Wednesday, July 22, 2009

PERTEMUAN DENGAN PAK PALIT

Cucu Pak Palit datang menjemput kami 1 jam kemudian. Maka rombongan kami pun beredar kesan . Ahli kami ditambah dengan kehadiran Dik Sutan Bajero Lubis.





Laluan kami melewati tapak istana raja di Menambin suatu ketika dahulu.Terkini tapak itu hanya digunakan untuk acara keramaian. Tidak pula AKU bertanya lebih lanjut akan kerajaan istana itu.










Kami melalui Mesjid Raya Menambin, kolam ikan, tapian mandi wanita. Yang menariknya setiap tepian mandi wanita disediakan sebuah surau atau Musolla.Orang lelaki mandi di Musolla. Jadi tempat permandian itu berasingan. Mungkin kah di tapian mandi ini Moyang Raja Bangun terlihat Moyang Sharifah 125 tahun yang lalu!


Dalam perjalanan , Dik Sutan Bajero tersalah naik rumah!



Kami dijemput naik oleh Pak palit sendiri. Dik Landong memperkenalkan siapa kami dan tujuan KU sekeluarga datang ke Menambin. Sebelum itu Pak Palit memaklumkan bahawa angkangnya arwah Mahyuddin dibawa oleh pamannya Noor Khatib ke Batu 13 3/4 Hulu Langat ketika masih kecil lagi.Tetapi beliau masih ingat ungkapan Pak Noor Khatib ketika ingin membawa angkangnya ' sekiranya Kau tak beri kepada Ku anak ini maka putuslah persaudaraan kita'. Itulah yang menyebabkan mereka terpisah.





Pak Palit tidak tahu siapa isteri Noor Khatib. Cuma beliau tahu isterinya orang Malaysia.KU nyatakan isterinya itu adalah Adik kepada datuk KU sebelah ayah.Beliau bertanyakan bagaimana keadaan Ainun anak tunggal Noor Khatib.Menangis beliau bila KU khabarkan bahawa ibu saudara KU itu telah meninggal pada tahun 2006. Sedeh sekali beliau kerana tiada siapa yang memberitahunya.



Katanya lagi Ainun datang ke rumahnya sebelum beliau menunaikan Fardhu Haji.Sesudah itu mereka terputus hubungan baik denag keluarga arwah Mahyuddin maupun keluarga Ainun.

Ketika Mamak Mahyuddin meninggal dunia beliau dan adiknya ARPAH datang mengharidi pengkebumiannya.Itulah kali terakhir beliau datang ke Petaling Jaya kira-kira 15 tahun yang lalu. Aku berjanji akan memberikan alamat lengkap keluarga Hajah Ainun kepada Pak Palit kemudian. Aku juga mengambil Nombor handphone DIK Ahmad Kamil Lubis (anaknya) untuk berhubung.





Beliau juga masih mengingati anak saudaranya Ainuddin dan Ita. Tetapi mereka juga tidak pernah berhubung dengan nya sejak sekian lama.

Berbalik kepada tujuan asal, KU tunjukan gambar yang seirs dengan Moyang Sharifah dan Adiknya. Lama direnung gambar itu tetapi beliau tidak dapat mengingatinya. Bila ditanya tentang tapian mandi wanita, katanya tapak tapian mandi yang dahulu diatas lagi dan sudah begitu lama tidak lagi gunakan.






Ketika kami minta diri Pak Palit kata kalau ziarah keluarga mesti makan baru boleh pulang!Tunggulah isterinya pulang dari kebun petang nanti datang semula! Kami mohon maaf kerana tidak dapat berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment