Monday, January 31, 2011

GELAGAT SI COMEL

ASSALAMUALAIKUM WBR.,

Awal Januari mengejutkan AKU dengan kehadiran anak kucing yang comel di depan pintu! Rasanya dah tak mahu memelihara kucing. Suatu ketika dahulu kami pernah memberi makan 29 ekor kucing.

Suati hari kami dapati seekor ibu kucing dan 5 ekor anaknya pengsan di atas lantai... rupanya sang ibu termakan racun tikus di luar! Bergegas suami membawa mereka ke Klinik Haiwan!

Pada masa yang lain kucing remaja pula dilanggar kereta pada awal pagi. Menangis AKU ketika membawanya ke klinik. Beberapa hari kemudian kami dapati dia hilang deria bau!

Ada seekor yanag besar tubuhnya dan bulunya seperti 'tiger's stripe'. Dilahirkan dicelah pohon serai di belakang rumah. Kami panggil 'boy'. Dia boleh makan nugget, hotdog,kek span, roti serta roti canai! Dia pandai menangkap burung tetapi tak pandai memakannya.

Seekor lagi kami jumpa di dalam longkang. Selepas dimandikan dan di keringkan amat comel rupanya. Namanya si kkuning. Hanya boy dan kuning sahaja yang tinggal dalam rumah kerana mereka pandai pergi buang air dalam toilet!

Yang ini anak anak namakan si comel! Rasanya dia kehilangan ibu. kami latih dia pergi toilet supaya dia boleh tinggal di rumah. Comel selain makan friskies boleh makan nugget dan ayam goreng.

Lihatlah gelagatnya!








































No comments:

Post a Comment