Thursday, July 2, 2009

Ketibaan kami di POLONIA pada pukul 11.45 malam waktu tempatan di sambut oleh KAK Yati daan Abang Amir dan DOdi atau Adek. Kami dihidangkan dengan teh manis. Aku memberikan barang barang pesan Bang Munir dan Zimly dan sedikit buah tangan dari kami.Sejurus selepas itu Kakak menjemput kami makan.Kata kakak esok kami akan bergerak dalam pukul 8.00 pagi.

Selepas sarapan dengan nasi uduk kami meninggalkan Kota Medan menuju ke SIBOLGA dan bermalam disana di rumah anak Kak Yati, Siti Aishah. .Kami hanya berhenti sebentar di Siantar dan BALIGEI untuk makan tengahari dan bergambar di tepi DANAU TOBA.Dari TARUTUNG kami melalui perkampungan orang kristian sahaja. Permukaan jalan tidak rata dan berdebu dan disesetengah tempat amt sukar untuk dua kenderaan berselisih. Pada 2 lokasi kami melalui lubang ayau terowong sempit sebelum tiba di SIBOLGA. Kami tiba di Sibolga dan menuju PANDAN iaitu pantai peranginan pada 4.50 petang.


Siti AISHAH atau TAING membawa kami keluar makan. Kami makan SOTO.Kalau dipesan soto maka kita akan dapat soto tanpa nasi impit, kalau disebut soto nasi akan dapat soto satu pinggan diiringi dengan stu pinggan nasi putih.Ariffin dan Afiqah memesan terung belanda ais sebagai minuman. Malamnya Ariffin, Afiqah dan Taing pergi makan durian di seberang jalan. 4 biji hanyaRupiah 26,000. (anggaran RM7.00).Sedap kata mereka. Mengikut Bang Amir durian yang datang dari PULAU NIAS iaitu 4 jam perjalanan dengan ferry dari SIBOLGA. Memang durian Pulau Nias berkualiti jika dibandingkan dengan durian kampung.

Taing membawa kami ke kawasan bukit yang agak tinggi di mana disitulah penduduk berkumpul ketika gegaran TSUNAMI tahun 2004 di Kepulauan Nias. Mereka yang berumah ditepi pantai ditenggelami air . Rumah rumah lain banyak dindingnya yang retak ,paip bawah tanah pecah dan bermacam lagi.

Produk utama SIBOLGA ialah ikan masin.Kebanyakkan penduduk bekerja sebagai nelayan dan ikan segar mudah didapati.Penduduk disini kebanyakkannya beragama Islam.Banyak terdapat masjid disepanjang laluan kami dari SARUDIK ke Pandan.Pelancong juga mudah mendapat penginapan kerana ada hotel disini. Diantara yang terbesar ialah HOTEL BUMI SIAH.Tarikan pelancong adalah PANTAI PANDAN atau sebagai transit ke PULAU NIAS.

No comments:

Post a Comment