Destinasi kami seterusnya ialah ke SIBANGGOR JULU.
SIBANGGOR JULU adalah tanah kelahiran Moyang lelaki KU yang bernama MINTEI bin JUAROMUDO (ketika di Sibanggor),menjadi Tauke Hitam yang banyak mempunyai kebun getah ketika menetap di DUSUN TUA (kampong kami sekarang)dan Haji Mohd Din setelah beliau kembali dari menunaikan Fardhu Haji.
Beliau adalah datuk IBU dari sebelah Ibunya yang bernama SITI AMIN (isteri kepada ABDUL LATIF bin RAJA BANGUN)
Merantau ke Malaya selepas Sorik Merapi meletus. Beliau berkahwin dengan Puan KABATIAH yang berasal dari CHEMBONG NEGRI SEMBILAN. Dengan isterinya KABATIAH mereka mempunyai 4 orang anak iaitu:
1. HAJAH ZAINAB BINTI MOHD DIN
2. SITI AMIN BINTI MOHD DIN
3. HAJI ABDUL HAMID BIN MOHD DIN DAN
4. JAAFAR BIN MOHD DIN.
JAAFAR ini khabarnya mengaji agama di Padang Rengas (PERAK)dengan Tuan Haji JUNID.Kemudian dibawa untuk melanjutkan pengajian di SUMATRA dan di kahwinkan dengan anak menakan nya SITI HARUM (berasal dari PURBA BARU)tetapi kemudiannya menetap di SIBANGGOR.
Ke Rumah anak Atuk Jaafar inilah yang kami tuju iaitu mamak WAHID.AKU ada membawa foto keluarga mamak Wahid untuk membantu kami mencari rumahnya.
Selepas memasuki simpang ke SIBANGGOR kami melewati sawah yang amat luas kemudian melewati Sibanggor Hilir, Tonga dan Julu. kami meminta orang kampung menunjukan rumahnya yang menghala ke atas bukit di bawah SORIK MERAPI.
Kami di silakan naik dan AKU memperkenalkan diriku KAMARIAH sebagai cucu kepada kakak ayahnya SITI AMIN.Bersalaman kami dan KU perkenalkan ahli rombongan kami kepadanya.
Raut wajahnya seiras atuk Jaafar yang pernah KU temui dua kali ketika beliau datang ke DUSUN TUA HULU LANGAT dalam tahun 1965 dan 1970 (sekiranya tak silap). Gembira ku lihat wajahnya menerima kedatangan kami yang tidak disangkanya.
Kak Yati berbicara mandailing dengannya menyatakan tujuan kami datang selain daripada menziarahnya berhajat, sangat untuk mencari saudara mara moyang perempuan KUdi Menambin. Katanya ada seorang yang bernama Haji Daud berasal dari SIBANGGOR dan menjadi guru di Menambin dan menetap disana. Mungkin dia boleh membantu sambungnya lagi.
KU tanyakan kepada mamak Wahid bagaimana hubungan keluarga kita dengan Jamaluddin bin JUAROMUDO (DI CHEMOR PERAK). Kerana dikhabarkan pertaliannya bukan adik beradik cuma saudara sekampung.
Memang benar pendapat itu kata Mamak. Ketika itu Tambo keluarga Tanjung ini tidak dapat dikesan. Hanya kebelakangan ini telah ditemui dan didapati bahawa mereka sebenarnya ADIK BERADIK. Haji MOHD DIN abang dan JAMALUDDIN (JALON)adiknya. Begitulah juga yang di ungkapkan oleh Pak Ngah ABDUL SHUKUR kepada saya 2 bulan yang lalu.
KU berikan gambar Ku bersama IBU kepada Mamak dan KU serahkan foto anak dan isteri Pak Long Azhar untuk disampaikan kepada bapa mertuanya yang bernama Husin.
Pada saat kami hendak mohon diri, tiba isteri mamak (terlupa AKU bertanya namanya). Rupanya beliau kekebun kemudian singgah solat Asar di Masjid dan mendengar ceramah baru pulang kerumah. Ketika kmai turun untuk mengambil foto MASJID NURUL IMAN YANG BANYAK DIBIAYAI OLEH DR. JAAFAR THANI BIN JAMALUDDIN bertemu pula dengan anak perempuannya.
Pemandangan di Mandailing Julu.
Kami juga singgah di air panas di lembah Sorik Merapi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalamualaikum bu .
ReplyDeletedari desa Janjimanaon ( pecahan sibanggor julu )
mohon bantuan di share alamat email bapak Dr.H. Jaafar Thani Bin Jamaluddin ,
perihal : permohonan bantuan renovasi mesjid Baiturrahman Di Desa Janjimanaon