Tuesday, August 4, 2009

SARUDIK PANCURAN GEROBAK DISIBOLGA


PERJAJALANAN KE TARUTUNG. DITENGAH TENGAH ITULAH KOTA SIBOLGA BERHADAPAN LAUT (PULAU NIAS) DAN BELAKANGNYA BUKIT




TENANG SAHAJA DI KOTA SIBOLGA


INDAHNYA SIBOLGA


PEJABAT PEMERINTAHAN KOTA SIBOLGA


TAING DAN ABANG ADEK DIHADAPAN RUMAH HAJAH DERHAM


PINTU MASUK KE RUMAH. SEBAHAGIAN RUMAH INI DISEWAKAN


KAMI BERSAMA IBU DERWINA ERWIN DAN ERNI


AKU BERSAMA ERNI IBU DERWINA DAN ERWIN


BERSAMA IBU DERWINA DAN ERNI


HAJAH DERHAM HARAHAP


MELIHAT TAMBO


TAMBO HAJAH DERHAM


IBU SUHARMI BESAN HAJAH DERHAN


MEREK PANCURAN GEROBAK


SIBOLGA


SIBOLGA

SIBOLGA

BERGAMBAR SEBELUM KAMI KE PANCORAN GEROBAK

DIHADAPAN RUMAH tAING DI SARUDIK

Kami berangkat daripada rumah Taing di Sarudik dan terus ke Pancoran Gerobak.

Sewaktu kami di Padang Bulan Kotanopan, Bang Isa menelefon Ku menyatakan bahawa saudara sebelah ayahnya ada di Sibolga. Ku minta beliau sms alamatnya agar dapat AKU kesana dalam perjalanan pulang ke Hevelitia Medan.

Abang ISA telah menghantar sms kepada Taing dan Taing telah pun pergi ke tempat tersebut sebelum kami tiba.

Kami disambut oleh Erwin dan Erni serta besan Hajah Derham iaitu Ibu Suharmi. Ku sangka beliaulah Hajah Derham rupanya Hajah Derham telah meninggal dunia pada tahun 2004.

Kami mohon maaf kerana tidak hadir pada malamnya disebabkan terlalu penat dan lewat malam. Tak sangka mereka menunggu kami juga hingga lewat malam!

Ditunjukan oleh Erwin akan Tambo keluarganya dan dapat ku fahami bahawa Haji Sulaiman, Ayah Pak Tuo Haji Yahya adik beradik dengan Lawih nenek Hajah Derham. Hajah Derham pernah datang ke rumah Mak Tuo Hajah Asmah dalam tahun tujuh puluhan.

Tak lama kemudian IBU DEWANI tiba dari Pandan . Beliau merupakan anak sulong Hajah Derham.Erwin dan kakaknya Erni adalah anak Bachrum Syah anak kedua Hajah Derham. Beliau telah bersara dan kini menetap di Padang Sidimpuan. Seorang lagi anak Hajah Derham yang bernama Machruddin menetap di Jakarta.

Ku minta Erwin memfotostat tambo itu untuk Ku berikan kepada Bang Isa dan Fahmi Hasanudin. Ku minta juga no hp anak anak Hajah Derham agar dapat Bang Isa atau keluarga yang lain berhubung untuk menyambung silaturrahim semula.

Selepas minum kami mohon untuk mengundur diri kerana kami ada rencana yang lain.
Kami singgah di pasar untuk membeli buah salak. Itulah pertama kali AKU makan buah salak yang manis.

Kami meneruskan perjalanan ke Tarutung...

No comments:

Post a Comment