Lawatan kami hari ini hanya berpusat di Bandaraya sahaja.
Elok juga kami datang awal, dapat parkir di hadapan Bangunan Stadhyus.
Kebetulan ada pameran Hikayat Hang Tuah dan Kesultanan Melayu Melaka. Juga dipaparkan ialah era Portugis, Belanda British, Jepun dan Sejarah Laksamana Cheng Ho.

DIHADAPAN BANGUNAN STADHYUS
MATAWANG TIMAH YANG DIGUNAKAN SEMASA PEMERINTAHAN KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
PENERANGAN BANGUNAN STADHYUS




MATA WANG YANG DIGUNAKAN KETIKA ITU
PEDAGANG MEMBAWA PRODUK PERNIAGAAN DI MELAKA




ASKAR DARI PELBAGAI NEGARA
PAKAIAN TRADISI PELBAGAI KAUM





PEGAWAI BELANDA

PEJABAT PEGAWAI BELANDA

PERKAHWINAN ORANG MELAYU

PERKAHWINAN ORANG MELAYU

MERIAM

MERIAM




PETA SUMATERA DAN TANAH MELAYU LAMA

ISTANA KESULTANAN MELAYU MELAKA TERLETAK BERHAMPIRAN SUNGAI

POKOK TEMPAT RAJA BERSANDAR ITU IALAH POKOK MELAKA

GAMBARAN SINGGAHSANA KESULTANAN MELAKA
Diatas adalah sebahagian daripada exhibits yang kami rakamkan.
Disebelah petang lawatan disambung semula ke Muzium Samudera. Seterusnya Muzium Samudera Fasa 2 dan Muzium TLDM.
DIMUZIUM TLDM
Lawatan diteruskan ke Bangunan Pengisytiharan Kemerdekaan. Anak - anak mendaki bukit ke Muzium Kebudayaan, Bukit St. Paul kemudian kembali ke A Famosa dan Dataran Pahlawan.
A FAMOSA


PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
DIHADAPAN PINTU GERBANG SANTIAGO
MENARA TAMING SARI KELIHATAN DARI ATAS BUKIT
Anak-anak ingin makan MEE BANDUNG. Jadi kami bercadang untuk makan di bandar Muar. Sebelum itu kami singgah di kampung Parit Sidang Seman (kampung suami)untuk mengambil adik ipar untuk makan bersama. Pak Langnya cadangkan kami makan di Restoran Sri Bayu.
MEE BANDUNG MUAR MEMANG SEDAP!
Anak - anak memang bijak memanfaatkan masa. Setibanya di asrama mereka cadang untuk menaiki Melaka River Cruise sekali lagi bersama suami. Mereka berjalan kaki sahaja. Ketika berjalan kesana mereka lihat monorail beroperasi. Apalagi mereka mengambil peluang menaiki monorail menyelusuri Sungai Melaka dengan pemandangan kampung Morten.
Maka berakhirlah hari ketiga lawatan kami.
No comments:
Post a Comment