KENANGAN BERSAMA ARWAH ANAKANDA MACHRUDDIN DAN JUNAIDAH
Memandangkan ada ahli keluarga yang akan balik terus kekampung pagi itu (16/12/2009) maka kami makan di KFC KLIA.
ABANG LONG SELAMAT DAN ARIFFIN MEMBACA DOA SELAMAT
DARI KANAN: HAMZAN DAN ABANG ANDAK SHARI
DARI KANAN: ARIFAH, KAK NGAH NAZ ABANG NGAH RAMLI DAN SAKLAH SEORANGA ANAK KEMBARNYA
DARI KIRI: ABANG TAM MAHYUDDIN DAN ANAK ANAKNYA
DARI KANAN: FATIN ATIQAH DAN AFIQAH
KANAN: KAK LONG MARIAH DAN KAK TAM JAMALIAH
ANAK ANAK ABANG NGAH
Esoknya kami menerima tetamu. Beliau ialah adik ipar Haji Badi yang dikatakan tinggal di Banting. Lama juga beliau dan suami bercerit hingga ahkirnya solat ke surau berdekatan. Kiriman Haji Badi di sampaikan dan salam di kirim kepada isterinya. Mereka sebenarnya tinggal di Sepang dan berniaga di Nilai 3. Tetapi awal 2010 akan berpindak ke MIRI SARAWAK untuk mengusahakan perniagaan kedai makan keluarga Rahman di sana.
DARI KANAN: FATIN ATIQAH REHMAN DAN ARIFFIN
Petangnya kami ke rumah IBU KU di Dusun Tua HULU LANGAT. Kami bermalam disana. Yang penting sekali kami amat merinduinya dan dimana jua kami mendoakan kesihatan dan keselamatan dan kesejahteraannya. Buah delima , kurma dan sweater serta material KU berikan kepada IBU. Air ZAMZAM pula telah dibawa oleh anak anak semasa Hari Raya Aidil Adha ( kami poskan semasa di MADINAH).
Suatu hari AKU dikejutkan dengan sms dari JAKARTA... Mak Cik ,kami akan ke MALAYSIA pada Khamis ini catatan daripada anakanda MACHRUDDIN HARAHAP. Segera KU sms kepada sepupu Prof Madya Zimly bertanyakan adakah beliau menerima sms yang sama. Ya! Benar. Kata MACHRUDDIN tiada lain tujuannya hanyalah SILATURRAHIM semata mata. ALHAMDULILLAH Mak Cik tunggu anakanda berdua. Abang Munir dan Raziz akan menjemput mereka di LCCT.
KANAN: FATIN ATIQAH DAN JUNAIDAH
KANAN: SAYA DAN JUNAIDAH
Mengikut Abang Munir lepas solat Jumaat (25 dISEMBER 2009) mereka akan ke TDDI rumah PM Zimly dan bermalam disana.Kata Machruddin ' saya ingin sekali berjumpa dengan Mak Cik!'. Pada mulanya kami nak berkunjung sebelah malam tetapi suami masih ada urusan di ofis maka KU telefon PM Zimly mengatakan kami akan datang membawa sarapan esok. Machruddin mohon kalau ada AIR ZAMZAM minta di bawakan untuknya.
KANAN: JUNAIDAH MACHRUDDIN FATIN ATIQAH DAN SAYA
Hanya kami bertiga sahaja ke TTDI. AKU bawa nasi lemak berlauk sambal sotong dan rendang ayam, roti canai, roti bom, karipap, kueh kasturi dan ubi kepal goreng.pada mulanya AKU mahu membeli LONTONG KLANG tetapi kerana masih awal kedainya belum beroperasi.
Sungguh gembira sekali KU lihat Machruddin. Begitu juga dengan Junaidah isterinya. Pertemuan kami ini bermula dari Al Kisah perjalanan kami ke MEDAN.. SIBOLGA .. MANAMBIN. Kisah Abang ISA iaitu abang kepada Abang MUNIR Zimly dan Raziz yang meminta di carikan keluarga sebelah ayahnya (Al Marhum Pak TUa Haji Yahya) di SIBOLGA.Machruddin ini adalah salah seorang daripada anak buahnya. Sejak itu kami sering berbalas balas sms walaupun ketika kami di MADINAH dan MEKAH.Sambil bersarapan kami berbual dan KU berikan AIR ZAMZAM, tasbih, kain tudung orang lelakidan minyak wangi untuk EDAH (panggilan untuk JUNAIDAH).
KANAN: JUNAIDAH MACHRUDDIN DAN FATIN ATIQAH
Machruddin dan Edah menjemput kami ke JAKARTA. mak Cik kalau ke sana jangan tinggal di hotel duduk saja rumah kami. nanti kami jemput Mak Cik dan Pak Cik di Airport...terngiang ngiang ucapan Machruddin di telinga KU. Pak Cik Munir Raziz dan Shuib sudah sampai kerumah kami di DEPOK. Mak Cik dan Pak Cik pun mesti datang bicaranya lagi!
4 Januari 2010 abang Munir menelefon mengatakan Machruddin sakit. ketika di rumah Haji Fahmi Hasanuddin (bapa saudaranya yang kebetulan baru pulang dari menunaikan HAJI) beliau muntah muntah dan keesokannya abang bawa ke klinik. Edah memohon agar mereka pulang segera ke Jakarta. ALHAMDULILLAH tiket pulang dapat disegerakan.
Sekembalinya mereka kesana Machruddin di masukkan ke Rumah Sakit Umum. Tanggal 10 Januari 2010 seawal jam 7.00 pagi ku lihat panggilan daripada abang Munir. Berdebar debar hati ini! Kata abang ada berita tidak baik yang mahu disampaikan. Anakanda Machruddin telah meninggal dunia sekitar jam 11.30 malam 9 Januari 2010. QOLUINNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUUN...Semoga ALLAH MENEMPATKAN BELIAU BERSAMA SAMA ORANG ORANG YANG BERIMAN.....
ITULAH PERTEMUAN KAMI YANG PERTAMA DAN TERAKHIR.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment