Thursday, August 6, 2009

BRASTAGI DAN BUKIT GUNDALING

Acara diteruskan mengikut rencana walaupun kami semua keletihan. KAK YATI terlebih dahulu ke Masjid Agung untuk acara DOA dan ZIKIR yang mana beliau merupakan salah seorang daripada AJK nya.


DI HADAPAN MASJID RAYA




Kakak berpesan supaya kami mengambilnya di Masjid Agung pada pukul 10.00 pagi.Kami menuju BRASTAGI. Jiran Kak Yati juga ikut serta.

Jalan utama kesana ialah menyelusuri Jalan Jamin Ginting. Disepanjang jalan banyak dijual buah buahan termasuk buah kelapa muda terutamanya di Kelurahan Lau Ci.

Kami lewati Pancur Batu.Silangit, Barung Ketang, Desa Tiang Layar, Hill City, KawAsan Stesyen Pemancar dan juga Sembahe tempat berpiknik di pinggir kota.





Jaraknya dari Medan adalah 50 km dan mengambil masa 2 jam untuk tiba di sana.
BRASTAGI adalah kota wisata & buah terletak di Tanah Karo yang sejuk.Kedudukannya setinggi 4,594 kaki di atas permukaan laut dan di keliling oleh GUNUNG SIBAYAK dan GUNUNG SINABUNG. Gunung ini masih aktif mengeluarkan magma dan anda boleh berjalan kaki kesana dan melihat keindahan crater nya.


TANDA MERCU BRASTAGI


TUGU PERJUANGAN 45 SEDANG DALAM PEMBAIKAN


TEMPAT ISTIRAHATNYA DI TENGAH JALAN


BERISTIRAHATLAH!


GUNUNG SIBAYAK MASIH AKTIF


MASIH MENGELUARKAN MAGMA


PEMANDANGAN DARI BUKIT GUNDALING





BRASTAGI juga di kenali sebagai KOTA MARKISA & JERUK MANIS. Selain buah buahan terdapat juga sayuran dan bunga bungaan. Persisnya Cameron Highland!

Dua festival penting di adakan setiap tahun di BRASTAGI iaitu 'Pesta Bunga & Buah serta Festival Kebudayaan Mejuah juah'.

Lantas kami ke BUKIT GUNDALING. Dari Daerah Tanah Tinggi ini kami menyaksikan panorama indah Kota Brastagi dan sekelilingnya.












NAMANYA PUTERI GUNUNG BERU PATIMOR

Setelah makan dan solat jamak di Rumah Makan Bundo Kandung barulah kami ke bazarnya. AKU paling menghormati cara hidup di Sumatra ini. Setiap rumah makan (ISLAM) mesti ada Musollanya. Jadi lepas makan terus sahaja solat atau sebaliknya.
Di Bukit Tinggi dan Padang pun demikian. Di Thailand dan China juga demikian.



Lepas itu makan kami ke bazaarnya untuk membeli sedikit cenderahati. Saksikan kami dipasar buah buahan!












MARKISA: DI FAHAMKAN ADA 4 JENIS MARKISA



TERUNG BELANDA & ANGGUR


PISANG KAKI


PEMANDANGAN DIDALAM PASAR




MANGGIS PUN ADA. LIHAT CANTIKNYA BAKUL SIMPAN WANG!




AVOCADO MADU BUAH SALAK & SUNKIST











DI LUAR PASAR











Indahnya lukisan pada dinding bukit menuju ke Brastagi!

2 comments:

  1. Hallo boskuh ingin bermain sLOT tapi tidak tau dimana Ni aku kasih tau situs tergancor hanya
    di Bola pelangi ya boskuh aman dan terpercaya
    mau menang berapa aja pasti di bayar boskuh
    dan setiap minggunya ada bonus cash back nya ya Boskuh

    ReplyDelete