Monday, August 3, 2009

LARU PURBA BARU DAN PENYABUNGAN

Di Laru kami singgah dirumah adik ipar Kak Yati. Tujuan kesini bukan sahaja untuk ziarah tetapi Kak Yati dan abang Amir ingin memujuk adik iparnya supaya salah seorang anak saudaranya itu dibenarkan ke Medan dan tinggal bersama Kak Yati sekeluarga untuk menyambung pengajiannya. Sejak isterinya meninggal enam atau tujuh tahun yang lalu adik iparnya memelihara sendiri anak2 nya debgan bantuan adiknya.Dia tidak mahu berpisah dengan anak anak.


BERSAMA KELUARGA ADIK IPAR KAK YATI

Perjalanan diteruskan dan kami berhenti di Maga untuk mencari jeruk Sibanggor. Sibanggor terkenal kerana jeruk dan gula merahnya. Dari pembacaan tanaman jeruk sudah tidak berhasil lagi.

Maga ialah pekan dipersimpangan jalan ke Sibanggor. Kakak bertanyakan kalau kalau AKU mahu singgah di Sibanggor lagi! Kalau diikutkan hati mahu saja tetapi perjalanan kami masih jauh lagi!

Kami meninggalkan Kotanopan dan melewati Sabak Pasir. Disini juga ada aktiviti mendulang emas. Kemudian kami melalui Nuara Mais tempat pengajian yang di tubuhkan oleh Tuan Sheikh Muara Mais.


MASJID DI MAGA


PEKAN MAGA



PASANTREN AL MUSTHAFAWIYAH PURBA BARU


ANAK ANAK BARU PULANG DARI PENGAJIAN


BANGUNAN PENGAJIAN


ANAK ANAK PEREMPUAN JUGA RAMAI. MUNGKIN ANAK NURAINA JUGA DI SINI


BERGAMBAR DENGAN ANAK ANAK.. MEREKA MALU SEKALI BILA DI AJAK BERGAMBAR


PERPUSTAKAAN


Kami melewati Pasantren Nurul Jannah dan tidak lama kemudian kami melalui Pasantren Mustfawiah di Purba Baru. Mengikut Pak Palit, Adiknya yang bernama Arfah mengajar di Pasantren ini tetapi rumahnya di MAGA.


SIGNAGE KANTOR BUPATI (PEJABAT DAERAH LAH TU!)


PINTU GERBANG KOMPLEKS PENTADBIRAN MANDAILING NATAL (MADINA)


MERCU TANDA


KANTOR DEWAN PERWAKILAN RAKYAT DAERAH





Selepas mengambil gambar kami meneruskan perjalanan dan memasuki Pusat Pentadbiran Mendailing Natal di Penyabungan.Kami mengambil peluang untuk melihat kompleks Pusat Pentadbiran tersebut.

/s400
Kami terus menuju ke Penyabungan. Ariffin dan Abang Amir bersolat Jumaat di Masjid Raya Penyabunga.


PASAR LAMA PENYABUNGAN

Sementara itu Kak Tiar, Kak Yati , Aku dan Afiqah ke pasar untuk mencari ikan salai dan pelbagai hasil laut untuk di bawa pulang.

Kemudian kami ke pasar baru untuk menjamu mata dan Kak Yati ajak kami makan 'TOGE'.

Toge ialah cendol biasa ditambah dengan tapai pulut , pulut hitam candil dan gula aren. Rasanya memang manis.


MENIKMATI KEENAKAN TOGE DI PASAR BARU PENYABUNGAN


PEMILIK NYA BU TAING TIMPAT

4 comments:

  1. pengen kenal juga sih ma yg punya blog ni
    kira2 alamat atau identitas nya bisa g' di kasih dkit ma aku?

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALIKUM YA NAK,
    BOLEH. EMAIL IBUL kamariah26@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Assalamu allaikum... Terimakasih Kak Long, buat photo-photonya, paling tidak kerinduan akan kampung halaman (Purba Baru) sedikit terobati...dan juga Toge Kak Taing Tumpat rasanya kangen banget buat nyobain ... Kak Long mungkin belom pernah merasakan bagaimana suasana Purba baru kala ba'da magrib... suara pokir (anak pesantren lakii2) melantuntan ayat2 suci, menjadi suatu alunan merdu yang saya ingat sampai saat ini... Sekali lagi terimakasih (munir@Singapore)

    ReplyDelete
  4. makasih foto-foto nya Kak Long, saya lagi rindu kampung halaman jadi search google foto kampung halaman jumpa blog Kak Long.....saya di tinggal di Medan orang tua saya asal dari Manambin .....ompung saya namanya Almarhum Maddin Lubis ....ayah saya Almarhum Amir Lubis

    ReplyDelete