Hati ini berdebar debar menantikan saat untuk terbang ke Medan.Aku bimbang akan kecundang!Dulu ketika ke BUKIT TINGGI dan PAGARUYUNG AKU hanya berbekalkan sejarah sahaja.Tetapi ini AKU tahu nama kampung nya dan ada gambar yang seiras wajahnya walaupun tidak mengetahui nama adik moyangku!
Puas AKU bertanya kepada IBU bagaimakah wajah SHARIFAH neneknya!maklumlah bagaimana nak ku perincikan wajahnya bila tiba di MANAMBIN! Lama IBU merenung!Wajahnya adalah seperti arwah Mak Su. Mak Su ialah sepupu IBU di sebelah ayah nya. Nama sebenarnya KAMARIAH tetapi digelar ROKIAH. Arwah Mak Su berkahwin dengan arwah adik bongsu IBU yang bernama MOHD NOOR.
Mak Su memang cantik paras wajahnya! AKU menelefon sepupu KU SHAHIDIN mohon dipinjamkan gambar MAK SU untuk KU bawa. Kata IDIN dia tak ada gambar Mak Su kecuali gambar passport ketika arwah menunaikan HAJI. Ku telefon pula MEK NA (isteri FUAD adik kepada IDDIN). Ada tapi ganbar yang lama semasa Mak Su remaja lagi!
AKU amat berharap akan ada orang yang mengenal wajah seperti itu. Kerana kata UO Saadiah wajah moyang KU SHARIFAH seiras dengan wajah adiknya (yang tidak disebutkan namanya)
Tiba tiba Aku teringat nak telefon Pak Ngah Abdul Shukor bin Abdul Razak. Aku nak bertanya berapa jauhnya SIBANGGOR dari KOTANOPAN. SIBANGGOR adalah kampung moyangKu TAUKE HITAM atau MINTAI ATAU HAJI MOHAMAD DIN. Yang berada disana ialah cucu Abdul Wahid dan cicit cicitnya.
Kata Pak Ngah dulu jumpa simpang ke SIBANGGOR! Maka Ku pinjam pula gambar keluarga Pak Wahid daripada Nenek Rodziah (ibu Pak Ngah) sebagai rujukan. Pak long Azhar pula mengirimkan gambar isteri dan anak anaknya untuk ayah mertuanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HORAS,, Hona mada songonon. dapot palagut na marserak koum koum nadao tingon Malaysia....silaturrahmi....Dato'Baharom Nasution - facebook - Mandailing Malaysia. (baharom eneste).
ReplyDeleteSila lah layari kami di facebook MANDAILING MALAYSIA. (Persatuan Halak Mandailing Malaysia)
ReplyDelete