Wednesday, April 1, 2009

26 JANUARI ...



ITULAH TARIKH

Bersyukur aku KEHADRAT ALLAH SUBHANAHUATAALA bahawa dengan limpah dan INNAYAH NYA disampaikan umurku sehingga aku dapat menyumbangkan khidmat kepada Institusi dimana aku mendapat didikan. Tempohnya 31 tahun 2 bulan... dan 26 hari.

Tiada lagi tekan kerja, tiada 'dateline' yang wajib dipatuhi, tiada mesyuarat yang perlu dihadiri, tak juga kursus yang mesti di sertai, tiada 'assignment' yang perlu dibawa balik, tiada lagi panggilan telefon dari ketua ketika mata telah lelap....

HARAPAN...

Adalah menjadi harapan dihati agar dapat menjaga ibu yang tinggal berkeseorangan sejak kembalinya ayahanda tersayang pada tahun 1999.

Adalah menjadi impian untuk mengisi jiwa ini dengan ilmu untuk menghadapi kematian.

Adalah menjadi idaman agar dapat memerhati anak anak yang sudah remaja, yang matang menjadi manusia berguna dan beriman.

Adalah menjadi harapan agar dapat menjalin silaturrahim dengan keluarga, teman ketika disekolah, alumni di kolej dan universiti.

Disamping perkara diatas aku juga ingin mengisi masa lapangku dengan 'hobby' yang telah lama terpinggir. Aku mahu melihat apa yang terjadi pada koleksi setem, poskad dan gambar. Rasanya aku mahu kembali menulis cerpen dan sajak.Dari dulu aku meminati Tongkat Waran, Masuri SN, Kemala dan Sutan Takdir Alisjahbana!

Mahu juga aku membaca semula novel novel Dibawah Lindungan Kaabah, Siti Nurbaya, Tenggelamnya Kapal Vandervick oleh HAMKA, Salah Asuhan oleh ABDUL MOIES dan novel penyiasatan oleh Agatha Christie dan Ngaio Marsh!

ATAU BERMAIN 'SCRABBLE'!
Sebelum bersara aku ditawarkan oleh isteri VC (ketika itu di panggil Rektor kerana belum taraf Universiti) agar bekerja bersama beliau tetapi setelah memikirkan bahawa kalau wang itu yang dikejar maka akhirat itu akan tertinggal maka dengan baik aku menolaknya. Penah juga terfikir untuk berniaga kecil kecilan tetapi oleh sebab yang sama maka ia diketepikan.



SEKALUNG KASIH

Tiada ungkapan yang dapat di luahkan kepada suami dan anak anak tersayang keatas pengorbanan mereka ketika aku bekerja!

Hampir tidak pernah pulang ke rumah sebelum jam 6.30 petang!
Hujung minggu juga di habiskan d pejabat.
Jarang sekali memasak dirumah!
Homework anak-anak hanya setakat tanya 'ada homework' atau 'dah buat homework'
Cuti sekolah hanya sekali sekala dapat bersama kerana kalau aku lapang suami pula menghadiri kursus!

Semoga ALLAH merahmati dan membahagiakan kita sekeluarga dan menjadikan anak anak lebih berdikari dan matang. Ku panjatkan KESYUKURAN kepada ILAHI kerana kita masih bersama!

Ya! Yang tetap jadualnya ialah menemani ibu untuk 'appointment' mata dan darah tingginya di HUKM.

2 comments: