Assalamualaikum w.b.r.
Ya kami ke Negeri Johor Darul Takzim untuk kali yang keduanya tahun ini. Apa lagi kalau tidak urusan Walimatul Urus! kan cuti sekolah satu minggu!
Kali ini kami ke Mersing. Memang kami tidak pernah kesana (kecuali suami atas urusan rasmi).
Perjalanan kami dialu alukan dengan hujan gerimis dan kemudiannya menjadi lebat.Setelah berehat dan solat di R & R Pagoh kami meneruskan perjalanan melalui Kluang dan Kahang ke FELDA NITAR.
Dari pembacaan NITAR ialah nama seorang gadis pribumi di tempat ini. LAGENDANYA CINTA BELIAU DENGAN PEMUDA SEKAMPUNG TIDAK DIRESTUI KELUARGA MEMBUATKAN BELIAU KE TERJUN KE TASEK DAN TERUS MENGHILANG.SEJURUS FELDA INI MENDAPAT NAMANYA.
SOTO NASI... SEDAP TAPI SEDAP LAGI SOTO PAK SHARIFF DI KLANG
BUAH DURIAN BELANDA
BUAH KUNDANG
NANAS GULA BATU.. BERATNYA ADA 3 KILO!
BUAH NONA
Kami tiba di NITAR 1 jam 9.35 malam dengan jam pemanduan 6 jam. Kami ke rumah Radzi dan bermalam disan untuk 2 malam. Pada mulanya Radzi nak naik motor! Kata suami naiklah bersama kami kerana kami nak ke NITAR 2. Kami bercadang nak menginap di Mersing tetapi keluarga Razif cadangkan tidur 'di rumah tamu' mereka.
Mengikut Radzi PENEMPATAN AWAL PENEROKA di Felda NITAR ialah dalam tahun 1985 dengan penumpuan kepada penanaman kelapa sawit. Keadaan amat berbeza dari apa yang kita lihat sekarang. Untuk keluar ke Bandar Mersing hanya melalui jalan penarik (ikut jalan kebun kelapa sawit). Jalan pun tak sempurna. Semua penduduk keluar denagn menggunakan motor. terutamanya scrambler!Perhubungan agak payah ketika itu. Tetapi sekarang jalan raya nya elok. Perkampungannya pun cantik dan tersusun. Saya tidak dapat melihat rumah asalnya lagi. Kebanyakannya rumah rumah batu banglo setingkat! Perkhidmatan bas pun ada.
Hari Sabtu 12 Mac ialah pernikahan kakak Radzi. Amat indah sekali majlisnya. Selepas nikah upacarapun selesai. Tidak ada persandingan! Alangkah eloknya kalau semua majlis berlangsung sedemikian. Saudara mara sahabat handai yang memeriahkan majlis pun ramai yang datang. Disini masih lagi bermuafakat bergotong royong dan merewang untuk memasak. Nasi berianinya sungguh enak.
BUNGA TELUR NYA IALAH TELUR PINDANG ( TELUR DIMASAK BERSAMA PELBAGAI REMPAH RATUS & DEDAUN SELAMA 3 HARI 3 MALAM)
HANTARAN SEBUAH ALQURAN
CINCIN PEMBERIAN
BERSAMA AZLINDA & REDWAN
Kami ke bandar Mersing sambil menantikan rombongan pengantin iaitu anak Kakak Long suami KU dari Jengka 2. Kami ke persisiran pantai dan AKU membeli udan dan sotong goreng. Terkejut AKU dengan harganya! 3 ekor udang dan seekor sotong agak besar cuma RM1! Apalagi kami pun makanlah sekehendak hati. sambil itu kami 'bersedekah' kepada 6 atau 7 ekor kucing yang mengiau - ngiua kepada kami.Kemudian. Kami jamak qasar di Masjid Jamek Mersing dan berkonvoi dengan rombongan terus ke NITAR 2 ketempat bersanggah. Upacara pernikahan EHSAN akan berlangung selepas Asar.
DIWALIKAN OLEH AYAHANDANYA ENCIK RAHMAT
MENYERAHKAN MAS KAHWIN
BERSAMA AYAHANDA DAN BUNDA
MENYERAHKAN HANTARAN
Kami sepatutnya bertolak ke rumah pengantin perempuan pada Esoknya jam 12.00 tengahari. Maklumlah perjalanan keluarga pengantin jauh dan musim hujan. Kita merancang ALLAH yang menentukan! Kunci kereta pulak ter 'misplaced' Hampir 12.45 baru kami tiba di rumah persanggahan. Tuan rumah jemput kami minum dahulu.
Tapi AKU melihat persekitaran kawasan yang bersih dan adalah pokok yang menarik perhatian KU. Kata tuan rumah itu pokok buah TIN. Seorang kawan membawa benihnya dari MEKAH dan memberikan kepadanya. Teringat pula AKU di Fakulti Sains Gunaan ada beberapa batang pokok tersebut. Mungkin yang di Dusun Daut Murad, Melaka pun sama.
POKOK TIN
Ketika minum anak KU menyatakan bahawa salah seorang yang bersama kami itu adalah puan yang menjual gorengan yang kami beli di tepi pantai Mersing semalam. Rupanya ibu beliau sepupu (kalau x silap) dengan ayah pengantin perempuan! Maklumnya kalau datang ke Mersing bermalam saja di rumah mereka!
SAYA DAN EMRAN
KAMI BERSAMA KAK JAMALIAH
MINUM DI RUMAH PERSINGGAHAN
Dengan paluan kompang kami berjalan menuju ke rumah pengantin perempuan. Cuma perjalanannya agak tak lancar dengan halangan 'tol.' Tol pertama dan kedua dilepasi dengan baik tetapi tol di sebelum naik pelamin agak tegang dengan hebat juga dengan tawar menawar. Telah dimaklumkan bahawa Persatuan Mak Andam (berdaftar atan tidak tak tahu lah!)telah menetapkan RM100!. Kalau tak memikiekan ini adalah hari yang berkat mahu sahaja kami balik! Agaknya apa akan terjadi!
DIARAK MENUJU KE RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN
Bermacam macam reaksi dari keluarga yang diluahkan. Dicadangkan agar di berikan RM1.00 seratus keping biar mak andam puas mengiranya! Elok juga kalau diberi duit palsu! Atau pun di ambil sahaja pengantin perempuan yang telah sah menjadi isteri dan dibawa balik! Atau ketika rombongan menyambut menantu nanti kita buat acara kenakan tol RM200. Biar kita berbalas balas.
TOL PERTAMA/ KEDUA
Yang hairannya bukankah mak Andam telah di bayar! nak tol apa lagi! Kalau RM10 atau RM 20 tu maasih boleh diterima. katanya untuk suka suka! Kalau anak mak andam orang pekena sedap tak rasanya! tapi mak andam tak kira RM500 pun tolnya dia boleh beri dengan ikhlas!
PASANGAN EMRAN DAN RAHILA
BERSAMA KELUARGA DARI PAHANG
PENGAPIT YANG LAPAR DAN HAUS
MAKAN BERSAMA PENGANTIN
SUAPLAH NAK SAYANG
Apa pun majlis tetap meriah denagn pengantin duduk di diaz dan makan beradap. Kaum keluarga yang tinggal di Jengka 2, 16, Melaka, Moakil, Kuala Lumpur dan Shah Alam meninggalkan majlis menuju destinasi masing masing.
Kami doakan agar anakanda berdua bahagia sehingga ke AKHIRAT. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalamualaikum bu .
Deletedari desa Janjimanaon ( pecahan sibanggor julu )
mohon bantuan di share alamat email bapak Dr.H. Jaafar Thani Bin Jamaluddin ,
perihal : permohonan bantuan renovasi mesjid Baiturrahman Di Desa Janjimanaon
assalamualaikum bu .
Deletedari desa Janjimanaon ( pecahan sibanggor julu )
mohon bantuan di share alamat email bapak Dr.H. Jaafar Thani Bin Jamaluddin ,
perihal : permohonan bantuan renovasi mesjid Baiturrahman Di Desa Janjimanaon