Thursday, August 13, 2009

SIBOLGA


PELABUHAN SIBOLGA




INDAH NYA PANDANGAN LAUT DI SIBOLGA



PANTAI UNTUK BERSANTAI

>
PANTAI DI PANDAN INI AKAN PENUH PADA HARI LIBUR




KAWASAN KEDIAMAN NELAYAN. BEGITU BANYAK HASIL TANGKAPAN YANG SEGAR YANG DIBUAT IKAN MASIN. DIFAHAMKAN NELAYAN AKAN DIBERIKAN PERUMAHAN YANG LEBIH BAIK


PINTU MASUK KE SIBOLGA SELEPAS MELALUI 'BERIBU RIBU SELEKOH'


SIBOLGA


TANGGO SERATUS. SEBENARNYA BILANGAN ANAK TANGGA ITU 290 SAHAJA. DULU PUNCAKNYA TEMPAT MENGALIRKAN AIR BERSIH KE SIBOLGA


RAFFLESIA INI DITEMUI PELAJAR BERNAM JEREMY DI HUTAN SIBOLGA


PELBAGAI KAUM MENDIAMI SIBOLGA


SPORTS COMPLEX GAMBAR DI AMBIL DARI INTERNET SEDANG DALAM PEMBINAAN).SEKARANG TELAH DIGUNAKAN. DISEBELAH KANAN COMPLEX INI TERDAPAT SEBUAH MASJID TEMPAT BERKUMPUL WARGA SIBOLGA KETIKA GEMPA 2004. TEMPAT INI TERLETAK DIATAS SEBUAH BUKIT


SIBOLGA DIAPIT LAUT DAN BARISAN GUNUNG


SIBOLGA DARI UDARA..GAMBAR INI DI AMBIL DARI INTERNET

Sibolga, kota dan pelabuhan di pantai barat Sumatra Utara.Ia terletak di tepi Teluk Tapian Nauli dan di apit oleh gunung Bukit Barisan dan pantai yang menghadap Laut an Hindi. Ia juga sebagai pelabuhan transit ke Pulau Nias.

Tidak hanya dengan keindahan pantai dan pulau pulau kecil yang berada di Teluk Tapian Nauli,daerah perbukitan seolah olah menaungi Kota Sibolga.

Gempa di Lautan Hindi pada tahun 2004 turut dirasai oleh warga Sibolga.

Tuesday, August 11, 2009

GAMBAR LAMA MENAMBIN ATAU MANAMBIN


ABDUL RAZZAQ LUBIS KETIKA MELAWAT MENAMBIN





MENJEMUR KOPI. SEMASA KESANA TIDAK LAGI ADA KOPI DI JEMURAN





SURAU TAAU MUSOLLA. SETAHU KU MUSOLLA INI UNTUK KAUM PEREMPUAN SAHAJA. SELEPAS MANDI MEREKA AKAN BERSOLAT DAHULU SEBELUM PULANG

MUSOLLA YANG ADA SEKARANG


RASANYA RUMAH INI MASIH ADA LAGI

GAMBAR INI DI AMBIL PADA JUN 2009


SEMASA KE SANA YANG INI PUN ADA

GAMBAR PADA JUN 2009


Gambar gambar ini AKU ambil dari internet untuk melihat perbezaan Desa Menambin 30 tahun yang lalu dengan sekarang.

Sunday, August 9, 2009

KOTA MEDAN



Medan ibu negeri provinsi Sumatra Utara dan kota ketiga terbesar di Indonesia.

Bermula dengan Kampung Medan yang di asaskan oleh GURU Patimpus dalam tahun 1590han. Lokasi asalnya adalah di kawasan pertemuan Sungai Deli dan Sungai Babura.

Penduduk pertama di Medan adalah daripada komuniti Batak Karo sehinggalah Sultan Acheh, Sultan Iskandar Muda, menghantar pahlawannya, Gocah Pahlawan Laksamana Khoja Bintan menjadi wakil Kerajaan Acheh di tanah Deli itu. Maka berkembanglah populasi Medan di Kerajaan Deli.

Pembangunan Medan bermula dengan pembukaan ladang ladang tembakau oleh Belanda dalam tahun 1860 han. Bertolak dari situ Medan menjadi Pusat pemerintahan Kerajaan dengan aktiviti ekonomi yang berkembang.

Pada tahun 1915 Medan menjadi Ibu Negeri Sumatra Utara dan di di anugerahi status Kota pada 1918.

Medan mempunyai 21 daerah (kecamatan) dan 121 'subdistricts' (kelurahan).

MASJID RAYA


ISTANA MAIMOON





KANTOR POS


Diantara warisan Belanda yang menjadi mercu tanda di Kota Medan ialah 'The Old City Hall, Central Post Office, Tirtandi Tower dan Titi Gantung'.


PINTU MASUK KE KOTA MEDAN





JAM BESAR MEDAN


TIRTANADI TOWER OR WATER TOWER ICON KOTA MEDAN


TIRTANDI TOWER




KATA KAK YATI KALAU DI MEDAN LEBIH BANYAK BECAK DARIPADA MOBIL



Hari terakhir kami di Medan! Begitu cepat masa berlalu!




STESYEN MINYAK PETRONAS! KALAU TAK SILAP ADA 4 BUAH DI MEDAN





BEGINI LAH CARANYA MEREKA MENGUCAPKAN TAHNIAH ATAU TAKZIAH

Hari ini Agus pula yang akan membawa kami di Kota Medan. Adek harus mula kerja.


JALAN PASAR IKAN LAMA... MEMANG TAK JUAL IKAN


SEMUANYA BATIK


CANTIK SEKALI SULAMAN PADA TELEKONGNYA


TUDUNG ITU DI PAKAI PADA MANNIQUINNE (BETUL EJAANNYA!)


BANYAK JUGA HASIL KRAF SEBAGAI OLE OLE


SESUAI UNTUK PAKAIAN IHRAM


KAIN ULOS SEBAGAI OLE OLE

Kami menghantar anak Agus yang sulung ke sekolah. Hari ini hari akhir peperiksaan
katanya! Kemudian kami ke Jalan Pasar Lama. Di jalan ini tiada pasar ikan tetapi tempat menjual pakaian , telekung, batik, tudung dan lain lain.

Nak kata banyak beli tidak juga hanya untuk persiapan kami menunaikan Haji dan telekung buat IBU KU.Terjumpa pula tuan kedai yang asalnya orang Menambin! Katanya disini ada seorang tua yang juga berasal dari Menambin elok pergi berjumpa dengannya! Kami telah kesuntukan masa!


KAK HAJAH NUR HAYATI DI HADAPAN DINAS PENGAJIANNYA

Lantas kami menghantar Kak Yati ke Dinas (Pejabat) Pengajian Hidayah. Macet! (Traffic jam).Kami mahu jalan jalan ke shopping mall dan makan tengahari!
Kebetulan kasut KU pecah dan terpaksa membeli sepasang di.... kedai BATAAAA! Harganya lebih kurang sahaja dengan disini.


PLAZA MEDAN FAIR


HOTEL JW MARRIOT MEDAN


SUN PLAZA


FOOD COURT DI THE SUN PLAZA BERSAMA AGUS DAN TAING


MENUNGGU TAING & AFIQAH MENGAMBIL PESANAN


SUASANA YANG TENANG UNTUK MENJAMU SELERA


NASI UDUK KEGEMARAN KAMI
Kami makan di food court The Sun Shopping Mall. Peraturannya mesti deposit sejumlah wang dalam kad (macam touch & go). Setelah makanan di pilih, peniaga akan key in harga makanan dan kembalikan kad kepada kita. Baki yang tidak habis digunakan boleh ditebus semula dengan mengembalikan kad kepada kaunter.Kalau nak disimpan pun boleh juga . Tempoh nya sehingga 6 bulan.


ADA SESEORANG YANG MENYANYI DI SEBELAH BELAKANG

Sambil makan sesiapa yang ingin menyanyi boleh tampil kehadapan dan anda akan diringi oleh pemain organ.


DIHADAPAN BIKA ZULAIKHA


BIKA ZULAIKHA DI MILIKI OLEH HAJAH MARIANI DAN POPULAR DIKALANGAN PELANCONG

Kami singgah pula di Zulaika Ambon untuk membeli bika. Disepanjang jalan Majopahit ini semuanya peniaga menjual bika. Mengikut Agus asalnya dahulu bika ini dijual oleh orang Cina dan adunannya diketahui tidak HALAL. Jadi seorang peniaga ISLAM telah tampil untuk membuat BIKA, Legit yang HALAL dan sedap rasanya.

Suami masih berhajat untuk membeli halem (helmet). Akhirnya dapat juga pilihannya.Kami sempat mengambil anak2 Agus di rumah penjagaan dan terus pulang dan bersiap siap untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur.


SATU SATUNYA TOL DI MEDAN


BERSAMA KELUARGA


GELAGAT KELUARGA


KENANGAN BERSAMA KELUARGA





Semua anak anak dan keluarga mereka telah berkumpul sebelum Maghrib. Sedih nya kami kerana akan berpisah sekejap lagi dan entah bila akan bertemu. Terasa kemesraan dengan keluarga sepupu yang baru kami kenali dan semoga silaturrahim yang telah bermula akan erat sehingga ke akhirnya.







Abang Amir tidak menghantar kami kerana keuzurannya. Sememangnya Abang perlu banyak berehat setelah enam hari kami diperjalanan.


DI BANDARA

Kak Yati, Adik dan Taing menghantar kami ke BANDARA. Sehingga kami masuk dan mengisi borang untuk membayar cukai lapangan terbang Kakak dan Taing masih melambaikan tangan....