Tuesday, April 21, 2009

KESUNGGUHAN MENGATASI KEMISKINAN

Assalamualaikum W.B.R.

Lama tidak membuat coretan kerana urusan seharian!

Pagi itu aku melihat Adik Nik Nur Madhihah bt Nik Mohd Kamal melalui siaran langsung di TV3 bersama ayahandanya Nik Mohd Kamal Husin dan seorang penerbit buku.

Adik Nik Nur Madhihah merupakan pelajar cemerlang SPM 2008 yang memperoleh 20A!

Amat terharu bila mendengar anak sulong kepada seorang nelayan ini memberitahu umum bagaimana dia meniti keperitan hidup bersama keluarga namun tidak patah semangat dan bertekad untuk mengubah hidup keluarga serta menjadi sumber inspirasi kepada adik adik nya untuk memajukan diri.

Kepada soalan yang diajukan,Adik Madhihah menjawab, tidak ada Doa yang khusus yang diamalkan tetapi dia merintih dan meyerahkan segalanya kepada ALLAH RABBUL JALIL.

Dia tidak memberitahu keluarganya bahawa dia mengambil 20 mata pelajaran kerana tidak mahu membebankan mereka. Kerana tidak mahu membebankan ibubapanya jugalah maka Adik Madhihah menyalin kamus untuk mennambahkan ilmunya.

Encik Nik Mohd Kamal pula menyatakan dia percaya bahawa rezeki yang halal walaupun sedikit amatlah penting bagi santapan rohani manusia.

Adik Nik Nur Madhihah bercita cita untuk melanjutkan pelajarannya ke TimurTengah.Mungkin banyak tawaran biasiswa yang diterima nya namun katanya
'Selepas Solat Istikharah gerak hatinya terarah untuk menerima tawaran biasiswa Bank Negara Malaysia'yang merupakan Biasiswa Kijang Emas yang berprestij.

Didoakan agar Adik Nik Nur Madhihah berjaya dalam apa jua bidang pelajaran yang diceburi.

Kembali didalam ingatan kebenaran kata kata Ustaz iaitu , ALLAH berkuasa untuk memilih sesiapa yang dikehendakinya untuk diangkat dan dimuliakan darjatnya.

Berlegar legar difikiranku mengapa sebahagian kita yang mempunyai kemewahan, keselesaan, kemudahan, tidak mampu mencapai tahap kecemerlangan yang sedemikian? Adakah kerana terlalu banyak sikap sombong, irihati, riak, tidak besyukur? Kita fikir fikirkanlah!

1 comment:

  1. Abis Long, dah la sombong, riak tak bersyukur, siap ada tambah lagi dgn nak cari bahan biar orang lain musnah, Camana? (:-)Tapi ada juga pengajaran lain - bila kita tak miliki sesutu itu, maka kita berusaha lebih untuk dapatkannya. Kita doa juga Madhihah kekal rendah diri bila dah berjaya, kan?

    ReplyDelete