Monday, July 20, 2009

PADANG BULAN KOTANOPAN




Hampir maghrib kami keluar dari Sorik Merapi melewati pekan MAGA, LARU, KOTA NOPAN dan akhirnya tiba diPADANG BULAN rumah Faizah atau LANDONG LUBIS. Setelah bersalaman kami di hidang dengan Teh Manis. Kami mandi di Masjid ARIFIYAH tidak berapa jauh dari rumah. Pada mulanya kami bercadang nak mandi di sungai tetapi disebabkan hari sudah gelap kami ke Masjid dan solat jamak di situ.

Makan malam dengan gulai ikan salai, sayur rebus serta ikan goreng dan ikan masin. Enak sekali!

Kasihan mendengar Abang Amir batuk dan mencungap ketika tidur kerana keletihan. Sememangnya Abang Amir sejak bulan Mac dulu tidak berapa sihat kerana penyempitan saluran pernafasan. Tapi semangat beliau amat kuat dan di kagumi kerana mampu bersama dalam perjalanan yang amat lama.

No comments:

Post a Comment