Friday, December 10, 2010
SHORT BREAK TO HONG KONG & MACAU
Surprised!
Teman baik KU MEI POGOZELSKI menghantar email bulan Oktober. Berita yang menggembirakan! Beliau sekeluarga akan ke TAIWAN & HONG KONG pada 22 OKTOBER hingga 5 NOVEMBER. Semoga dapat datang ke HONG KONG untuk reunion pesannya!
Ya! Beberapa tahun dulu kami pernah berjanji sekiranya beliau ke HONG KONG disitulah kami berjumpa! Nak ke TEXAS Amerika Syarikat belanjanya amat besar..maklumlah pesara!
Setelah berbincang dengan Suami maka beliau mengizinkan AKU pergi ke sana.
Mei berpesan agar membawa daun pandan, limau kasturi, kunyit hidup dan lengkuas. Anak pokok kari tidak perlu kerana ada ditanam di belakang rumahnya. Nurul Uyun yang kebetulan balik bercuti dari TURKEMISTAN pernah tinggal beberapa hari bersama AUNTY MEInya di TEXAS mengirimkan Buku Masakan oleh Chef WAN dan beberapa yang lain serta fridge magnet dan beg batik. AKU membawa 2 clutch bag yang KU beli semasa kami di Pulau Tioman!
Sejak berkeluarga inilah pertama kali AKU ke luar negara seorang diri. Dalam penerbangan Cathay Pacific petang itu hanya AKU seorang sahaja orang Melayu. Setibanya di CHEK LAP KOK airport AKU di tegur oleh 2 orang wanita Muslim. Assalamualaikum sister. Are U back from MECCA? NO.I am from Malaysia on a short break here. Are U waiting for someone? NO. We are on transit from INDIA on our way back to US. Sejuk hati berjumpa sesama Muslim.
Mei, Prof. DR Larry dan Heather tiba 15 minit selepas AKU. Berpelukan AKU dan MEI! Aku di perkenalkan kepada Larry dan anak gadisnya HEATHER. Setelah membeli OCTOPUS CARD kami menunggu bas 11 A untuk ke Wan Chai. Kami Turun di hentian ke 11 dan menaiki teksi ke COSMOPOLITAN HOTEL.
Actopus kad ini amat memudahkan pelanggan. Ia boleh digunakan untuk naik tram (ting-ting) bas dan juga MRT. Just swipe. Kalau baki berkurangan boleh di tambah di stesyen atau convenience shop. Tambang lebih murah daripada menggunakan wang tunai.
Esoknya selepas mengalas perut dengan teh dan sandwich serunding,sementara Mei Larry dan Heather dengan Chinese tea dan roti, AKU dan Mei menaiki ting ting ke cafe Osmania. Larry & Heather ke Pejabat Pendaftaran mengambil surat kebenaran untuk memperbaharui kerakyatan Hong Kong mereka. Setelah bertemu semula kami menaiki MRT ke Chai Wan dan teksi ke kawasan Collinson (kalau tak silap) kerana mereka ini menziarahi 'kubur' ibu & ayah Larry.
Kawasan tersebut mempunyai 3 blok bangunan yang di penuhi dengan kotak2 seolah olah peti surat yang berkunci. Kata Larry hanya abu sahaja yang ada disimpan didalam jug yang bertutup. Bagi Mei inilah pertaman kali beliau nak lawat abu mertuanya kerana semasa belian mati dia tidak dapat meninggalkan kerjanya.
Apa pun pemandangan dari atas bukit ini amat indah.
Sebenarnya kawasan ini merupakan kawasan perkuburan bagi beberapa agama. Semasa menaiki teksi AKU melihat tersergam sebuah masjid di sebelah bawah bukit tersebut. Berdekatan dengan itulah tanah perkuburan orang Muslim. Sempat juga AKU bersedeqah Al Fatihah untuk mereka.
Hari hampir gelap apabila kami menaiki teksi semula untuk ke North Point. Kami makan malam bersama keluarga abang Larry seorang jurutera.
Kemudian kami ke night market.
Prof Larry memberikan pilihan kepada Heather Caron samada ke Aberdeen atau ke Macau untuk program keesokan harinya. Jadi heather cadang ke Macau.
Ku tanyakan Larry boleh kah kita masuk ke casinonya. U tak pernah ke cassino? Tidak.
Esok u lihat ya!
Kami menaiki ferry untuk ke Macau yang mengambil masa 40 minit. Rupanya nak jalan jalan disana tak perlu ambil coach pelancong sebab ada shuttle bus. Perjalanan bas membawa kami menikmati pandangan indah dan berhenti di resort. Hampir semuanya resort ada cassino! Yang masuk cassino tu orang biasa saja. game nya macam outlet game kat negara kita. Tapi kalau yang nak berjudi betul betul kalau tak silap membershipnya HK1.5 billoin!
Dari situ kami berjalan kaki hingga tiba di bandarnya. Disitu banyak menjual produk hasilan laut dan banyak seafood restaurant serta kedai kek, biskut dan daging salai. MEI membeli biskut dan juga teh untuk dibawa pulang.
Kami makan di retaurant seafood.Sebelum memesan makanan LARRY BERTANYAKAN CHEF MINYAK APA YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGGORENG. MINYAK KACANG ATAU MINYAK BUNGA jawabnya. Kata Larry orang bukan Muslim pun kebanyakannya telah faham akan kemudhoratan mminyak si kaki pendek itulah!
Memandangkan AKU belum bersolat maka KU minta kebenaran daripada bosnya. AKU bersolat di sudut restaurant. Yang perlu diingatialah membawa sebotol air untuk bersuci dan berwuduk! Kerana walaupun bilik airnya bersih tetapi tidak ada paip didalamnya.
Kami berjalan lagi hingga ke pusat pentadbiran dan pusat pelancongannya.
Kami pergi pula ke sebuah resort lagi dan dari situ dapat di lihat kota Macau bermandikan cahaya. Malangnya tiada gambar yang KU rakam kerana hand phone kehabisan bateri. Kami menaiki ferry jam 10.30 malam. Kata Larry ferry beroperasi 24 jam. Tetapi harga tiket balik ke Hong Kong lebih mahal daripada Hong Kong ke Macau.
Ditengah tangah perjalanan ombaknya kuat hingga membuatkan kami terasa melambong. Rasa mual dan fobia laut kembali semula. Ku pegang tangan Mei kuat kuat. Heather pula suruh AKU mengunyah gula gula. Tiba saja di Terminal habis semuanya keluar!
Memandangkan MEI tersangat lapar maka kami makan di MC Donald. Aku makan roti dan minuk teh. Agak hairan juga melihatkan pekerjanya semua peringkat sudah berumur. Kata Larry kebanyakan anak muda masuk kolej atau universiti dan kerja di pejabat jadi yang baya inilah yang bekerja di fast food outlets.
Hari ini 4 November hari terakhir kami bersama. Esok kami akan pulang ke negara masing masing. Jadi kami merancang untuk shopping! Larry & Heather ada brunch dengan sepupu, ibu saudara dan abangnya. Jadi kami berdua pergi jalan jalan dahulu. Kami tersilap tempat berhentibas lalu tiba di pier. Kami menyelusuri tempat ikan naik dari pemborong.Banyak juga ikannya. Ikan kerapu, talapia pun ada. Terdapat juga kedai runcit yang menjual sayur sayuran. Hampir semua sayur yang kita ada terdapat disana. Lengkuas, asam limau, serai pun ada! Jalan punya jalan jumpa kedai kasut. Ku dapati disini senang untuk mencari saiz kecil! Pada mulanya nak beli 2 pasang tetapi bila ingatkan Heather juga nak beli kasut di CROCIDILE maka Ku beli sepasang sahaja.Setelah jauh berjalan Kami singgah minum air tahu.
Kami bertemu semula dengan Larry & Heather jam 11.30pagi. Mereka masih membeli teh untuk dibawa pulang. Kata Mei di US susah nak dapat teh yang baik dan harganya pun mahal. Kawan KU MEI ini ada gasterik jadi dia nak makan dulu sebelum shopping! Kami ke MC Donald lagi. Tiba tiba AKU di sapa oleh seorang wanita Pakistan. You want to pray? Any musolla around? Not here but somewhere else katanya. Bila melihat AKU membawa botol nak masuk ke tandas ingatnya AKU nak ambil WUDU'! Di outlet ini pun waiternya adalah yang berumur! Betullah kata Larry dan Mei!
Kami pergi pula ke new shopping area dengan menaiki MRT.Tak ingatlah apa nama tempatnya tapi untuk tiba disana kami perlu bertukar coach. Kami laluilah Wan Chai Station,Tsim Sha Sui, Admiralty! Shopping kompleksnya menyerupai Ginza di TOKYO! Banyak kedai yamg menjual dan banyak juga menjadikannya showroom. Kalau pekenan tempah , 3 atau 4 hari baru dapat pesanannya. Aku tidak melepaskan peluang untuk bersolat di ruang antaran kedai dan tangga!
Kami makan di retaurant seafood lagi. Larry tanya juga minyak apa yang digunakan. Larry pesan udang, sotong juga telor dadar dan mixed vegetables dengan perencah udanguntuk KU. Yang lain Aku rasa pelik sedikit tetapi masih seafood. Untuk dessert
agar agar yang dicampur teh, onde onde tetapi dalamnya kosong sahaja dan bubur pulut hitam! Teh cinanya memang sedap sekali!
Kami sempat turun di Jordan Street untuk last minute shopping. Tempat ini disebut tourist trap! Barang barang yang dijual agak mahal daripada di North Point. Memandankan malam telah lewat kami tak jadi singgah di CROCODILE! Kami perlu berkemas malam ini untuk terbang pulang pagi esok.
Jam 6 pagi AKU dan Mei turun dahulu untuk menaiki teksi ke ELIZABETH HOUSE sementara Larry dan the young Accountant menyelesaikan bil. Lagi pun kami perlu mengambil 2 teksi berasingan kerana barang barang mereka banyak! Kami menaikki bas 11A untuk terus ke CHEK LAP KOK airport dan jumpa disana.
Larry mahu AKU check- in dahulu sebelum mereka ke Departure Hall. Walaupun flight ke KL bertolak jam 12.55 dan display board belum menunjukan masa chek in tapi ground hostessnya kata memang boleh check in.
Berderaian airmata kami ketika berpisah di Departure Hall dan kami ulangi janji akan bertemu 5 tahun lagi di HONG KONG !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment