Saturday, January 30, 2010
ZIARAH SAUDARA PAK NGAH
Pak Ngah teman sebilik suami mempunyai sanak saudara di Mekah. Jadi mereka menjemput Pak Ngah Mak Ngah menantu mereka Ustazah Nuriha dan kami,Encik Din & Puan Masrah serta anak mereka Rina, Encik Sharif & isteri Puan Zaleha serta kakak mereka serta Mack Cik Yah & suami serta iparnya kerumah mereka tidak jauh dari Kota Mekah. Disebabkan AKU demam maka AKU dan Chah tidak pergi.
Gambar gambar diatas adalah yang dirakamkan di rumah sewa keluarga tersebut.
Jemputan yang kedua pula ialah anak saudaranya yang bernama Hajah Faridah binti Mohd Mandili.Mereka tinggal lebih kurang 10km dari Mekah sebuah tempat bernama AWALI.
Ibunya berasal dari Kedah dan berkahwin dengan orang guru agama di Masjidil Haram.Beliau berkahwin dengan Haji Yusof yang berasal dari Kelantan.Haji Yusof juga seorang guru.Mereka mempunyai 9 orang anak 2 perempuan dan 7 lelaki. Anak sulong dan keduanya belajar di Universiti Jeddah.
Menurut beliau pendidikan disana adalah percuma. Pelajar akan diberi elaun apabila di Universiti.Begitu jugalah kata pelajar Azhar yang menjadi guide kami ketika diMadinah. Pelajar dari Malaysia pun diberi elaun.Mungkin juga dari Indonesia dan sebagainya.
Cuba perhatiakan entrance rumah mereka. Dindingnya tinggi hampir separas dengan atap rumah. Kawasan rumah dipagar dengan dinding seedemikian rupa supaya tiada aktiviti keluarga dilihat dari luar. Mereka memelihara kambing. Ada juga ditaman pokok ubi dan aloe vera serta pokok herba. Kawasannya luas dan disitulah anak anak mereka bermain badminton atau bola tampar.
Didalam kawasan ini sebuah 'rumah' dibina khas untuk tetamu yang datang. Ia lengkap dengan bilik air. Tujuannya supaya tetamu terasing daripada privasi rumah mereka.
Dulu rumah mereka berdekatan dengan Masjidil Haram tetapi pembengunan masjid menyebabkan mereka tinggal dipinggir Kota. Menurutnya lagi pembangunan dikeliling Masjidil Haram dibiayai oleh jutawan dari Riyadh.Hotel yang tertiggi di Mekah iaitu 100 tingkat telah siap 60 tingkat. Semasa pembinaannya telah tiga kali kebakaran.
Selepas solat maghrib dan makan malam Puan Faridah dan suami membawa membawa kami ke pasar borong. Kawasan ini KAKIYAH namanya.Menurut beliau disitulah Tabung Haji membeli bahan mentah.Kami masuk ke tempat buah buahan dan terkejut juga bila jumpa 'pineapple ..product of Malaysia.
Kami juga dibawa ketempat pengumpulan unta, kibasy dan biri biri untuk di sembelih . Disebabkan hari telah gelap gambar yang diambil tidak menjadi. Itulah seekor gambar unta yang jadi.
Berpeluang juga kami bersolat Isyak di Masjid Kakiyah sebelum ke pasar borong.
Pada hari yang lain pula kami dibawa oleh Puan Faridah shopping di TOP TEN supermarket. Satu store itu menjual pelbagai pakaian kasut keperluan rumah dengan harga Riyal10 setiap satu! Masing masing memborong lah!
Selepas itu dibawa pula kami ketempat shopping jubah dan lain lain. Suami membeli sepasang cermin mata hitam kerana cermin mata hitamnya pecah ketika kami di Singapura!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kalau tak silap saya gambar lelaki yang berjubah kelabu tu Pak Aji Hamzah tuan punya Restoran Nasi kerabu Keramat.
ReplyDeleteAda juga gambar isterinya Che Yah dan Adiknya che nab.