Wednesday, January 27, 2010

KEBERANGKATAN KE TANAH SUCI

Assalamualaikum semua!

Lama tidak menulis susah rasanya nak mula.

Apa pun....inilah coretan saya!

Dicelah celah aktiviti harian dan peperiksaan akhir kelas THALAQI AL QUR'AN yang hanya beberapa hari lagi, tiba -tiba teringat akan daku untuk menghubungi Tabung Haji.

Kerap kali juga Aku ,Suami dan Chah menelefon tetapi jawapannya seperti ada ISO 9001 iaitu "jadual masih belum keluar lagi". Tetapi pagi itu gerak hati berdebar debar! Di hujung talian memberi maklumat bahawa kami bertiga perlu melapor di Kelana jaya pada 1 November dan berangkat terus ke MADINAH pada 2 November jam 0130 pagi.

Tergamam serta BERSYUKUR KEHADRAT ALLAH SWT. Penantian sejak 2001 berakhir setelah hampir 8 tahun! Terus Ku hubungi IBU, suami, Adik Adik ku Azman dan Zaid serta Kak Long Mariah (kak Long kepada suami) di Jengka 2 serta teman rapat dan taulan. Ku minta suami terus mula bercuti esoknya hari Khamis 29 Oktober kerana perlu meguruskan cuti Fatin Atiqah yang masih belum pasti diletakan dalam jagaan siapa. Chah yang berthiqahkan kami bila dihubungi terkejut dengan berita itu. Tabung haji entah berapa kali menghubungi kami disebelah petang untuk pemaklum sehingga aku rasa lemas!

Apa yang ku ulangkaji untuk exam serta hafalan Matan Nun Sakinah semuanya hilang daripada kotak fikiran ku.Aku Hanya berserah kepada ALLAH agar aku dapat memberikan jawapan yang terbaik! Ustaz Khalid juga terperanjat bila ku khabarkan akan bertolak 4 hari lagi! Sempat juga aku mengabadikan foto ahli kelas kami bersama Ustaz Khalid dan Ustaz Ridzuan serta Ustaz Sofi!








Ibu terus datang kerumah malam itu juga. Sahabat teman rakan dan taulan tak putus putus datang.Adik Ipar ku Suriati membekalkan serunding yang tidak sempat ku beli! Hp penuh dengan sms dan panggilan. Semua mengucapkan dan mendoakan agar kami dapat menjalani ibadah dengan baik sekali dan mendapat haji yang mabrur.

Keberangkatan kami ke Kelana Jaya petang Ahad 1 November diiringi dengan doa selamat di aturkan oleh JPK Kolej Meranti.Tersangat sedih dan menyentuh perasaan Ku. Kerana ... Aku tinggalkan IBU yang kurang sihat, anak anak saudaraku Danish Lokman dan Lokman Hakim serta anak anak yang menghadapi peperiksaan. Penyerahan tugas Ku buat kepada Adikku Zaid untuk mengendalikan Danish dan Hakim yang akan bertolak ke Glasgow UK pada 10 November bersendirian.Semantara Adikku Azman dan isteri Khalilah' sedang dalam perjalanan pulang dari Palembang Indonesia.

Keluarga sebelah suami dan anak anak juga turut hadir. Kaklong Mariah dan Abang Selamat, Abang Ngah Lias dan Kak Naz, Abang Andak Shari dan Kak Sharifah dan Adik ke 8 Hamzan semuanya hadir. Kak Lela dan Zoriah telefon tidak datang. Kasihan Kak Tam Jamaliah dan Suami Mahyuddin serta anak anak ketika itu masih dalam perjalanan dari Moakil Johor. Walau bagaimanapun mereka dan anak anak datang menziarahi kami ketika anakandanya menerima Diploma semasa konvokesyen pada 26 Oktober 2009.



Diantara teman teman pula ialah Hajah Fadzilah, Hajah Azmahton, Hajah Che Nor Asiah dan Suami Tuan Haji Anuar,Tuan Haji Adnan dan Hajah Halimahtus Saadiah iaitu ibu dan bapa mertua adikku Raihan, Kak Hajah Rabiah, Dr. Hajah Suhaila serta adiknya Rohani, Wak Jani dan isteri, Liza serta anaknya Nur Aniqah juga Rohani Zaid dan suami Sulaiman, Rugayah serta anak anaknya. Ada juga kiriman daripada Cik Hajah Siha dari Kelantan.

Disamping itu sempat juga bertemu Puan PM Zaitun Endut Pengetua Kolej Delima. Selain beliau yang meminta dipohonkan doa di KA'ABAH, teman baik Hamidah dan Rohani Zaid juga berbuat demikian. Disempatkan juga kerumah teman kami Hajah Norizan. Sebelum bertolak Ku catitkan pesanan dalam dairy KU agar tidak satu pun tercicir.












Sehari sebelum Aku tahu tarikh untuk ke Mekah aku menerima panggilan yang mengejutkan! Adik angkat kami FUMIE HOZOGAWA dari Tokyoakan akan sampai kerumah kami jam 2.00 petang!






Beliau selalu membuat kejutan sedemikian ! Selalunya beliau datang bulan Mac! Katanya tiba tiba teringat nak datang, minta cuti 1 minggu dah tiba d Malaysia!Sempat pula Aku mengirimkan cookies untuk keluarga angkat Arifah iaitu FURUKAWA Family melalui FUMIE.

Mengikut Fumie,TERUMI(seorang lagi adik angkat kami) yang bertugas sebagai Japanese Department Sales Manager di Hotel Bluewave juga tidak menyambung kontraknya dan akan pulang ke TOKYO sebelum Christmas.


Aku dan Afiqah mengambil kesempatan berjumpa beliau sebelum berangkat. Mengikut TERUMI salah seorang pengurus disitu juga akan pergi menunaikan Haji!

1 comment:

  1. Salam Along :-D

    Nanti Along baca email yahoo ya? Adik dah response dah.

    Sempat pulaklah Fumie jumpa Along sebelum berangkat ya, Long?

    ReplyDelete