Sejak bersara, ibuku Fatimah binti Abdul Latif sering sahaja di bawa tinggal bersama kami. Usia ibu telah menjangkau lapan puluhan dan amat wajarlah dia tinggal di rumah kami.
Aku suka berbual dengan ibu akan hal hal keluarga. Pada suatu hari aku bertanyakan asal usul beliau. Maka bermulalah sejarah baru dalam hidupku.
Neneknya bernama Sharifah dan datuknya bernama Raja Bangun. Sharifah untuk pertama kalinya di pinang oleh Raja Bangun yang ketika itu berniaga hingga sampai ke Desa Menambin. Pinangan itu hanya didiamkan sahaja oleh ayah dan ibu Sharifah. Ini disusuli dengan pinangan kedua dimana pihak lelaki mengutus keris sebagai tanda pinangan. Walaupun anaknya hanya seorang gadis sunti, ibu dan ayahnya tidak dapat berbuat apa apa kecuali menerima dan Sharifah dibawa ke Minangkabau berkahwin dan tinggal di Rumah Gadang.
Manusia merancang tetapi ALLAH yang menentukan! Raja Bangun meninggal dunia setelah sakit sekian lama. Sebelum menghembuskan nafas terakhir beliau berpesan kepada Sharifah 2 perkara:
1. Kemana jua dia pergi bawalah keris yang dipusakainya dan
2. Bawa juga Buku Salasilah ini agar anak dan cucu tahu akan keturunan mereka.
Menurut ibu , setelah kematian suaminya Sharifah ingin kembali ke desa Menambin. Beliau dibenarkan balik tanpa membawa anak2nya. Syarat itu membantutkan fikirannya.
Kemudian dikhabarkan bahawa adiknya yang bernama Mohd Taib ingin pergi merantau. Dan rancangan pun diatur agar beliau dan anak2nya dapat ikut serta.
Maka pada suatu malam dengan berbekalkan sedikt pakaian, wang, keris pusaka dan buku salasilah, Sharifah dan anak2nya serta adiknya berangkat meninggalkan Rumah Gadang yang telah di diaminya sejak 12 atau 13 tahun dan meninggalkan bumi Minang!
Tidaklah dinyatakan laluan mana yang mereka ikuti tetapi mereka tiba dipangkalan kapal/bot atau pelabuhan.
Alkisah mungkin ada orang yang menghidu' pelarian' mereka! Maka ketika didalam pelayaran Sharifah mendapati keris pusaka telah hilang . Maka dihebohkan kepada orang ramai perihal tersebut. Gemparlah seluruh penumpang. Kata yang empunya cerita keris itu ada sumpahannya! Kalau bukan orang yang berhak menyimpannya maka celakalah orang itu! Tiba-tiba seoranga lelaki berlari menuju ketepi kapal dan mencampakkannya ke laut.
Hilanglah satu bukti sebuah keluarga Raja Bangun!
Sharifah dan Adiknya menetap di Kampung Dusun Tua dan membesarkan keempat2 orang anaknya yang pada perkiraan ku:
1. Siti Maryam berumur 12-13 tahun
2. Abdul Rahman berumur 9-10 tahun
3. Abdul Latif berumur 3-4 tahun dan Daemah berumur 1 tahun (baru pandai berjalan)
Sharifah khuatir pihak Rumah Gadang mencarinya dan akhirnya beliau berkahwin dengan Mohd Salleh yang telah pun mempunyai 2 orang anak.
Sememangnya pernah datang utusan dari Rumah Gadang mencari Sharifah tetapi apabila mengetahui beliau telah berkahwin maka tidak ada susulan lagi dari sana.
Abdul Latif merupakan anak kesayangan Sharifah kerana wajahnya yang seiras dengan Raja Bangun. Maka apabila Abdul Latif berkahwin dengan Siti Amin buku salasilah itu diserahkan kepadanya. Ibu ku pernah bertanyakan ayahnya apakah yang di sangkutkan di tiang rumah itu. Abdul latif menjawab itu lah asal usul keturunan ayah. Kamu masih kecil kamu belum faham lagi.
Semasa Abdul Latif meninggal dunia pada usia 32 tahun, ibuku berumur sekitar 8 tahun. Kata ibu, nenek Sharifahnya telah mengambil buku salasilah yang dibalut dengan baldu kuning itu dan diberikan kepada anaknya Abdul Rahman.
Sharifah meninggal dunia tidak lama setelah Abdul Latif meninggal. Dia amat suka menjenguk cucu cucunya terutama yang bongsu bernama Mohd Noor. Mohd Noor juga mewarisi wajah datuknya Raja Bangun!
wajah Mohd Noor yang dikatakan saling tak tumpah wajah datuknya Raja Bangun.
Itulah ketentuan ILAHI! Suatu hari rumah yang didiami Abdul Rahman terbakar! tiada apa yang boleh diselamatkan. Maka buku salasilah itu hanya tinggal kenangan yang tiada siapa pernah melihatnya.Begitu juga gambar gambar Sharifah dan keluarganya.
Maka tiada bukti siapa Raja Bangun!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalamualaikum.
ReplyDeletetumpang tanya, tahu tak apa apa lagi cerita fasal Abdul Rahman tu ? kalau ya, boleh ceritakan ? email saya di hanalisa_anis@yahoo.com.my terima kasih.