Wednesday, July 1, 2009

PERSIAPAN

Hati ini berdebar debar menantikan saat untuk terbang ke Medan.Aku bimbang akan kecundang!Dulu ketika ke BUKIT TINGGI dan PAGARUYUNG AKU hanya berbekalkan sejarah sahaja.Tetapi ini AKU tahu nama kampung nya dan ada gambar yang seiras wajahnya walaupun tidak mengetahui nama adik moyangku!

Puas AKU bertanya kepada IBU bagaimakah wajah SHARIFAH neneknya!maklumlah bagaimana nak ku perincikan wajahnya bila tiba di MANAMBIN! Lama IBU merenung!Wajahnya adalah seperti arwah Mak Su. Mak Su ialah sepupu IBU di sebelah ayah nya. Nama sebenarnya KAMARIAH tetapi digelar ROKIAH. Arwah Mak Su berkahwin dengan arwah adik bongsu IBU yang bernama MOHD NOOR.

Mak Su memang cantik paras wajahnya! AKU menelefon sepupu KU SHAHIDIN mohon dipinjamkan gambar MAK SU untuk KU bawa. Kata IDIN dia tak ada gambar Mak Su kecuali gambar passport ketika arwah menunaikan HAJI. Ku telefon pula MEK NA (isteri FUAD adik kepada IDDIN). Ada tapi gambar yang lama semasa Mak Su remaja lagi!

AKU amat berharap akan ada orang yang mengenal wajah seperti itu. Kerana kata UO Saadiah wajah moyang KU SHARIFAH seiras dengan wajah adiknya (yang tidak disebutkan namanya)

Tiba tiba Aku teringat nak telefon Pak Ngah Abdul Shukor bin Abdul Razak. Aku nak bertanya berapa jauhnya SIBANGGOR dari KOTANOPAN. SIBANGGOR adalah kampung moyangKu TAUKE HITAM atau MINTAI ATAU HAJI MOHAMAD DIN. Yang berada disana ialah cucu Abdul Wahid dan cicit cicitnya.

Kata Pak Ngah dulu jumpa simpang ke SIBANGGOR! Maka Ku pinjam pula gambar keluarga Pak Wahid daripada Nenek Rodziah (ibu Pak Ngah) sebagai rujukan. Pak long Azhar pula mengirimkan gambar isteri dan anak anaknya buat keluarga mertuanya.

Ku minta penjelasan daripada PAK NGAH bagaimana pertalian kekeluargaan diantara HAJI MOHD DIN DAN JAMALUDDIN (CHEMOR). Menurutnya sebelum TAMBO dijumpai mereka hanyalah saudara sekampung DI SIBANGGOR. Tetapi kebelakangan ini TAMBO itu ditemui dan terbukti bahawa mereka adalah adik beradik!

Pada saat ini hanya tinggal AKU seorang yang membuat persediaan. AFIQAH selepas mendaki GUNUNG TEBU di TERENGGANU bertolak pula ke UiTM PERAK untuk program BERAKIT di SUNGAI PERAK. ARIFFIN bersama kumpulan e-cafe sedang berada di JAKARTA dan akan tiba 6 jam sebelum penerbangan ke MEDAN.Aku amat risaukan kesihatan IBU dan KU pesankan pada adik adik supaya kerap ziarah IBU.Kasihan juga pada FATIN ATIQAH sebab tidak bawa dia bersama walaupun dalam cuti sekolah.Sempat juga kami bersama pergi ke RABBIT FUNDLAND DI SEMENYIH berhampiran dengan UNIVERSITY OF NEW CASTLE MALAYSIA CAMPUS.

No comments:

Post a Comment