Tuesday, April 21, 2009

PRA PERJALANAN KE MINANGKABAU


Ibu masih memendam rasa untuk menjejakan kakinya ke Bumi Minangkabau. Itulah yang seringkali diluahkan ketika kami bersama. Diantara ungkapannya:



1. Sekirannya dibenarkan arwah ayahandaku, pasti dia telah bertemu keturunan Raja Bangun pada tahun sekitar 1951 - 1953 dahulu. Ketika itu seorang yang bernama Haji Karibuddin(nama sebenarnya ialah Haji Abdul Rahman Khalidi) berulangalik dari Alahan Mati Desa Kumpulan di Minangkabau ke Dusun Tua Hulu Langat. Beliaulah yang akan membawa dan menghantar Ibu kepada Adik Raja Bangun yang bernama RAJA UTAK. Khabarnya Raja Utak telah meminta Haji Karibuddin membawa Ibu kesana.

2. Arwah moyang Sharifah sering kali menyebut kepadanya "Balik lah dikau ke Minangkabau. Harta datukmu banyak di Bukit Tinggi" (kata Ibu memang pernah seseorang datang ke Dusun Tua mencari waris Raja Bangun tetapi orang yang ditemui itu tidak tahu siapa keturunan Raja Bangun. Katanya tanah disana terbiar kerana warisnya tidak dijumpai! ).

3. Kalaulah Haji Dumin memaklumkan nama tempat keluarga Raja Bangun di Minangkabau , INSYAALLAH Ibu telah sampai kesana.(Raja Bangun ialah mamak sebenar kepada Haji Dumin bin Abu Bakar).

Daripada majlis ilmu yang ku ikuti sebutan 'sekiranya, kalaulah' tidak baik dilafazkan. Ia menunjukan kita tidak Redha dengan ketentuan ALLAH AZZAWAJALLA.

Apa pun ketika Ibu sakit selama 3 bulan pada tahun 1968 dia bernazar sekiranya dia sihat dia mahu menziarahi makam datuknya Raja Bangun!

Mengapalah Ibu bernazar sesuatu yang terlalu sukar untuk dipenuhi!

Sejak itu Aku dan Alfi mencari susurgalur keturunan kerajaan Minangkabau dari internet.

Pencarian yang bermula daripada Raja Bagagar Syah Pemimpin Islam dan Lelaki terakhir hinggalah kepada pewaris terkini yang disandang oleh PUTI RENO RAUDHAH MOHD THAIB selepas kematian bondanya Puti Reno Dismah pada Jun 2006.

Kami membuat rujukan keatas salasilah kerajaan Minangkabau tetapi tidak menjumpai nama Raja Bangun. Mungkin disebabkan isteri Raja bangun hanyalah orang kebanyakan maka nama beliau di abaikan.Tetapi sangkaan itu silap kerana Raja yang berkahwin dengan orang biasa pun dinyatakan dalam carta! Atau mungkin juga kerana balu Raja Bangun melarikan diri bersama anak anaknya! Atau memang Raja Bangun itu bukannya Raja yang berkaitan dengan Kerajaan Minangkabau! Itulah pendapatku.

Kelangsungan Ibu menyebut bahawa arwah datuknya Raja Bangun yang sering hadir dalam mimpinya membuatkan Aku mengalah. Setelah berbincang dengan suami, maka keputusan diambil bahawa kami akan bawa Ibu ke Bukit Tinggi!

Jelas terbayang kecerian pada wajah Ibu apabila Ku khabarkan berita gembira itu.Cuma Ku tegaskan Aku tidak mengetahui dimana makamnya datuk Ibu tetapi aturcara lawatan akan membawa kami menziarahi makam kerabat Raja Pagaruyung!Itulah yang termapu Ku lakukan untuk Ibu.

Temanku Puan Zeimah Mohd Arippin dari KSB Travel dihubungi untuk menyediakan itinerary lawatan 'with special request' menziarahi makam DiRaja Minangkabau! Menurutnya semasa suami beliau ke Padang-Bukit Tinggi, salah satu acara lawatan yang disediakan agensi ialah ke makam Raja Pagaruyung.

Masa amat mencemburui kerana hanya tinggal 3 hari sahaja bagi ku untuk mencari maklumat. Tanpa putus asa aku melayai internet untuk mencari biodata Puti Reno Raudhah. Aku mahu berjumpa dan berbicara dengannya.Akhirnya aku terjumpa....'Puti Reno Raudhah Mohd Thaib telah dianugerahi Doctorate (PHd.)dalam bidang Teknologi Pertanian (Pemusatan Agronomi)oleh Universitas Andalas (UNAD) Padang pada 5 April 2008.

Dari situ Ku perolehi bahawa:

1. Nama samarannya ialah Upik Agustin (penyair) yang juga dipanggil BU UPIK.

2. Beliau merupakan Ketua 1 Blog Indonesia atau web bundokanduang.wordpress.com

3. Mewarisi Kerajaan Pagaruyung setelah bondanya Puti Reno Dismah yang DiPertuan Gadih gadang meninggal pada 10 Jun 2007.


Puti Reno Dismah (Berselendang Putih)












Puti Reno Raudhah













4. Isteri kepada sastrawan terkenal Wisran Hadi.

5. Tenaga Pensyarah di UNAD.


Ku khabarkan penemuan itu kepada suami.Menurut Encik Ariffin, Pak Yeosba Jelani pensyarah Fakulti Seni Muzik bmembantunya semasa mengiringi pelajar dalam rangka lawatan ke Universitas UNAD akhir 2007. Maka temu janji untuk berjumpa dengan Pak Yus.

Kepada Pak Yus ku ceritakan latar belakang keluarga datuk dari sebelah Ibu Ku yang berasal dari Minangkabau. Kami perlu bantuan Pak Yus untuk membolehkan kami bertemu dengan Puti Reno Raudhah kerana Pak Yus mempunyai kenalan di UNAD.

Justeru Pak Yus menghubungi sahabatnya Pak Sastra Munafri seorang pensyarah di Institut Pengajian Tinggi Seni Padangpanjang. Isteri Pak Sas , Firda Arlina ialah pensyarah (dosen) di UNAD. (Firda adalah anak saudara Pak Yus!). Dia kenal dengan Puti Reno Raudhah. Pak Wisran Hadi juga kenalan Pak Sas. Jadi disimpulkan Pak Yus mohon supaya dapat Pak Sas mengatur pertemuan kami dengan Puti RENO Raudhah. Beliau juga mohon jasa baik Pak Sas menunggu ketibaan kami di Minangkabau International Airport pada 8.00 pagi 20 Jun 2008.

Puan Ziemah dihubungi semula dan diminta agar dinyatakan kepada agensi di Bukit Tinggi kemungkinan ada perubahan jadual sekiranya Pak Sasta Munafri benar benar menunggu kami di Airport.

Hanya Doa Ku pohon kepada ALLAH SUBHANAHUATAALA agar perjalanan kami di restui NYA...bersambung

2 comments:

  1. Somehow Long, it sounds so complicated but syukurlah, there are people yang sudi menghulur helping hands - tak macam Hj Dumin tu!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete