Thursday, January 13, 2011

MELAKA DAY 2

ASSALAMUALAIKUM WBR.,

Katanya Ustaz, Tuan Gurunya Di Mekah menganjurkan SOLAT HAJAT dilakukan 4 rakaat samada dengan satu salam atau dua salam. Pada rakaat yang pertama selepas ALFATIHAH baca QULHUALLLAH 10 kali. Yang kedua 20 kali, seterusnya yang ketiga 30 kali dan yang akhir 40 kali. Pada sujud yang terakhir bacalah DOA NABI YUNUS ketika dalam perut ikan NUN atau PAUS. Bacalah seberapa banyak sekali pun tetapi mengikut kiraan ganjil. INSYALLAH apa jua masalah akan terlerai.

Hari kedua kami sangat teruja! kami akan melawat Penjara Pra Bebas iaitu Dusun Dato' Murad. Penjara ini menempatkan pesalah yang akan bebas dalam tempoh terdekat. Pemilihan untuk ditempatkan disini amat teliti dan mereka datang dari seluruh negara. Datuk Murad merupakan bekas Pengarah Penjara tersebut suatu ketika dahulu.

Tanah seluas 71 ekar ( yang asalnya 171 ekar) ini di penuhi dengan dusun buah buahan, kolam ikan, bengkel batik, ternakan kambing dan ayam taman herba, mini zoo. Konsepnya ialah terbuka.

Ada juga pihak yang mengadakan progar hari Keluarga, Memancing ikan, dan menerima lawatan dari sekolah sekolah dan jabatan kerajaan. Banyak juga yang membuat tempahan batik disan seperti jabatan kerajaan dan orang perseorangan. Harganya amat berpatutan. Sepasang batik sutera hanya berharga RM180 - RM250 sedangkan di pasaran RM35 keatas! Kita boleh memilih corak yang kita sukai daripada pelbagai lakaran yang disediakan. Anank anak menempah 2 pasang untk dibuat baju kurung.






HASIL TANGAN DARI BENGKEL BATIK






SEBAHAGIAN DARIPADA TANAMAN DI TAMAN HERBA



POKOK BUAH NAGA






TONGKAT ALI


TEMBAGA SUASA


POKO ALI ALI


HENPEDU BUMI


KERAK NASI


DURIAN BELANDA


MISAI KUCING


BUAH NONA


ORANG KAMPUNG SAYA PANGGIL BUAH KELEPONG


BUAH PALA




POKOK TUJUH JARUM


SISIK KELAH


POKOK NAM NAM




MAS COTEK BETINA ( KETIKA IYU BARU TAHU ADA JANTAN BETINA!)


MAS COTEK JANTAN




ORANG KAMPUNG SEBUT POKO MUMBA. BUAHNYA SEPERTI ISI KUCAI DAN IINYA MACAM BIJI SAWI. APABILA SUDAH KUNYAH MINUM AIR SEJUK MANIS RASANYA!


BENIH POKOK GELENGGANG


POKOK MENGKUDU


POKOK ASAM GELUGUR





POKOK KAYU MANIS


POKOK KAYU MANIS... DAUNNYA


HEMPEDU BUMI


MINI ZOO



RUSA (IMPORT)






KASAWARI


KASAWARI SEDANG MENARI

























ANAK ANAK AYAM INI BERUMUR 2 MINGGU. APABILA AYAM BERUMUR 3BULAN SEDIA UNTUK DI JUAL
ADA SAHAJA PIHAK YANG BUAT PESANAN

POKOK MENTEGA/KUNING TELOR




BEGINILAH BUAH MENTEGA!
Khabarnya di Negeri Melaka hanya di Dusun Dato' Murad sahaja yang ada pokok kuning telor. Juga di maklumkan Proses membuat planta margarine banyak memerlukan bauh mentega. Rasanya manis dan seperti planta! Isinya boleh dimakan dengan roti!

Sebelum pulang kami dibekalkan dengan belimbing besi, jambu air, kacang panjang. Mereka menjemput kami datang lagi ketika musim buah buahan. Diantara buah buahan yang terdapat disini ialah durian, rambutan, dokong, pulasan, cempedak mangga, ciku.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pegawai dan inmates yang sudi meraikan kami. Kami akan ke sana lagi INSYALLAH!

Petang selepas solat jamak kami ke Galeri Produk Penjara dan Taman Seribu Bunga.
hasil kerjatangan banduan diseluruh penjara Malaysia di hantar ke Galeri ini. Ia dijual dengan harga yang sungguh berpatutan. Ketika kami di sana datang seorang agen pelancong. Beliau baru tahu adanya galeri seperti ini. Beliau bercadang untuk meletakan Galeri sebagai satu itinerary untuk pelancong.

Inilah sebahagian daripada produk yang kami rakamkan.






























TAMAN SERIBU BUNGA












































Kami meneruskan perjalanan ke Perkampungan Portuguese! Kerana tersesat kami terus ke Perigi Raja (Hang Li Po).




Selepas makan malam kami ambil angin menikmati keindahan malam di Bandaraya Melaka.

No comments:

Post a Comment