Sedap masakan Sa'adiah anak sulung Dik Landong. Ada gulai ikan salai, sayur rebus dan telor dadar.
Kak Yati mencadangkan kami keluar bersantai di sekitar desa yang berhampiran.Kami mulai dengan rumah IBU SITI HARUM,iaitu rumah Ibu Bang Amir. Kalau tak silap inilah Desa Muara Siambak. Dibelakang rumahnya terbentang luas sawah yang di usahakan oleh Dik Landong dan Nuraina.Padinya sedang menguning. Kata Nuraina dalam 2 minggu lagi mereka akan panin (tuai atau sabit padi). Itulah sebabnya Ipar Dik Landong datang untuk membantu.
Di Shah Alam mana ada pokok beras ya Dik!
Adik dan Ayah tunggu tikus mondok ya!
Afiqah cukup seronok masuk kedalam sawah padi. Ini mengingatkan AKU semasa kami tinggal di Permatang Pauh Pulau Pinang,katanya itu pokok beras!
Saujana mata memandang.
Gembira Afiqah Memanjat pokok kelapa yang condong.
Sampai MADINA baru dapat panjat pokok kelapa!
Adik tak takut ke?
Camera trick ke memang tinggi!
Hati hati Dik jangan jatuh!
SUAMI DIK LANDONG MENGEMASKAN KOLAM
ARIFFIN ANAK DIK LANDONG MENANGGUK IKAN
Di hadapan sebelah kiri rumah pula ada kolam ikan. Suami Dik Landong membersihkan kiambang yang memenuhi kolam dan kemudian menangguk ikan untuk lauk kami malam dan esok pagi.
Inilah perkara yang AFIQAH tak berpeluang mendapatkannya di Dusun Tua.
SEKARANG BAWAHNYA KOLAM IKAN PULAK
ITULAH DURIAN BELANDA
WAJAH 2 ARIFFIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
alhamdulillah... kelihatannya menyenangkan kakak :D
ReplyDelete