Wednesday, July 1, 2009

NOSTALGIA

20 Mei! AKU dikejutkan oleh panggilan telefon ARIFAH. "Mak , ayah minta ALFI kemaskan ERV. Pukul 5.30 nanti ayah nak hantar ke Subang Jaya! "

Sayu hatiku menerima perkhabaran itu.AKU amat menyangainya. begitu juga dengan ahli keluarga yang lain. SUZUKI itu dibeli pada akhir 2001 disaat saat kami akan berpindah semula dari Kampus UiTM Cawangan Pulau Pinang. Platenya PFB 4463.



Van itu amat banyak jasanya . Dialah kenderaan yamg membawa IBU checkup di HUKM dan HUKM Premer dan Pusat Kesihatan Kommuniti Seksyen 7 bagi tempoh 5 1/2 tahun. Dialah lah yang menghantar dan mengambil ARIFAH di awal dan akhir semester. Van itu jugalah yang kami bawa ke Perlis, Pulau Pinang,Cameron Highland, Terengganu, Jengka, Melaka, Kedah , Perak. Van itu jugalah yang membawa Takae, Yuka dan Yuki seta Fumie, Terumi dan Nousruth anak anak angkat dari Jepun dan Mauritius melancong! ERV itulah yang Khansa'pandu dari Kuantan ke Jengka dan balik KL!Van itu jugalah yang Huda suka naik!




Disaat saat keberangkatannya menitis air mataku!Kalaulah tidak kerana sparepart nya yang begitu mahal memang Aku pertahankan. hanya seorang sahaja ahli keluarga kami yang happy bila kereta itu di jual.... FATIN ATIQAH...HEI DAPAT KERETA BARU!

No comments:

Post a Comment