Friday, April 24, 2009

RAJA BANGUN & KAITAN DENGAN HAJI DUMIN

ASSALAMUALAIKUM W.B.R.

Siapakah Haji Dumin bin Abu Bakar?

Pengakuan Haji Dumin sendiri bahawa 'Raja Bangun adalah mamak den benar'membawa makna bahawa beliau adalah sepupu dengan datuk Ku Abdul Latiff bin Raja Bangun dari sebelah ibunya. Pengakuan ini dibuat mungkin dalam tahun awal 1980. Ketika itu ibu bersama sepupu sepupunya Mak Tua Robiah, Mak Tua Sariah serta ditemani oleh Mak Cik Darmah pergi kerumah Haji Dumin di kampong Ulu Kalong Hulu Yam. Haji Dumin memang keberatan untuk menjawab pertanyaan ibu berkenaan Raja Bangun.Dia bertanya apakah hubungan Ibu dengan Raja Bangun. Bila Ibu menyatakan bahawa mereka (kecuali Mak Cik Darmah) adalah cucu Raja Bangun lama beliau diam dan akhirnya mengungkapkan kenyataan diatas. Sehingga Ibu meninggalkan rumah itu Haji Dumin tetap dengan pendiriannya tidak mahu memberikan maklumat nama tempat di Minangkabau dan nama keluarga Raja Bangun yang masih ada ketika itu.

Apa yang dapat Ku simpulkan ialah isteri Raja Bangun adalah orang kebanyakan. Isterinya adik beradik dengan emak Haji Dumin.

Haji Dumin mempunyai 4 orang adik beradik.Dua Lelaki iaitu, Haji Dumin dan Salik. Dua lagi perempuan . Seorang bernama Fatimah dan seorang lagi tidak diketahui namanya.Wanita yang tidak diketahui namanya inilah ibu kepada Haji Karibuddin atau Haji Abdul Rahman Khalidi .

Mengikut Mak Cik Darmah, Haji Dumin datang ke MALAYA sebelum perang Jepun. Tetapi tidak di ketahui tahun bila. Beliau membawa bersama 2 orang anaknya yang bernama Chako dan Darwis. Darwis hilang semasa perang Jepun. Sedangkan Chako berkahwin dengan Dalin.Chako dan Dalin ialah ibu dan ayah Mak Cik Darmah! Seorang lagi anak Haji Dumin yang bernama Tirani di tinggalkan didesa Kumpulan, Bonjo, Minangkabau ketika itu.


BERSAMA MAK CIK DERAMAH CUCU HAJI DUMIN

Setakat ini tidak ada maklumat yang diprolehi berkenaan Salik.

Maklumat yang ada berkenaan Fatimah ialah dia mempunyai seorang anak lelaki bernama Haji Abdul Rahman bin Zainal yang tinggal di kampung Setia Hulu Yam. Beliau pernah suatu ketika dahulu bertugas sebagai Polis di Balai Polis Batu 18 Hulu Langat.

BERSAMA MAK CIK ARMAINI

Tirani pula meninggal dunia selepas sahaja melahirkan anaknya yang ke lima Lumek namanya. Tetapi nama itu ditukar kepada ARMAINI ketika beliau datang ke Malaysia dan tinggal bersama Mak Cik Darmah iaitu sepupunya. Beliau berkahwin dengan Pak Cik Maas dan tinggal di Lubok Kelubi.Adik beradik Mak Cik Armaini semuanya telah meninggal dunia dalam usia tidak melebili 40 tahun.

Daripada Isterinya di Simpang iaitu Pekan nama tempatnya Haji Karibuddin mempunyai 2 orang anak.Abdullah telah meninggal dunia tetapi Shamsinar masih ada lagi mengikut Mak Cik Darmah ketika itu (2008).

1 comment:

  1. Along,

    Mesti ada sebab, kan Hj Dumin tu tak nak beritahu lokasi. Long, ni boleh buat documentary ni Long - sort of "In Search of My Ancestors..." Hehehe.

    ReplyDelete