Wednesday, January 27, 2010
MADINATUL MUNAWARAH
KUBAH MASJID NABAWI
YA SHEIKH ARIFFIN!
KEINDAHAN SENI DALAM MASJID
SERVIS LAMPU DAN PAYUNG..BAYANGKAN KALAU PAYUNG TERTUTUP KETIKA JEMAAH SEDANG SOLAT DI TENGAHARI!
FOTO DIAMBIL DARI TINGKAT 1
PANDANGAN DARI TINGKAT 1 MASJID
PANDANGAN DARI HOTEL
DIPERKARANAGN MASJID
Setelah 8 jam perjalanan kami tiba di lapangan Terbang Madinah. Beruntung sekali dapat flight kesini kalau tidak pejalanan dari Jeddad ke Madinah juga mengambil masa 5 atau 6 jam.
Kami solat subuh di lobby immigration kerana kantornya belum beroperasi.Memandangkan laluan untuk lelaki dan perempuan berasingan maka kami (saya & Chah) terpisah daripada suami . Kami terus menaiki bas dan tiba di Hotel AL Haram jam 7.30 pagi. Hotel ini jaraknya 200 meter dari Masjid Nabawi.
DALAM BAS MENUJU KE IMMIGRATION JEDDAH
SETIBANYA DI BAHAGIAN IMMIGRATION
PERJALANAN KE HOTEL AL HARAM
TEKSI MENUNGGU PENUMPANG DI SEBERANG BALAI KETIBAAN
Rupa rupanya ARIFFIN melalui ujiannya yang pertama. Nombor Visa yang tertera didalam passportnya tidak boleh dibaca oleh komputer. Puaslah staff bertugas mencuba pelbagai nombor hingga memakan masa hampir 45 minit barulah selesai dengan ketibaan pegawainya. Jadi beliau menaiki bas yang paling akhir.
Solat pertama di Masjid Nabawi ialah zohor. Alangkah terperanjatnya AKU apabila melihat 'starbuck' amat hampir dengan pintu masuk Masjid. Halal itu bukan persoalannya tetapi berjayalah jenama "ITU" masuk ke Tanah Haram!
Masjid ini amat indah dengan prasarana yang lebih baik berbanding semasa Kami menunaikan UMRAH pada tahun 2000 apalagi semasa menunaikan Haji pada 1993.Ruang didalam Masjid sesak begitu juga di halamannya.Pengawal wanita nya semua berbahasa Melayu Indonesia walaupun bukan orang Indonesia.
Hari kedua merupakan lawatan didalam Masjid Nabawi.Untuk sampai di RAUDHAH kami bergerak sedikit demi sedikit . Dari jam 8, kami dapat derdoa di hadapan makam RASULULLAH SAW hanya kira kira 11.30pagi. Itu pun seorang solat seorang megawal kalau tidak kepala kita di langkah atau pun kita tak dapat RUKUK atau SUJUD. Ada jemaah berdiri didepan kita. Yang sudah berdoa dan bersolat tak mahu keluar kalau boleh nak tidur samapai tamat waktu ziarah. AKU dan Puan Masrah terus sahaja di Masjid untuk solat zohor kerana waktu solat sangat hampir.
Ziarah bagi jemaah lelaki amat selesa asalkan datang awal. Cuma nak dapat saf petama mungkin tidak!
Ziarah Luar Madinah diaturkan oleh Tabung haji pada hari yang ketiga. Tour Guidenya ialah pelajar Malaysia Azhar bin Abdul Rahman. Beliau merupakan penuntut tahun akhir Jurusan Syariah di Universiti Madinah.
Ziarah bermula dengan Masjid QUBA'
Terus kami ke JABAL UHUD.Perang UHUD merupakan kekalahan pertama umat Islam. Puncanya kerana lalai dengan harta rampasan perang. Peperangan ini juga menyaksikan ramai pejuang Islam yang gugur syahid termasuklah Saidina Hamzah.
BUKIT PEMANAH
PERKUBURAN BAQI"
DI LUAR PERKUBURAN BAQI'
Ketika sesi penerangan disinilah AKU mendengar nama BUKIT RUMAH. Ia adalah Bukit yang menempatkan para pemanah.
Dipersekitaraannya dipenuhi dengan pelbagai jualan. Ustaz menunjukan kepada kami buah adam/hawa tetapi Ustaz tidak tahu kegunaannya. AKU menbeli herba untuk asthma dan darah tinggi untuk di berikan kepada saudara mara yang berkenaan.
Kemudian kami di bawa ke MASJID QIBLATAIN.Di Masjid inilahNabi SAW menerima WAHYU supaya menukar arah QIBLAT dari mengadap MASJIDIL AQSA ke MASJIDIL HARAM.
Lawatan ke Kebun Kurma agak mengecewakan kerana ia di luar musim.Betul juga kata anak saudaran kami Sharmila ...sepertinya kebun sawit. Pada pengamatan KU kebun sawit abang di Jengka pun lebih cantik dan bersih! Kami dijamu minum teh (sedap juga aromanya). Kedai disitu menjual pelbagai produk yang berasakan kurma selain kurma dalam kotk dan timbang kilo. AKU beli juga 2 kotak kurma ,pistachio, halua maskat serta gula gula berperisa kurma. Kurma Nabi atau AJWA KU beli daripada ustaz.Kurma yang dijualnya memeng di tanam di MADINAH jadi agak mahal sedikit (RY110 se kilo). Ada juga yang lebih murah tetapi di taman diluar MADINAH.
POKOK KURMA AJWA
TAPAK ASAL KURMA AJWA YANG DI TAMAN OLEH RASULULLUAH SAW
Kalau kita ke MASJID TUJUH kita tidak akan jumpa 7 buah masjid lagi di tempat peperangan KHANDAK ini. Tiga daripadanya telah digabungkan menjadi sebuah masjid yang agak besar iaitu MASJIDAL SAMARAH (begitulah kalau AKU tak silap dengar). Ide menggali parit ini di usulkan oleh SULAIMAN AL FARISI dan tentera ISLAM menang dalam peperangan ini berhadapan dengan tentera musuh yang berjumlah 100,000 orang.
MASJID SULAIMAN AL FARASI (FOTO DARI INTERNET)
MASJID ALI (FOTO DARI INTERNET)
MASJID FATIMAH (FOTO DARI INTERNET)
MASJID FAITH (DARI INTERNET)
Ketika menanti solat zohor AKU duduk bersebelahan seorang Dr. muda dari Indonesia yang berasal dari Makassar. Namanya Dr. Yupier yang bertugas untuk jemaah Haji Indonesia. Ceritanya, beliau pada mulanya tidak begitu setuju dihantar bertugas ditanah suci. Tetapi apabila dah tiba beliau merasa amat tenang.Laluan baginya untuk ke RAUDAH amat mudah dan dapat bersolat tiga kali tanpa gangguan. Itulah kebesaran ALLAH kata KU. "IBU kalau ke Banjarmasin telefon sama saya dan tinggal d rumah saya." Begitulah kata pemisah sebelum kami keluar dari masjid dan memnulis alamtnya di Banjarmasin.
Pagi Jumaat itu AKU dan CHAH ke Masjid se awal jam 4. Selesai melakukan solat solat sunat dan membaca AL QUR'AN kami menantikan masuknya waktu SUBUH. kami agak kecewa kerana tiada 'SUJUD SAJADAH'
Ustazah Rubiah ada berpesan mesti tahu cara mengerjakan Sujud Sajadah. Jangan pula nanti seperti aduan yang beliau terima... Di Masjid Madinah solat subuh nya 3 kali sujud! Dan nanti terkejut pula bila IMAM tidak membaca DOA QUNUT!
Hari ini baru kami tahu ada jemaah wanita yang meninggal dunia kerana telekong dan tanda namanya tersepit di pintu lift. Dan seorang jemaah lelaki yang 'hilang' sejak 3 November telah dijumpai. Beliau tak tahu jalan balik ke hotel dan duduk di masjid Nabawi!
Sambil menunggu waktu Asar AKU membaca AL QUR'AN. Warga Nigeria yang duduk disebelah KU tiba tiba membaca bersama sama. Namanya ASIYA MOHAMMAD. Beliau datang seorang sahaja. Suami dan Ibunya telah mengerjakan HAJI tahun 2008. Jadi kali ini mereka pula menjaga 2 orang anak anaknya AISHA 5 tahun dan WAIZ 3 tahun.Bila AKU tanyakan umurnya beliau berkata 22 tahun dan suaminya 27 tahun. Beliau berkahwin ketika usianya 17 tahun. Di NIGERIA budaya mereka berkahwin muda. ASIYA bertugas sebagai guru bahasa Inggeris di sekolah rendah di ADAMAWA STATE di negaranya. 90% daripada penduduk Nigeria beragama Islam. Ramai diantara jemaah wanita dari NIGERIA yang kami temui wajah mereka di lukis dengan pelbagai warna. Kata AIYA yang amat suka membaca AL QUR'AN dia dan keluarganya telah lama meninggalkan adat tersebut.Alamat di beriakn agar kami dapat menyambung silaturrahim.
Untuk solat maghrib AKU mengambil tempat di halaman masjid kerana ingin mengambil foto. AkU duduk di kiri GURU AGAMA dari MEDAN.Maka AKU pun bertanya bagaimana AKU boleh mencari saudara KU yang datang dari MEDAN? Kata BU HAJAH NURHAYATI BT ISMAIL (Tidak pula di sebut MARGA NYA) kalau tahu nombor klotternya bisa di cari! Klotter tu kalau Tabung Haji KT lah tu! Jadi AKU nyatakan bahawa saudara KU juga bernama Hajah NORHAYATI dari PENGAJIAN NUR HIDAYAH. Cuma kak YATI mengurus kuliah diseluruh Sumatra,Jawa Bali dan Nias. Hajah yang ini bertugas sebagai Pengkursus Haji. Katanya jemaah yang di pimpinnya semuanya mengikuti kursus tetapi bila tiba di tanah suci macam macam yang merekaa lakukan sehingga dia berkata ' Bila tiba di Tanah Suci kelak jemaah semua menjadi guru dan saya menjadi murid!'
Hajah Nurhayati berpesan kalau ke MEDAN mesti menghubunginya. Rumahnya agak jauh sedikit dari kota MEDAN iaitu jalan menghala ke Pelabuhan Belawan. Dia tinggal dengan seorang anaknya selepas kematian suaminya.
Ketika makan malam barulah berjumpa dengan teman teman sekursus (ada kah perkataan tu ya!)Puan Suhaili, Puan Sa'adah dan Cik Faridah dan Zalita.
Pada hari ke enam semasa menunggu untuk solat maghrib AKU duduk pula bersebelahan jemaah dari Bangladesh.Hari itu AKU tidak membawa sejadah keran selalunya AKU dan Chah dapat duduk di tempat yang berkapet. Jadi beliau (yang AKU lupa menanya namanya melintangkan sejadah untuk solat bersama.Beliau boleh bertutur sedikit bahasa Inggeris. Beliau berumur 47 tahun dan datang bersama suaminya. Mereka telah berkahwin selama 39 tahun tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Sambil berbual AKU terhidu bau yang amat menyegarkan. Rupanya lip balm yang beliau gunakan. Terus diberikan kepada KU. Memandangkan beliau keluar cepat selepas Isyak maka tidaklah dapat AKU mengambil alamat beliau.
Hari ke tujuh selepas sarapan ada ceramah oleh Ustaz Zaki berkenaan UMRAH yang akan kami laksanakan. Penerangan diberikan amat detail sekali. kalau tak faham juga tak tahulah! tapi kita kena ambil kira juga jemaah warga emas dan dimana perlu jemaah lain beri bantuan. Ustaz juga berkata bagi jemaah yang datang untuk sekian kalinya buatlah Haji untuk arwah ibu atau bapa yang belum sempat menunaikan fardhu Haji. Itulah sebenarnya yang akan KU lakukan. Demikian juga Chah.
MERAKAMKAN FOTO DIMASJID NABAWI DAN PERSEKITARANNYA
Satu kejutan buat KU! Semasa sarapan pada hari ke lapan kami berjumpa dengan our batch of 1969! Namanya agak pelik sedikit. SEMEK BINTI DERAMAN ambil kursus Diploma in Planting. Katanya telah 2 atau tiga kali beliau nampak AKU tetapi nak pastikan dahulu!
Memandangkan beliau sebelum bersara berkhidmat di MARDI, maka AKU bertanyakan teman kami SALBIAH. Katanya Sal bersara awal selepas suaminya Dr. Wan Mohd meninggal dunia.. Beliau tinggal di Taman Sungai Jelok Kajang. Semek akan dapatkan alamat beliau. Kali terakhir Aku berjumpa Sal dan DR. Wan ialah pada tahun 1978 di READING, England. Kami berjanji akan berhubung semula selepas pulang dari MEKAH.
Malam itu selepas Isyak kami melakukan ZIARAH WIDA' Sebelum maghrib tadi AKU telefon adik KU Zaid untuk bertanyakan samaada mereka telah tiba di KLIA untuk menghantar anak anak saudara KU Danish Lokman dan Lokman Hakim ke Glasgow untuk bersama dengan ibu dan baba mereka. Lega rasanya dapat bercakap dengan mereka!
Hari ke sembilan merupakan hari terakhir kami di MADINAH. Selepas mandi sunat ihram kami membaca AL QUR'AN. AKU sempat mengambil foto jemaah SUDAN yang duduk disebelahKU ketika solat ZOHOR. Inilah solat terakhir kami di Masjid Nabawi. Kerana kami diarah untuk silat Asar di bilk masing masing kerana kami diminta menaikki kenderaan selepas kami bersolat.
Tidak tertahan airmata apabila keluar dari pintu masjid. Hanya doa yang mampu KU lakukan memohon agar ALLAH SWT memberi KU peluang lagi untuk menziarahi makam kekasihnya!
Tayar bas mula bergolek untuk menuju ke BIR ALI dan ustaz mengingatkat kami agar berniat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Abg Arifin,
ReplyDeleteSaya Jamil rakan sebilik di Madinah. Tah macamana jumpa pulak website nih. Mmg selalu cari kat internet cerita tentang haji. Sampai sekarang masih teringat2 lagi.
Kalau ada gambar2 saya minta hantarkan ke ajay67@gmail.com
Wasallam.