Tuesday, August 4, 2009

SELAMAT TINGGAL PENYABUNGAN

Setelah bersalaman dan bertukar tukar no hp kami tinggalkan Bu Ayu Madina sekeluarga dan kembali ke Jalan Jati untuk menghantar Kak Tiar dan seterusnya berangkat ke rumah Ucuk di Gunung Tua Penyabungan.

Kami mohon maaf kepada Ucuk Dan isterinya Iklimah kerana tidak dapat makan besama. Kak Yati meminta supaya dipack sahaja lauk pauk itu dan kami bawa ke Sibolga dan makan bersama Taing.

Mungkin disebabkan banyak terlanggar lobang dalam perjalanan, mobil mengalami kerosakan kecil. Setelah dibeli alat gantinya, Ucuk membantu memperbaikinya.

Pukul enam petang mobil sedia untuk kami meneruskan perjalanan walaupun Ucuk dan Iklimah mencadangkan agar kami bermalam di rumah mereka.










Sebelum berangkat kami bergambar bersama.

Tidak sampai 20 minit kemudian ketika melalui Desa Janjimatongan, Kecamatan Malintang, tayar hadapan sebelah kiri didapati pancit. Suami dan Adek bertungkus lumus menggantikan dengan tayar spare. Setelah dipasang terdapat pula benjolan pada tayar tersebut.

Apa pun perjalanan mesti diteruskan dengan Adek amat berhati hati memandu khuatir terlanggar lobang. kami mesti mencari bengkel tampal tayar.

Kami lalui Desa Baru Malintang dan beberapa desa lagi sambil berhenti bertanyakan samada bengkel mereka ada servis tampal tube mobil. banyak bengkel yang di tanya tetapi servis mereka hanya untuk kereta (motorsikal) sahaja.

Sesuatu yang asing bagi Ku ialah di kebanyakkan desa mesti ada bengkel tampal tube. Bengkel ini dibuka sehingga malam dibawah pancaran neon yang suram. Semua bengkel letaknya ditepi jalan.

Hanya setelah melepasi Desa Bange dan Lumban Dolok baru kami temui bengkel tampal tube kereta di Desa Simangambat.





Hari sudah gelap. Syukur Afiqah membawa lampu campingnya untuk membantu menerangi tempat pekerja itu.

Seorang anak kecil datang berjumpa ayahnya meminta sedikit wang. Aku tanyakan samada anak itu mahu kekedai membeli barang, jawabnya 'tidak. wang itu sebagai sumbangan untuk bayar bil letrik dirumah guru yang mengajar anak-anak mengaji AL- QURAN!

Kami tidak banyak bercakap dan tiba di Sibolga hampir pukul 11 malam.

Taing sibuk menghidangkan makanan ikan kembong dan cencaru kukus bersama ulam ulaman dan juga gulai lele panggang bersama pucuk ubi yang di masak oleh Iklimah.

Taing memperkenalkan suaminya Andre kepada kami. Andre bekerja di bank di Barus. Beliau pulang ke rumah pada petang Jumaat hingga pagi Isnin sebelum bertolak seawal 6 pagi. Perjalanan ke Barus mengambil masa 2 jam dengan menaiki motor.Hari bekerja beliau tinggal di Barus.

Memandangkan malam telah lewat maka kami tangguh pergi ke rumah keluarga Arwah Pak Tua Haji Yahya keesokan harinya.

No comments:

Post a Comment