Tuesday, February 16, 2010

ZIARAH KELUARGA DI MEDAN

Aku dan suami telah berjanji akan ziarah Kak Yati sekembalinya kami dari MEKAH. Maka pada 16 Januari 2010, SUAMI, ANAK KAMI FATIN ATIQAH, ABANG NGAH (LIAS, ABANG SUAMI)DAN KAK NAZ (ISTERI ABANG NGAH) dan AKU berangkat dengan FIREFLY ke MEDAN selama 3 hari.

Dulu ketika ke MEDAN untuk pertama kalinya kami (SUAMI, ANAK KAMI AFIQAH DAN AKU) kami disambut oleh Kak Yati, Arwah Abang Amirsyam dan Dodi (Adik). Kini tiada lagi wajah abang...hanya airmata yang mengalir ketika AKU berpelukan dengan Kakak.

Urusan utama didahulukan. Kami terus ke perkuburan ditempat arwah ABANG AMIR disemadikan. Sempat kami menghadiahkan BACAAN YAASIN dan bertahalil. SEMOGA ROH ABANG BERSAMA SAMA DENGAN MEREKA YANG BERIMAN...AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.


KALI INI KAMI NAIK FIREFLY


ADA 4 ATAU 5 ANAK MATA TANGGA!


NAK TERBANGLAH NI!


LIGHT DRINK IS SERVED: ORANGE/APPLE JUICE CUP CAKE AND NUTS


DISINILAH BERSEMADINYA ARWAH ABANG AMIRSYAM

Selepas minum teh manis yang dihidang oleh NAK DADEK kami bersolat dan makan tengahari. Aduh lauknya lele gulai dengan pucuk ubi, ayam goreng bumbu dan sambal udang dengan petai. Semuanya kegemaran KU!

Lantas kami dahului ke ISTANA MAIMOON kerana ia tutup jam 5 . Kami disana sekitar 30 minit dan terus ke PASAR IKAN LAMA. AKU mahu membeli tudung begitu juga Kak Naz yang mahu membeli belah untuk persiapannya pergi UMRAH penghujung bulan MAC ini.


PEWARIS SULTAN DELI SEKARANG


KETURUNAN SULTAN TERENGGANU


WANG KEPUNYAAN PRESIDEN SOEKARNO INA BOLEH BERGULUNG SENDIRI!


FATIN DI DEPAN SINGGAHSANA. KETIKA AKU DAN SUAMI PERGI TAHUN LEPAS KAMI DIBENARKAN BERFOTO DIKERUSI SINGGAHSANA


FATIN, KAK NAZ DAN KAK YATI


YANG SEGAK PAKAI CERMIN MATA HITAM TU ABANG NGAH BERSAMA ADIK DODI


CANTIKNYA SENI ISTANA MAIMOON




KAK NAZ DAH RAMBANG MATA ! PEMBANTU KEDAI INI ORANG MENAMBIN!

Akhirnya kami ke MASJID RAYA. Kak Yati solat Asar dan kami melihat bangunan yang indah ini. Ketika datang dahulu AKU tidak dapat mengambil foto di ruang solat tetapi kali ini dapat.



FATIN DIHADAPAN PEMAKLUMAN MASJID RAYA






FATIN DIDALAM MASJID RAYA


MIMBAR INI MENGINGATKAN AKU AKAN MASJID NABAWI


KEINDAHAN SENI DALAMANNYA


BERHADAPAN MASJID RAYA IALAH HOTEL MADANI.

Malamnya AKU kak Yati dan keluarganya menziarahi besan Kak Yati di Rumah Sakit Jantung Adam Malik. Beliau adalah ayah kepada RIZAL suami Dadek. Tiba disana AKU amat terkejut kerana nama yang tertulis di wadnya AMIRSYAM! Sama namanya dengan arwah abang Amir.

Esoknya seawal jam 6.30 pagi kami sudah bertolak ke Danau Toba.
Diperjalanan KU telefon Mamak FATAH sepupu IBUKU. AKU perkenalkan diri dan bertanya samada beliau ingat akan DAKU. INGAT! Anaknya KAKAK TIMAH! Ku khabarkan kami seramai 8 orang akan singgah dirumahnya lewat petang setelah kembali dari DANAU TOBA. Ya mamak tunggu kalian.

KU hubungi juga DIK HALINA DELIMONTE. ..sepupu abang MUNIR dari neneknya MAESAH. Kami sepatutnya berjumpa di MEKAH kerana beliau sekeluarga juga mengerjakan HAJI. Tetapi tidak kesampaian. Maka dipersetujui agar kami datang malam. Ini memberi ruang kepadanya yang keluar kota ke BINJAI.


MENAIKI KAPAL/FERRY. TAMBANGNYA 20 RIBU RUPIAH SAHAJA SEORANG


BERFOTO DIHADAPAN FERRY


DALAM PERJALANAN KE PULAU SAMOSIR


DUDUK DIDEPAN DRIVER:ABANG ADIK ALDI (ANAK ADIK DODI) DAN FATIN


FATIN POSING! SEMUA ORANG TENGOK FATIN


PINDAHKAN PENUMPANG KE FERRY KAMI DI TENGAH DANAU!


HATI HATI YA!


FERRY MENGANGKUT KENDERAAN DAN MUATAN


DIBAWA KE BATU GANTUNG


DITENGAH TENGAH DANAU

Kami diberi masa 1 jam lebih kurang untuk melawat persekitaran SAMOSIR.
















SEMPAT JUGA KAMI MEMBELI BELAH



Kami meninggalkan Danau Toba dan singgah berehat untuk makan BAKSO di PEMATANGSIANTAR. Aku lupa nama Masjid kami bersolat waktu Asar! Sepanjang perjalanan anak anak getah yang kecil itu sudah cantik naiknya. Begitu juga dengan kebun ubi kayu yang melik liuk daunnya ditiup bayu! Kopi ateng masih juga ateng!

Kami tiba di LUBUK PAKAM selepas waktu Maghrib. Agak mudah mencari rumah MAMAK FATAH. Terlalu gembira kami. Ku sampaikan salam IBUKU dan adik adik Azman dan Zaid sebagai pembuka kata.Aku masih ingat wajah beliau ketika ke MALAYSIA dalam tahun 1960han dahulu! Beliau pun begitu. Apa lagi sudah minum teh manis dijemput pula kami makan. Wow! Ada kari ayam dengan ubi kentang, sayur rebus ,ikan goreng berlada dan dua jenis lauk lagi. Masakan orang Mandailing lah katakan! Kata mamak kalau datang ke MEDAN mesti datang kerumahnya. Kami terpaksa meneruskan perlajanan kerana telah berjanji dengan HALINA. Sebelum pulang KU sampaikan buah tangan dari Makkah , AIR ZAM ZAM, kurma, tasbih dan tudung! Semoga kita berjumpa lagi!


KETIKA KAMI DIRUMAH MAMAK FATAH TIGA KALI LAMPU TERPADAM.

AKU rasa kurang selesa untuk ke rumah HALINA kerana sudah agak lewat. Tetapi kami disambut dengan mesra oleh BU HALINA dan suaminya PAK TOBING. Anaknya AGUNG juga begitu mesra berbual dengan KU yang pada mulanya KU sangka REZA. REZA telah pulang ke Jokjakarta untuk meneruskan kuliahnya. Dua orang anak gadisnya menghidang minuman dan kek pisang. Sedap rasanya. Kak Yati telah berkenalan denagn BU HALINA cuma belum ketemu! Mengikut Abanb Munir nenk BU HALINA dan Nenek MAESAH adik beradik iaitu orang BILAH. Samalah dengan nenek KU sebelah ABAH UTEH JANIBAH namanya juga orang BILAH. Kalau tak silap kampungnya di Rantau Prapat!


BERSAMA BU HALINA


SAYA DAN BU HALINA


Kami terus pulang kerumah Kak Yati di HELVETIA untuk rehat kerana esok kami akan pulang.


DARI KANAN: ANGGI AGUS (PAPA ANGGI) DAN ABANG ANGGI


ANGGI SEKELUARGA


AYAH TEMANKAN FATIN MAKAN POP MEI DI KAFE POLONIA


KAMI BERSAMA TENGKU TAUFIK (MENANTU KAK YATI)


SAYA DAN KAK YATI


ENCIK ARIFFIN DI HADAPAN POLONIA. MUNGKIN SEKALI LAGI KE MEDAN KAMI AKAN MENDARAT DILAPANGAN TERBANG YANG BARU


GARUDA


LION AIR


SERVICING


HOMEWARD BOUND

No comments:

Post a Comment