Selepas menziarahi ibu pada hari Sabtu lalu 4 April 2009 kami singgah di rumah sepupu Abah yang bernama Mohd Jiddin bin Haji Mahiddin. Haji Mahiddin adik beradik dengan datuk ku Haji Hasanuddin.
Sambil mamak menjemput ku naik kerumah aku bertanyakan mak Cik Mariam. Terkejut aku apabila di beritahu bahawa beliau telah meninggal dunia lebih kurang 2 tahun yang lalu! INNALILLIA HIWAINNAILAIHIRAJIUUN .Bagaimana kami sekeluarga tidak menerima khabar itu! Setelah duduk mamak memaklumkan bahawa cucunya yang tinggal di Kuantan baru sahaja meninggal dunia tetapi belum mendapat maklumat.Sekali kali aku mengucap! Anak ketiganya Shamsuddin sedang dalam perjalanan ke Kuantan. Disebabkan keuzurannya... lelah .... makanya beliau tidak ikut ke sana.
Tujuan ku selain mengeratkan silaturrahim adalah untuk bertanya berkenaan saudara mara yang berada di Sumatera. Beliau pergi ke Rantau bersama abangnya Mamak Amren lama dahulu..mungkin 15 tahun yang lepas. Katanya kebanyakan saudara yang berada disan adalah disebelah ibunya Hajah Saigon.Hajah Saigon menurut ibu ku ialah anak saudara moyang kami hajah Aishah bt Hitam isteri haji basir. Ketika zaman mereka dahulu kahwin saudara adalah perkara biasa untuk merapatkan kembali persaudaraan. Mamak menyurh ku berjumpa dengan Mak Cik Lin untuk mengetahui lebih lanjut lagi berkenaan keluarga yang berada disana. Naati akan ku terangkan siapa dia mak Cik Lin.
Ketika aku sedang mengikuti kursus haji pada 5 April aku di kejutkan sekali lagi dengan berita bahawa sahabat baik ku ketika bersekolah di Convent, Puan Hajah Zaimah binti Hassan akan menjalani pembedahan kanser nya. Rasa nak rebah! Sebelum ini DIA SIHAT. kANSER DIKESAN 2 BULAN YANG LALU. mALAM ITU KU HANTAR PESANAN RINGKAS KEPADA ALUMNI cONVENT AGAR BERDOA UNTUK KESELAMATN DAN KESEJAHTERAANNYA. Dan kepad teman kami Hajah Kamariah bt Ramli yang menunaikan UMRAH pada hari ini mendoakan beliau di hadapan KA'ABAH.
Hari Isnin setelah mengesahkan menerima tawaran sebagai calon menunggu menunaikan Haji tahun Hijrah 1430 saya dan suami Encik Ariffin terus ke KLIA untuk menyambut kepulangan kakak Encik Ariffin ,Puan Laila Mohd Yusof dari mengerjakan UMRAH. Siti Rahmah anak Puan Laila menelefon menyatakan bahawa dia tidak dapat mengambil ibunya kerana mertuanya sakit dan berada di Hospital Kajang!
Kejutan demi kejutan ku terima. Yang paling menyedihkan apabila ibu ku memberitahu bahawa ibu saudara ku Hajah Asmah binti haji Daud telah kembali KERAHMATULLAH jam 3.00 petang.INNALILLILA HIWAINNAILAIHIRAJIUUN!
Di kotak fikiran ku telah merancang bahawa pada masa terdekat akan menziarahi saudara mara yang uzur termasuk Mak Tua Asmah.Pertama kali aku menziarahinya dia masih ingat siapa aku dan berpesan 'kalau Mak Tua mati ingat bacakan YAASIN ya yang'. Terngiyang ngiyang ayat itu ditelinga ku. Ketika menziarahinya bersama anak ke 4, Arifah, beliau sudah kurang pendengarannya dan dipanggilnya aku SABARIAH. Akhirsekali sebulan yang lepas ku cium dan ku peluk badan nya yang tidak bermaya dan memohon diampun dosa ku.Mak Tua meninggal pada usia 90 tahun.
Adalah menjadi kebiasaan ketika menziarah jenazah itulah juga ketika saudara mara rakan dan taulan berhimpun. Aku bertemu Rohani, Rokiah, Kak Azizah, Olom, Oling, Kak Nani,Kak Enab, Kak Nopi, Kak Utai,Mak Cik Limah, Busu Kabatiah, Busu Ziah, Mak Ngah Fahimah,Along,Busu Mek, Ateh Shaharum, Busu Minah, Ami, Mak Tua Rahmah,Halijah dan juga ibu saudara dan guru sekolah rendah ku Cikgu Samah.
Menyebut cikgu teringat pula aku dimana agaknya Cikgu Marjan, Cikgu datin Aishah Sujak dan ustazah Rashidah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment