Ya ALLAH Aku memohon kehadhrat MU YA ALLAH bantulah agar dapat dipertemukan dengan saudara mara kami dari keturunan Adik Perempuan moyang Sharifah. Tujuan kami tidak lain melainkan untuk menyambung silaturrahim...Amin,
Dik Landong dan suaminya telah pun 'ricky' dan mewarwarkan kehadiran kami dan semoga beberapa keluarga yang dikenalpasti ada hubungan dengan kedatangan saudara maranya ke Menambin 20 atau 30 tahun yang laluakan membantu mengesan keluarga SHARIFAH dan MD TAIB (adik nya)
Debaran di hati semakin kuat apabila kami measuki simpang ke Menambin. Aku teringat akan gambar gambar dari internet yang KU layari entah keberapa kalinya sejak setahun lalu.
Seperti jalan masuk ke Sibanggor, jalan masuk ke MENAMBIN ini didahului dengan sawah ladang dan kemudian disusuli dengan Dinas barulah kawasan perumahan.
Mobil berhenti berhampiran dengan sebuah Musolla yang sedang dinaik taraf. Kak Yati dan Dik Landong turun dari mobile dan berjumpa dengan Ustaz Sangkot. Dimaklumkan kepadanya tujuan kami sekeluarga datang ke bumi Menambin ini adalah untuk mencari Saudara dan keluarga kepada Moyang SHARIFAH dan Md Taib. Sharifah berkahwim dengan Raja Bangun dari Minangkabau. Setelah Raja Bangun meninggal dunia (anggaran tahun 1908) Sharifah kembali ke Menambin dan kemudian merantau ke Malaysia bersama adiknya Md Taib (kemungkinan pada 1909).
Menurut Dik Landong ketika Pak Tua Mohd Noor dan isteri Mak Tua Mariam dari TERENGGANU dan Mak Tua Saadiah dan suami Pak Tua Hassan (DUSUN TUA HULU LANGAT)ziarah ke Menambin 30 tahun yang lalu Dik Landong yang ketika itu berumur 10 tahun dibawa bersama ke rumah ayah Ustaz Sangkot. Itulah dia saudara mereka yang tinggal di sini. Kata Mak Tua Saadiah mereka pergi ziarah kerumah Adik Moyang Sharifah kerana sebenarnya itu adalah Mak Cik beliau.
Walau bagaimanapun Ustaz Sangkot menafikan pernah ada saudaranya datang bertandang kerumah ayahnya.
Kerana tak puas hati AKU ceritakan semula senario itu dan KU tunjukan gambar ARWAH MAKSU KU yang seirasa wajahnya dengan moyang dan adiknya. Tetap juga Ustaz Sangkot itu nenafikannya.
Kak Yati mencari pula rumah Haji Daud yang dinyatakan oleh Mamak Wahid Tanjung.Kak Yati dan Dik Landong menerangkan kepada Haji Daud yang umurnya sekitar 89 tahun itu bahawa kami mencari keluarga SHARIFAH yang berkahwin dengan Raja Bangun Minangkabau.
Menurut isterinya pesara guru itu sudah tidak banyak berkomunikasi...
Dik Landong menyarankan kami pergi ke rumah yang ketiga.Dijalanan ramai yang bertanyakan inikah orang Malaysia yang datang mencari saudaranya itu?
KU perhatikan kedudukan rumah rumah di situ berderetan dan mengadap jalan.Jalan itulah tempat mereka menjemur kuit kayu manis, buah pinang, padi dan sebagainya.Ada juga becak dan sebuah dua kereta kedai koperasi dan sebuah banglo yang tersergam indah.Sebuah surau pula sedang diubahsuai.
Kami belok ke kiri untuk mencari orang yang ke tiga. Dik Landong dan Kak Yati menyatakan hasrat kami untuk bertemu penduduk yang mempunyai saudara di Seberang kepada sekumpulan penduduk di situ.
Salah seorang daripada mereka menyatakan ada yang bernama Pak Palit yang boleh membantu kerana dia ada saudara yang bernama Amiruddin di Malaysia.Terkejut AKU mendengar namanya kerana AKU tahu siapa dia! Ku nyatakan nama nya ialah MAHYUDDIN bukan AMIRUDDIN.Kebetulan cucu PAK PALIT tiba untuk bersama kami dan katanya Ompungnya ke kebun.Jam 5 baru beliau pulang.Tetapi beliau ada membawa handphone.
Kak Yati meminta supaya Pak Palit dihubungi dan sebutkan ada orang dari Malaysia mahu berjumpa dengannya. Jawabnya beri dia masa 2 jam.
Maka kami pun bergerak untuk berehat seketika di rumah Adik Nuraina yang bernama SUTAN BAJERO LUBIS. Cucunya berjanji akan menjemput kami apabila ompungnya pulang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSaya senang sekali melihat photo2 ini, saya jadi teringat kampung halaman.
Saya mau minta izin untuk upload photo2 ini ke grup Facebook.
Thanks
WAALAIKUM SALAM.
ReplyDeleteTQVM KERANA SUDI MEMBACA BLOG IBU. IBU MASIH MAHU KE MENAMBIN MENCARI KELUARGA DISAN KALAU LAH ADA SESIAPA YANG DAPAT BANTU...
BOLEH SILA KITA BERKONGSI PENGALAMAN