Thursday, February 4, 2010
HARI TERAKHIR DIMAKKAH
Pagi itu AKU dan Suami solat subuh di Masjidil Haram dengan harapan selepas subuh dapat melakukan TAWAF sunat.
Harapan kami berkecai . Pagi ini kawasan di KAABAH amat padat. Kami batalkan sahaja niat tersebut. Mengikut Pengalaman y lalu selalunya seminggu selepas menyempurnakan manasik HAJI jemaah dari negara negara lain telah berangkat pulang. Kini tidak lagi.
Kami berjanji akan datang sebelum ASAR untuk melakukan TAWAF sunat. ALHAMDULILLAH ALLAH memberikan laluan mudah bagi kami walaupun kami tidak dapat berdoa di Pintu KAABAH atau di HIJIR ISMAIL.
Sebelum pulang Kami berjalan untuk megambil foto di perkarangan masjid.
Kami kembali ke BURJ ABBAS untuk last packing kerana luggage besar perlu di kumpulkan dilobby hotel terlebih dahulu.
KU cuba lelap selepas ISYAK tetapi amat susah sekali. Jam 10.30 sepatutnya kami akan keluar untuk melakukan TAWAF WADA'
Berjurai jurai airmata ketika berdoa dihadap RUMAH ALLAH itu. KU ulangi beberapa kali akan keampuanan DARIPADANYA NYA atas dosa yang hanya ALLAH yang mengetahui! YA RABB AMPUNULAH SEGALA DOSA KU! KU POHON KEREDAAN MU, PERLINDUNGAN MU,MATIKAN KAMI DALAM IMAN DAN JEMPUTLAH AKU UNTUK MENZIARAH RUMAHMU DAN RUMAH KEKASIHMU LAGI! KU POHON LAGI KEPADA NYA SEGALA HARAPAN YANG KU POHON SEPERTI YANG KU CATITKAN DAN PESANAN KELUARGA SERTA TEMAN DAN TAULAN.
AKU terus menoleh kebelakang untuk kesekian kalinya sehinggalah aku tidak lagi melihat KAABAH.
Jam 3 pagi bas meluncur bertolak ke JEDDAH untuk transit di MADINATUL HUJJAJ.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment