Tuesday, August 4, 2009

BERSAMA KELUARGA BU AYU MADINA

Adek (Dodi) mahu berjumpa temannya semasa bekerja di Jakarta dahulu . Selepas mereka solat Jumaat kami pun ke kedai kek Bu Ayu Madina.

Bu Ayu bukan sahaja rapat dengan Adek tetapi mereka sekeluarga juga dengan Abang Amir dan Kak Yati apabila mereka pindah dari Jakarta ke Medan.

Suami Bu Ayu merupakan mantan YDP Kabupaten Mandailing Natal tetapi juga bekas Rektor di sebuah IPTS di Panyabungan. Beliau masih menjadi pensyarah kontrak di IPTS tersebut dan mengajar matematik dan statistik. Beliau juga bercadang untuk bertanding semula dalam pemilihan YDP akan datang.

Kak Yati pula mengambil peluang untuk mencadangkan BU AYU menjadi Ketua Pengajian Al Hidayah Cabang Panyabungan dan perkara itu dipersetujui oleh BU AYU.





Lantas sahaja beliau dan suaminya mengajak kami pergi makan. Kak Yati mengatakan bahawa kami telah berjanji dengan Ucuk untuk makan tengahari dirumahnya dan pastinya Iklimah telah masak.Tak apa kata Bu Ayu nanti makan lagi!









Rupanya kami di bawa ke Kayu Laut! Disitu ada Pondok Peranginan sebuah pondok makan ditepi sungai dan ada menyediakan kopi yang diminum dalam tempurung kelapa! Tempat ini menjadi tumpuan kerana lokasinya yang menyegarkan.




Semasa kami dalam perjalanan ke Kotanopan tempoh hari abang Amir bercadang kami berhenti minum disitu tetapi pengunjungnya terlalu ramai jadi rencana itu di batalkan.







Pemandangan di hadapan Pondok Peranginan

No comments:

Post a Comment