Thursday, December 9, 2010

AT THE WEDDINGS

Assalamualaikum w.b.r.

Lama tak menulis sehingga lupa paaword nak nasuk blog sendiri!

Selepas hari Raya apa lagi tiba pula musim perkahwinan. bagi KU meraikan majlis adalah penting dan tak kurang pentingnya ialah apabila dapat berjumpa sanak saudara yang telah lama tidak bertemu.

Bermula dengan majlis FIZAH & DICKY d Klang. FIZAH ialah ibu saudara KU. Ayahnya DR. Jaffar Thani bin Jamaluddin adalah sepupu nenek KU Siti Amin bt Mohd DIN (Moyang Mohd Din adalah abang kepada Jamaluddin.Mereka berasal dari SIBANGGOR MADINA).








Kemudian majlis Zura anak kepada RAHIM, 2 pupu KU. IBU RAHIM , Mak Cik Habibah sepupu arwah Abah. Ibunya BUSU SAADIAH adik beradik dengan nenek KU Uteh JANIBAH.Itulah pertemuan KU yang pertama kali dengan Rahim. Dengan Mak Cik Bibah AKU selalu juga berbual melalui telefon dan pernah menziarahinya di KL.






Lepas itu majlis Fazlin Azura anak Kak Fatimah HJ Nawi d Shah ALam. Arwah Pak Tua Hj Nawi ialah sepupu arwah abah. Ibu mereka Ngah Halimah dan Uteh Janibah adek beradek.Juga adik beradik dengan Busu Saadiah.


Aku amat menanti kehadiran 2 pupu KU Kak Nurgayah bt Hj Shuib (Hj SHUIB adalah adik beradik Pak Tua HJ Nawi) untuk bertanyakan seseorang yang bernama Cikgu Normah! Kak Gayah uzur sedikit dan beliau menggunakan tongkat akibat cedera semasa jatuh. Beliau hampir tidak mengenali KU!Ku peluk dan KU khabarkan siapa AKU!

Yang dapat dinyatakan ketika itu ialah Ibu cikgu Normah bernama AISHAH( Aishah 2 pupu Kami)Ayah nya bernama Ulong.Malangnya Kakak tidak ingat nama ayah dan ibu kepada Ulong. Mungkinkah salah satu daripadanya adik beradik dengan nenek kami !

Disaat kami nak pulang abang Khairudin menyatakan bahawa adik kepada Cikgu Normah aun ada di majlis itu. Walau bagaimanapun beliau tidak begitu ingat akan salasilah keluarga nya tetapi menjemput kami ke majlis perkahwinan anaknya untuk merapatkan silaturrahim!



No comments:

Post a Comment