBANG ATAU TERONG PIPIT

Kini yang ada hanyalah rambutan, manggis, langsat, belimbing, jambu air, durian dan pokok longan. Keadaan kebun pun tidak begitu terurus setelah Abah tiada dan IBU pula uzur. Memang IBU upahkan untuk menebas rumput dan sebagainya tetapi mungkin disebabkan tiada siapa yang "bercakap" dengan pokok pokok tersebut tidak mengeluarkan buah yang banyak!


LONGAN

Mengimbau kembali kampung kami, dibelakang rumah arwah Datuk Empat Abu Bakar bin Jahampung, ada pokok durian belanda dan jambu air putih yang manis. Disempadan rumahnya dengan Atuk Haji Kanabut berdiri rendang pokok buah kundang. Ciku yang paling sedap Ku nikmati ialah di rumah Arwah Atuk Yahya (Adik Nenek KU sebelah IBU).Dirumah Mak TUO Saadiah (Mak Saudara IBU sebelah ayahnya) ada pokok Nam Nam. Nam Nam ini kalau masak pun masam manis rasanya! Dibelakang rumah Arwah Mak Cik Emon pula ada jambu mawar.Baunya harum seperti bunga mawar dan manis rasanya.DI KAMPUNG POKOK NYA SUDAH TIADA. Di kawasan rumah nenek KU, ada juga pokok durian tembaga,manggis,limau abong, nam nam, jambu bol, jambu air merah, rambutan, mangga, ciku, pokok belimbing (kalau dimasak dengan gulai telur memang sedap!).Sememtara di sebelah rumah nenek wan KU ada pokok asam gelugur.


JAMBU AIR


PUTIK JAMBU MAWAR


LIMAU ABONG




BUAH PULASAN


DURIAN TEMBAGA



POKOK JAMBU BOL YANG SEDANG BERBUNGA


JAMBU BOL


POKOK GELUGOR


NANAS

POKOK BELIMBING

Disebelah darat terdapat sawah yang saujana mata memandang. Hampir semua orang kampung bersawah padi. Yang paling indah bagi kami adik beradik ialah ketika menghalau burung! Arwah nenek akan buat scarecrow dan tali yang di ikat ketiang pondok/wakaf. kami pun berebut rebut menarik tali dan tbertempiaran burung sekawan terbang ke sawah yang lain. Kini tanah itu terbiar sejak (mungkin 30 tahun yang lalu.

Dulu dirumah ayah Uteh Hindun ada pokok bunga cempaka, di rumah nenek Maryam banyak bunga rose merah jambu, bunga tengking di rumah arwah Atuk Yahya,dan bunga melur kalau tak silap di rumah arwah nenek Raya. Dihadapan rumah arwah nenek Bureng pokok bunga puding menjadi pagar rumahnya. Rumah IBU masih ada bunga cempaka kuning dan putih yang di tanam oleh arwah Adik IparKU Wan Zarinah. Bunga kenanga wangi (kata IBU ada bunga tak wangi!)dan bunga tanjung pun masih ada.



BUNGA MELOR


KELOPAK BUNGA TONGKENG


BUNGA TONGKENG


BUAH BUNGA TANJUNG


BUNGA TANJUNG


BUNGA MAWAR


CEMPAKA KUNING


CEMPAKA PUTIH





KENANGA


POKOK PUDING

POKOK PUDING

POKOK PUDING
Kalau sebut pasal makanan, arwah nenek Upik pandai memasak rendang minang. She will cook it from morning till 5 in the evening over a small fire. Bakal jemaah Haji selalu tempah daripadanya. Rendang itu masih baik sehingga 3 bulan.

Ibu mertua abang Riduan pula kalau menjual tempe dan tapai memang laris.Khabarnya ragi itu dibuat daripada daun rambai yang dikeringkan dan di tumbuk halus. Selalunya belum sempat di letakkan di tempat jualan sudah habis.

Kalau sebut jongkong, tak lain yang paling sedap ialah yang di masak oleh arwah mak Cik Mor. Kini sepupu KU IMAH pun sudah pandai membuatnya. Kalau dulu jongkong hanya dijual pada bulan Ramadhan, kini sentiasa ada.



JONGKONG
Arwah nenek Noriyah, isteri Atuk Yahya KU sememangnya hebat kalau memasak kek kukus buah buahan. Setiap kali berHari Raya mesti ada di simpankan untuk KU.

Begitu juga dengan arwah isteri Pak Lang KU (Pak Lang Husin , Adik IBU) kek hitam mesti ada di asingkan untuk KU bawa pulang.

Pernahkah anda mendengar Kek Bauhulu Rempah? Yang pakar dalam masakan ini ialah arwah nenek KU sebelah ABAH. Bukan sahaja Bauhulu Rempah, Halua Maskat pun nenek pakar. Yang hebatnya kalau tanya resepi, memang tak dapat. Itulah anugerah ALLAH kepada arwah, dia main sudu sudu sahaja bahannya!

Halua betik, halua buah rumbia, jem rambutan,jem nanas,jem manggis itu kepakaran arwah Mak Andak Hindun KU (kakak ABAH).




TAPAI



PECAL DAN KUAH KACANGNYA ADALAH SALAD UTAMA AIR TANGAN IBU

Dulu kami elalu juga dapat makan ikan sungai. Arwah Pak Lang Mohd Amin kalau balik dari menangkap ikan, pastinya singgah menjual ikan tangkapannya. Ikan Kelah pun selalu juga kami makan. Ada seorang Atuk tu memang ALLAH berikan dia rezeki, kalau memasang perangkap ikan meti dapat ikan KELH sehingga orang kampung menggelarkan beliau AHMAD KELAH. Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatasnya.


Tanjung ini juga banyak megimbau zaman persekolahan KU kerana disinilah AKU membaca buku sambil menemani IBU merumput atau menjirus jangung!

No comments:

Post a Comment