Thursday, July 23, 2009

SALASILAH KETURUNAN LUBIS

Kami pulang semula ke rumah Dik Sutan Bajora. Tiada ungkapan hendak Ku ucap melainkan bersabar dan bertenang dan tidak putus asa. Kata Ustaz putus asa itu sifat orang munafik. Umat Islam mesti kuat semangat dan tidak mempergantungkan harapannya kepada dunia. Hanya ALLAH s.w.t. sahaja yang MAHA MENGETAHUI.

Kak Yati bertanya apakah 'suku' keluarga moyang Sharifah. Lubis jawab KU. Di Desa Menanbin ini ada salasilah nya sejak dahulu kala lagi.Pemegang Amanahnya telah meninggal dunia. Tetapi anaknya masih ada.

Dik Sutan Bajora pergi kerumah Pak Yusnal yang dekat dari rumahnya. Kebetulan dia bersolat di Masjid Raya. Sudah solat nanti beliau akan bawa tambo itu ke rumah.


Kehadiran Pak Yusnal kami sambut dengan harapan dapat menberikan sedikit maklumat. Katanya ytambo yang asal ditulis dalam bahasa Belanda. Usaha dibuat dalam tahun 1950han dalam bahasa ibunda (Indonesia). Tambo yang tersimpan itu:

1. KETIKA INI SEHINGGA GENERASI YANG KE 16

2. HANYA NAMA LELEKI SAHAJA YANG DITULIS

3. ORANG YANG KELUAR DARI MENANBIN AKAN TERHENTI DISITU SAHAJA









Maka Tambo itu di buka gulungnya. Tumpuan hanyalah mencari nama Md Taib.Itulah satu satunya nama lelaki yang kami ketahui. Membelek belek tambo itu dari atas kebawah kami tumpukan pada tahap 12,11, 10 dan 9. kerana tahap Md Taib ialah 12. Kebetulan memang ada nama Md Taib disitu tetapi Md Taib ini telah berkahwin. Lebai Amin namanya .Mereka yang berkahwin nama panggilan setelah berkahwin ditulis dibawah nama asal. Mengikut IBU atuk saudaranya itu bujang keetika ke Malaysia.









Hampir 45 minit kami mencari AKU terpaksa akur bahawa pencarian itu menemui jalan buntu. Ku ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pak Yusnal kerana sudi membantu kami dalam pencarian ini.





Setelah solat jamak kami kembali ke Padang Bulan. Dik Sutan Bajora berkata beliau akan cuba mencari keturunan Md Taib.

No comments:

Post a Comment