Monday, July 20, 2009

PADANG SIDIMPUAN


Perjalanan di teruskan ke Padang Sidimpuan anggaran 2 jam perjalanan dari Sibolga. Destinasi kami ialah ke rumah Abang Barus iaitu sepupu Abang Amir. Setelah 2 kali bertanya terus sahaja Kak Yati mengingati rumahnya.

Terharu kami kerana Abang Barus mengidap angin ahmar sejak 2 tahun yang lalu dan tidak boleh berjalan. Namun begitu beliau masih sihat.Abang Barus seorang Guru dan mendidik anak-anak di Menambin sehinggalah beliau bersara. Kemudian menetap di Padang Sidimpuan.

Kak Yati memaklumkan tujuan kedatangan kami dan memohon sekiranya beliau ada mendengar sejarah moyangku Sharifah yang berkahwin dengan Raja Bangun dari Minangkabau.Saya cicitnya ingin mencari kaum kerabatnya iaitu cucu dan cicit kepada Adiknya untuk menyambung silaturrahim. Lalu foto Mak Su di tunjukan kepada Abang Barus. Bang Barus tidak dapat mengingatinya.Hanya dia kesal kerana tidak dapat bersama kami ke Menambin untuk mencarinya.

Padang Sidimpuan kami tinggalkan untuk menyanbung perjalanan ke Penyabungan.

No comments:

Post a Comment